Asar, 31 Disember 2018
Hujan turun mencurah-curah membasahi bumi alhamdulillah. Moga setiap titik hujan yang menimpa bumi membawa seribu rahmat dan berkat buat penghuni bumi, terutamanya menuju tahun baru.
Ada satu peristiwa di hujung tahun ni yang menyentap hati nurani Ummi. Our neighbour, tiba-tiba sesak nafas dan terkulai tak sedarkan diri seterusnya berada dalam keadaan koma sehingga hari ini. Beliau yang paginya riang ceria bergurau senda dengan Tok, berselera makan tiba-tiba terbaring kaku menyedarkan Ummi bahawa hidup kita sangat 'fragile'. Sekelip mata sahaja Allah boleh tarik apa saja nikmat yang dipinjamkan kepada kita. Menatap wajah sedih isterinya Ummi seolah dapat menyelami perasaannya. Pastinya beliau mengharapkan suaminya kembali sedar. Mungkin ada kata yang ingin ditutur, kemaafan yang ingin diungkap atau sekadar lafaz sayang yang tak sempat diucap menambah sebak didada Ummi. Bayangkan pasangan kita yang sihat ceria tiba-tiba rebah tak sedarkan diri. Allahu... Bukan seminit dua tapi sudah hampir 2 minggu lamanya.
Namun begitu, untungnya jiran Ummi ni diuji dalam keadaan beribadat, sedang menyebut kalimah mulia; lailaha illahlah dalam majlis tahlil, di surau sebelum tiba-tiba tak sedarkan diri. Allahu... Moga bahagian Ummi nanti juga semulia ini.
Apa yang berlaku ni sebenarnya memberi Ummi pengajaran; untuk sentiasa menghargai insan-insan tersayang yang ada disekeliling kita pada setiap masa. Sometimes we take things for granted. Until its too late :(
Cukuplah selama ni kita mencari kekurangan. Kita buka buka baru dengan melihat kepada kebaikan seseorang. Bak kata kawan Ummi, Teacher Asmin di dalam bukunya Mawaddah yang Istimewa; jika keburukan yang kita cari, keburukanlah yang kita nampak. Begitulah sebaliknya, jika kebaikan yang kita cari, pasti yang kita nampak hanya kebaikan dan kebaikanlah yang akan hadir.
Ummi doakan jiran Ummi diberi kesembuhan serta dipermudahkan urusan buat mereka sekeluarga aamiin.
Buat semua, moga 2019 membawa lebih kebaikan, kemudahan dan keceriaan untuk kita semua aamiin.
Credit source. |