Thursday, 25 April 2019

Cerita Abam Chef, burung kenek-kenek dan family portrait


Seronok pula Ummi ikuti proses pembelajaran anak-anak sekarang. Bukan setakat 3M (membaca, menulis, mengira) tapi bermacam-macam kemahiran yang diajar.


Contohnya semalam Abang (dan classmates dia) kena memasak untuk subjek RBT. RBT stands for Reka Bentuk & Teknologi. Celah mana terselit bab memasak tak tahulah 😁 tapi Abang dengan classmates dia dapat tugasan menyediakan makanan bertemakan sarapan pagi. Last week girls. This week turn boys pulak. Group Abang termasuk Wafi, Uzayr, Izu & Abang. Depa pilih Western style breakie; sosej, baked bean, telur and French toast. French toast ni lah Abang buat. A day before tu Ummi ajar dia from A to Z. Risau juga nak bagi dia 'main api. Kalau masak air, masak nasi guna kettle/rice cooker tu Abang dah expert haha...


Kata Abang, ada kawan-kawan dia yang masak nasi goreng. Fuhh hebat tu. Bagus sebenarnya kalau bagi exposure macam ni kan. Sekarang ni lelaki pun ramai yang pandai memasak kan? Ummi bukan taknak ajar Abang memasak ni tapi bila ajar sorang, yang lagi tiga tu pun nak join sama. Risau pula reramai kat dapur tu; dengan api, dengan minyak panas dsbnya. Itu yang boleh ajar sikit2 dulu. Slowly but surely. Ummi memang nak ajar Abang memasak sebab dia minat. Tak rugi ada kemahiran asas, nanti ke depan boleh digunakan. 

Seingat Ummi dulu kali pertama memasak di sekolah time camping. Ada pertandingan memasak. Group kami buat bihun goreng. Tapi bukan Ummi yang masak pun. Memang tak pernah ke dapur kecik-kecik dulu. Tapi group kami menang. Ummi tumpang happy je lah. Then waktu sekolah menengah, adalah juga kami ke asrama putera untuk belajar memasak dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Itupun buat sandwich je kot 😆


Ini pula hasil kerja Angah. Buat topeng burung kenek-kenek. Kreatif juga hasil kerjanya walaupun ada jugalah sumbangan Ummi hihi... Bab gunting menggunting Ummi lah tolong. Kat sekolah cikgu suruh hias je. Risau jugakan budak2 kecik main gunting dsbnya. Tapi Ummi dulu masa tahap 1 pun dah kena gunting menggunting sendiri. Bila cikgu suruh gunting dan tampal gambar dalam buku tulis, memang buat sendiri je dalam kelas. Ingat lagi terkial-kial Ummi nak guna hunting. Sekali dengan mulut ikut terherot-herot ikut tangan menggunting 😆😆😆 Kalau bawa balik ke rumah pun, memang parents tak campur tangan. Pandai-pandailah siapkan sendiri. Yelah, zaman dah berubah.

Hi! Sayalah burung kenek-kenek 😉

Last but not least, ni hah hasil kerja anak dara sorang tu. Dia memang suka bab mewarna ni. Biasalah, girl kan. Suruh Ummi snap gambar hasil kerjanya lagi 😊

Ummi, Adik, Walid & Kakak.
Abang dengan Angah takde, depa pi sekolah kata Kakak 😁

9 comments:

  1. Burung kenek2 ada misai ek, tak tau plak selama ni..kikiki

    ReplyDelete
  2. Memasing kreatif....
    Adik mesti lenguh tangan tu.....satu kertas dikaler biru...Lepas ni mamalah orang paling seronok di dunia sebab abang dah boleh diharap buat sarapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hobi dia kak melukis dan mewarna. Itu yang tekun je hihi

      Of cos mak. Dia pun dah offer diri haha

      Delete
  3. Burung kenek-kenek? hee..hee.. so cute! It's a very colorful mask. Your kids ada bakat lah, Puan Hazel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah PH.
      My DNA kot, because I'm a left-handed person. Orang kidal kan kreatif 😅

      Delete
  4. comel topeng tu. ya anak kita pun lelaki dah boleh dah masak yg simple2 sekarang ni.. umo 14 tahun n 12 tahun. masa kecik dulu, risau juga nak lepaskan guna dapur

    ReplyDelete
    Replies

    1. Wah bestnya. Tak sabar naj tunggu depa besaq sikit haha..

      Thanks for dropping by KM 🤗

      Delete
  5. Bagus juga ada pengajaran macam nie.. bolehlah belajar memasak.. cantik burung kenek kenek tu.. 😄

    ReplyDelete