Sunday 14 April 2019

Sukan SRAI 2019


Minggu lepas KAMIL, minggu ni Sukan SRAI. Back to back events. Untuk edisi sukan SRAI tahun ni Abang terpilih untuk mewakili sekolah dalam acara lontar peluru. Tengok badanlah kan πŸ˜…


Tahun ni SRAI Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) jadi tuan rumah. Tapi acaranya diadakan di Stadium Mini Majlis Petbandaran Sepang yang terletak di BBST.

Tumpang Arif ke sekolah sebab Walid ada dinner malam tu. 


Jumaat malam kontinjen sekolah Abang (juga SRAI lain) dah berangkat ke BBST. Mereka bermalam di SRA BBST yang terletak berhampiran stadium. Bawaklah kelengkapan tidur; bantal, toto, selimut dan tikar hihi... Sebab SRA ni sekolah harian, bukan sekolah berasrama jadi terpaksalah para peserta dan guru tidur dalam bilik darjah je. Takpelah, pengalaman untuk Abang juga kawan-kawannya. Tapi malam tu susah jugalah Ummi nak lena, teringat kat Abang 🀭 

Tengah bersiap nak tidur. 

SRA BBST tempat penginapan peserta. 

Itu yang esok pagi lepas solat subuh terus bergerak ke BBST haha... Tak sabar nak jumpa anak; nak tanya tidur lena tak, makan macamana, dah mandi ke... Kecoh betul Ummi dia 😜




Rupanya hari Sabtu tu baru saringan bagi sesetengah acara seperti 100m, 200m, 4x100 dsbnya. Patutlah tak ramai parents yang datang. Kemuncak semalam mungkin ramai. 






Sementara nak tunggu Abang beraksi, jadi tukang sorak. dan camerawoman Ummi ni. Nampak je geng baju merah (kontinjen sekolah Abang) terus bersorak bagi semangat. YDP PIBG pun sama naik. Dah kami je penyokong selain cikgu2 hihi... Lepas tu merayau ke khemah peserta. Mak-mak depa pesan suruh ambik gambar. Layan je :D Faham sangat peel mak-mak ni sebab Ummi pun sama. Nak juga tengok gambar anak beraksi. 




Medic team on stand by. 

Abang in action.
Gaya dah ada tu πŸ€—

Abang dan Ammar, sorang lagi wakil darjah 5 tak berjaya ke pusingan seterusnya. In fact, Ummi rasa lontaran Ammar lagi baik dari Abang. Sekali je lontaran Abang melebihi garisan. Lagi 2 dekat border je. Kata Guru, "Dia tak keluarkan semua tenaga tu".  Takpalah Abang, takde rezeki. At least Abang dapat pengalaman. 

Kontinjen sekolah Abang πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Sekolah Abang berjaya kutip 1 pingat emas je. Perak dan gangsa pun ada. Juara keseluruhan SRAI Seksyen 19. Tahniah! 

Kalah menang tu kan adat bertanding. Rasanya anak2 pun dah all out buat yang terbaik. Kita puji dan raikan  usaha mereka. Setiap hari berkorban ponteng 2-3 kelas untuk latihan. Tak menang pingat tapi beroleh pengalaman, exposure semua tu akan jadi bekalan suatu masa nanti. 

Dan untuk guru2 juga pastinya sekalung penghargaan patut diberi untuk mereka. Cikgu2 Abang ni komited teruk! Dedikasi dan komitmen depa is beyond expectation. Setiap hari berpanas melatih anak2. Bila hari pertandingan tiba, berpanas lagi ke sana ke mari menyusun peserta, mengawal anak2 murid, jaga kebajikan dsbnya. Hatta baju sukan budak2 ni pun cikgu bawa ke dobi untuk basuh sebab Ahad tu nak pakai lagi sekali. Sampai begitu sekali cikgu jaga budak2 ni. Of course sebagai ibu, Ummi sangat tersentuh. 

Ini pula malam Sabtu tu. Siang dah penat di padang, malam sempat lagi ajak anak2 murid ke masjid dan bertadarus. Terasa malu dengan diri sendiri, rasa kerdil sangat nak banding dengan cikgu2 yang punya dedikasi yang tinggi sebegini. Jiwa murabbi sejati. Jazakallahu khairal jazak.

Baru nak suruh Abang berlatih sungguh-sungguh untuk tahun depan tapi katanya Sukan SRAI 2 tahun sekali. Pulak πŸ˜…

4 comments:

  1. Wah, kagum dengan anak anak dan cikgu2 semua , mmg dedikasi tinggi dorang ni ..

    ReplyDelete
  2. Takpe kalah menang adat pertandingan.
    Cuba lagi next time tau Abang hehehee...
    Yang priceless pengalaman tu bukan semua orang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu Mrs A. Pengalaman tu yang mahal :)

      Delete