Thursday, 4 April 2019

Memori Haji ~ Kursus Haji Bersiri


Rejab yang dah di penghujung ni bukan sekadar hadir bersama aura Ramadhan tapi juga aura haji. Bila sebut Rejab, secara automatik teringat bulan puasa. Lepas puasa, raya. Lepas raya (Syawal) maka akan berangkatlah ke tanah suci para tetamu Allah, bermula 1 Zulqaedah. Kami dulu 2 Zulqaedah dah berangkat. Ambil penerbangan awal. 

Bila dapat perkhabaran ada antara kenalan dan rakan yang telah mendapat jemputan-Nya, Ummi tumpang gembira. Antara yang bertuah dipilih untuk mengerjakan haji tahun ni ialah Mak Hainom yang OK sokmo dan kawan Ummi, Maz (founder mybabycanread). Ummi doakan urusan haji mereka dipermudahkan; sebelum, semasa dan selepas haji kelak. Doakan Ummi dapat ke sana lagi bersama semua chenta hati Ummi; suami dan anak-anak aamiin. 

Alhamdulillah rezeki menunaikan haji buat Ummi dan Walid hadir 5 tahun lepas (2014). Dua tahun sebelum tu, kami mula mengikuti Kursus Asas Haji Bersiri yang diadakan di masjid kariah kami sebagai persediaan awal. Tahun 2012 Walid dengan tekun menghadirkan diri ke kursus haji. Ummi pula jaga anak-anak. Tahun 2013 giliran Ummi pula untuk hadir kursus haji. Tapi Ummi hanya sempat joined 2-3 kali kelas je. Sebabnya? Ummi mabuk kepayang :D pregnant pula haha... Dok melayan pregnancy woes, kursus haji pun dah tamat! 

Jadinya bila dapat surat tawaran haji penghujung December 2013 tu, Ummi bertekad untuk menekuni kursus haji tahun 2014 tu. Kakak lahir hujung bulan 10, 2013 jadi bila kursus haji tu start sekitar bulan dua 2014, Kakak baru berusia sekitar 3-4 bulan. Tenaga pengajar ialah Ust Ahmad Rosli, Ust Dato Nizam dan Ust Md Rodzi Rejab. Alhamdulillah penceramah semuanya 'otai' dan berpengalaman luas dalam urusan haji. Banyak ilmu yang dapat kami kutip. 

Bagaikan memahami, Kakak tak pernah sekalipun meragam tatkala Ummi Walid berkursus. Alhamdulillah syukur. 

Gigih kami suami isteri usung anak-anak termasuk Kakak yang masih bayi tu ke masjid saban minggu. Kalau kelas dalam dewan solat, Abang dan Angah kami sajikan dengan video Upin & Ipin atau pun main game di laptop. Kakak pula setia di sisi Ummi, dalam carrier. Jika kelas dalam dewan kuliah pula, Ummi duduk di belakang sekali. Senang nak monitor anak-anak yang main di belakang. Ingat lagi depa dua main kereta Hot Wheels. Tapi tidaklah sehingga mengganggu kelas. Depa pun umur 6 dan 3 tahun masa tu, masih senang nak kawal berbanding sekarang 😇😇😇 Turut bersama ialah Amani, anak istimewa berusia belasan tahun yang suka sangat bermain dengan Kakak. Ibunya, Hjh Ani berjaya dalam rayuan haji dan 'terbang' ke tanah suci kira-kira 2 minggu sebelum hari wukuf. Malangnya rayuan untuk Amani gagal. 

Manisnya memori kami anak beranak berkongsi kuih dan air yang di sediakan oleh pihak urusetia masih terbayang. Kuih dua ketul (satu portion Ummi, satu portion Walid) di kongsi 4 beranak! Memang kami tak benarkan Abang atau Angah ambil sendiri atau mengendeng di meja makan, takut terambil bahagian peserta lain. Kecuali jika pihak urusetia sendiri yang menghulurkan kepada anak-anak, kami tiada halangan. Rezeki depa jika ada lebihan atau ada yang tak hadir. 

Waktu praktikal haji di hujung kursus, Ummi dan Walid bergilir jaga anak-anak. Mujur juga sesi dibahagikan kepada 2 kumpulan; lelaki dan perempuan. Dapat juga Ummi ikut. Tapi waktu praktikal tawaf dan melontar di luar masjid, Ummi  tak ikut. Hanya meneman anak-anak dalam masjid. 

Penutup kursus, pihak urusetia menjemput SS Dato Dr Dzulkifli al Bakri (Mufti Wilayah) dan seorang doktor wanita yang berpengalaman sebagai petugas kesihatan di tanah suci. Kesempatan ini Ummi ambil untuk bertanya tentang keperluan mengambil ubat tahan haid yang bertujuan untuk menghalang kitaran haid secara normal. Jawapan doktor lebih kepada tiada keperluan. Haid adalah suatu yang normal. Jika disekat, ada kemungkinan memudharatkan badan. Walaubagaimanapun, terpulang kepada kondisi badan masing-masing. Sebaik-baiknya rujuk dengan doktor dan ustaz/ustazah terlebih dahulu sebab badan kita berbeza. Mungkin bagi A tak perlu, tapi B perlu. Case by case basis. Ada juga petua dari orang-orang tua dalam hal ni. Dan jangan lupa, doa adalah senjata paling ampuh. Mohon dari sekarang agar dipermudahkan urusan haji kita. Jika tak dapat melaksanakan salah satu rukun haji maka tak sahlah haji kita. 

Sewaktu bertugas di khemah TH di Mina, Ummi di datangi sepasang suami isteri yang memohon untuk Nafar Awal kerana period cycle si isteri makin dekat. Mereka khuatir jika tidak sempat kembali ke Mekah untuk melaksanakan tawaf ifadah (tawaf rukun). Bukan bidang kuasa Ummi untuk menasihati mereka, Ummi sekadar sukarelawan ((yang digelar Sahabat TH) yang membantu jadi Ummi minta mereka rujuk dengan ustaz/ustazah bertauliah yang dilantik sebagai pembimbing haji. Memang kes sebegini akan berlaku. Jika ditakdirkan period di kemuncak haji, segera berbincang dengan pihak TH untuk reschedule flight dsbnya supaya dapat melaksanakan semua rukun haji. Insha Allah ada jalannya. 

Suka juga Ummi nak pesan pada bakal tetamu Allah, ibadah haji ni menuntut pengorbanan yang sangat tinggi. Sebab ianya kemuncak kepada rukun Islam yang 5. Pengorbanan material, fizikal, emosi semuanya diperlukan. Dan tuntutan pengorbanan tu bermula di sini, di tanah air lagi. Cabaran dan ujian akan hadir saat kalian dipilih sebagai tetamu-Nya. Banyakkan bersabar dan belajarlah berlapang dada. Semuanya untuk kita bersihkan hati, untuk ajar kita supaya meletakkan pergantungan hanya pada-Nya, untuk kita menambah persediaan dan pelbagai hikmah lain. 

Bulatkan tekad dan serahkan segalanya pada Dia. Usah risau, usah gundah. Bila Dia jemput kita, Dia ada perancangan untuk kita. Teringat Ummi pesanan Dato' Dr Asyraf Wajdi bila Ummi suarakan kebimbangan untuk tinggalkan anak kecil, beliau mengingatkan Ummi bahawa jemputan haji ni jemputan yang sangat istimewa, datang dari-Nya. Hanya yang terpilih akan dijemput. Jadi, sandarkan pergantungan hanya pada-Nya. Dia sebaik-baik Perancang. Buang segala resah, fikir yang baik-baik sahaja. Insha Allah yang baik-baik sahaja datang kepada kita. 

Labbaikalah humma labbaik!

9 comments:

  1. Hakak sebak baca entri ni tau PH...entah kenapa sekarang ni senang betul sebak. Bila membayangkan diri kita yg akan berada disana ada kalanya sebak tu datang tiba tiba.... tp doa doa simple belum gak hafal hafal lagi hihi....

    Terima kasih perkongsian pengalamannya PH... seronok baca pengalaman orang. Camnelah tu tinggal anak anak yg masih kecik tak dpt bayangkanlah PH. Nanti share lagi tips tips ye PH. Tulah tu, mcm dah tak lama lagi je masanya kan.

    Amin amin, moga Allah permudahkan urusan kami nanti, insyaalllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time-time gini memang cepat sebak mak. Hati cepat terasa, terasa dekat dengan-Nya. Ada rindu, ada sebak berbaur-baur semuanya.

      Delete
  2. wahh..otomatik terbayang kembali kenangan kiter juga..perasaantu ...x dpt digambarkn sewaktu berada disana...igt kt anak2..tp..rasa gundah atau risau ttg mereka langsung tiada.....bila time nk balik dh nk sampai..haa..boleh lak doa agar dpt extend duk sana lama sket...hahah..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..dah dapat tunaikan haji. moga saya pun akan dapat rezeki utk kesana bersama suami dan anak2 nanti.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah Ummi. seronoknya. kak laili nak kena praktis banyak2 bersabar dan berlapang dada ni bermula kat tanah air lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Laili dah dapat jemputan ke? Alhamdulillah

      Delete
  5. seronokkan terima khabaran gembira terplih menjadi tetamuNya. waah akak dh pergi awal lagi seronok. alhamdulillah this year rezeki my mom. doakan semoga mudah urusan preparation dan segalanya disana =)

    ReplyDelete