Tuesday, 23 April 2019

Keris Siamang Tunggal... katanya


Entah mana dia belajar, balik dari sekolah je pulun buat keris, guna kertas. Habis 2-3 buah buku tulis lama jadi mangsa. Kakak dengan Adik pun jadi mangsa juga, jadi sparing partner dia main keris. Keris Siamang Tunggal katanya πŸ˜…


Ingatkan takat tu je, rupanya dia buat jual kat kawan-kawan sekolah. Alahai Angah. Satu 10 sen. Nasib baik 10 sen je. Tapi Ummi dah nasihatkan jangan buat jual. Tolong buat je untuk kawan-kawan. 
 Abang dulu buat shuriken kertas jual 50 sen dekat kawan-kawan. Ada sekali tu dia ambik order dari Faathimah 4. Total 2 ringgit. Ummi dapat tahu je, terus Ummi suruh pulang balik duit Faathimah. Banyak tu dua ringgit. Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan Uncle Idham hihi.

Depa dua ni minat meniaga. Dah berapa kali dah ajak Ummi ni jual nasi lemak. Sanggup depa nak tolong jual, Ummi cuma tolong buat je. Inspired by Upin & Ipin lah ni. Ummi pun nak juga bagi depa rasa pengalaman berniaga... Tapi itulah tak cukup semangat lagi nak berniaga hatta kecil-kecilan pun.

Tapi tengoklah, bulan puasa ni kalau rajin nak buat kuih raya bagi depa jual. Tiba-tiba je haha. Ala, yang simple macam popia nestum ke, popia cheese ke Ummi pamdailah 😊 nak raikan semangat keusahawanan depa tu.

9 comments:

  1. Your boys are so enterprising! Looks like Angah has quite a customer base :)

    ReplyDelete
  2. Wah! bagusnya kecik-kecik dah ada bakat meniaga.
    Ibu kena rajinlah buat kuih tu tukang jual dah sedia ada tu hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang masalahnya Mrs A. Ummi depa tak berapa minat dan rajin πŸ˜…

      Delete
  3. wahhh.. imaginasi kanak2. anak sy pulak jual kad pub-G.. dia lukis sendiri pastu jual 20sen hahahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh lagi pandai azeq meniaga haha πŸ˜†

      Delete
  4. Memang ada bakat meniaga tu PH....Gulung gulung dah dapat seposen hahaha...Bagus asah dari sekarang tu PH... mana tau dah besar jadi mcm Dato Alif Syukri.... untunglah umi dia. Eh jangan pun makcik pulak ye hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kreatif cari duit kak haha.

      Aamiin kot jadi jutawan macam Dato Alif Syukri tu fuh!

      Delete
  5. Wah.. berbakat ti.. pandai mereka cari idea nak berniaga..pengaruh yang baik dari upin dan ipin..

    ReplyDelete