Selepas ditangguhkan kerana memberi laluan kepada trial PSRA (11-15/9), makanya semalam 20/9 berlangsunglah majlis penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan 2023 peringkat SRAI :D
Murid-murid digalakkan memakai pakaian bertemakan kemerdekaan dan pastinya pilihan warna berdasarkan warna Jalur Gemilang.
Dua-dua tak menang :D Acara khat juga takde rezeki buat anakanda berdua. Dua acara ni murid Tahap 2 wajib join. Adik pula acara wajibnya pertandingan mewarna. Pun belum rezeki Adik menang.
Adik nak masuk acara Fashionista. Ummi belikan wau bulan dari Kelantan nun... Konon² nak bergaya macam Miss World la kan...bawa iconic items kat belakang tu...
Sebelum ni tak pernah pun beria-ia macam n, setakat pakai apa yang ada je... tapi itulah, anak bongsu agaknya. Nak juga Umminya merasa siapkan anak dengan gaya² begini ☺️
Paling Ummi tak sangka... dia bersungguh nak pakai baju tema Merdeka. Suruh pakai baju Melayu putih dengan tanjak Merdeka tak nak. Mujurlah dapat idea last minute pakai ala retro gini. Seluar tu seluar PBSM Kakak. Topi pun topi Kakak. Alhamdulillah, terpilih juga dia untuk Top 5 (L) Tahap 2, wakil rumah biru. Tahun ni setiap rumah sukan hantar 5 peserta lelaki, 5 peserta perempuan utk Tahap 1 dan Tahap 2 sebagai finalist. Sebelum ni cikgu pilih random sesiapa yang busananya outstanding. Adik pula sebab masuk acara nyanyian berkumpulan juga, cikgu tak bagi masuk acara fashionista, takut tak sempat :( Sedangkan Angah pun masuk pertandingan nyanyian berkumpulan gak 😅 Bukan rezeki Adik kali ni... Lagipun semua hebat-hebat, all out belaka. Selalu tengok dekat sekolah kebangsaan je meriah macam ni, alhamdulillah di SRAI pun dah nampak kemeriahannya 👍
Sehari sebelumnya, Angah masuk acara poem, Tahap 2. Sir pilih dia untuk wakil rumah biru. Cari sajak, berlatih, buat gaya semua sendiri je. Kakak dulu hari-hari berlatih dengan Cg Aida. Angah ni Ummi dengan Kakak la tukang latih dia :D
Dia sendiri decided nak pakai baju Melayu hitam tu. Ummi siapkan tanjak je, guna tudung Merdeka. Tudung Merdeka ni memang kena standby lah untuk yang ada anak² sekolah ni hehe... multi purpose dan sangat diperlukan bila tibanya bulan Ogos dan September :)
Berkat usaha, alhamdulillah inilah keputusannya. Syabas anak³ 👏👏👏
Depa bertiga semua rumah biru. Dapatlah sumbang mata sorang sikit alhamdulillah. Seperti biasa, Angah suka bagi kejutan manis untuk Ummi 🤗 Dia tak berharap untuk dapat tempat pertama, sebab nervous katanya masa pertandingan hari tu. Tapi, dia buat gaya dah hafal sajak tu, mungkin disitu markah dia lebih. Apapun, itulah namanya rezeki kan?
Hadiah...
Syukur alhamdulillah, rezeki anak-anak...
Tahniah semua
ReplyDeleteSelamat menyambut bulan kemerdekaan
Terima kasih Wak.
DeleteMerdeka!
Masa zaman sekolah best mereka sambut dan pakai baju ikut tema bendera malaysia.
ReplyDeleteItulah...Kasi chance kan... hehe
DeleteWahhh.. syabas anak2 PH.
ReplyDeleteYang terpenting penyertaan mereka masuk pelbagai pertandingan.
Bila menang... ianya bonus!
Zaman saya dulu tak ingat sekolah ada sambut merdeka ka tak..Yang saya ingat 31 ogos siaran TV mula awal sebab ada live perbarisan..Tu pun tumpng tengok TV rumah orang kamoung yang ada TV
ReplyDeleteAlhamdulillah rezei anak-anak...syukur...Alhamdulillah talented semua
ReplyDeleteKostumnya terlihat niat sekali 👍👍. Dulu saya tak ada acara seperti ini, hanya sekedar upacara bendera. Tapi skr memang banyak acara2 jelang hari kemerdekaan. Paling suka kalo dah berbau kostum. Tak terlalu susah nak mix and match 😄
ReplyDelete