Tuesday 5 September 2023

Family Gathering Anak Cucu Tok (Day 1)

Alhamdulillah hasrat untuk berkumpul anak cucu cicit Almarhumah Nenek (Tok Midah, nenek Walid/ibu Tok Umi) telah terlaksana pada 27/8-29/8/2023. Memandangkan Almarhumah Nenek orang Perak, jadi semua setuju untuk adakan majlis ni di Gopeng, Perak. Alhamdulillah semua adik-beradik Tok Umi; Tok Teh, Tok Tam dan Tok Su dapat hadir bersama anak dan cucu masing-masing. 

Paklong AP penyelaras program kali ni. Dari booking tempat, kutip duit, tempah T-shirt, sediakan itinerary semua dia tapau 😆 
Manakala Tok Tam berdua pula penaja program. Banyak yang depa taja antaranya tempahan makanan. Rezeki dikongsi bersama kekdahnya. Mereka bertiga ni lah orang kuat program ni. Terima kasih yang tak terhingga! Yang lain-lain pun ada sumbangan dan peranan masing-masing. Alhamdulillah masing-masing tak berkira nak menyumbang dari segala segi; tenaga, wang ringgit, masa dsbnya. 

Kami sekeluarga, Tok Ayah & Tok Umi (bersama kami) dan Paksu sekeluarga berkonvoi dari kenduri Ijah di Penang ke Gopeng. Selepas 3 jam perjalanan, sampailah kami ke tempat dituju. Ikutkan nak goreng cempedak untuk minum petang, tapi Paksu singgah dulu di Batu Kurau. Hampir Maghrib baru depa sampai. 

Cempedak dan dokong dari kebun Tok Ayah. Jenuh sumbat dalam kereta Paksu :D

Bilik kami...
Paklong AP dah tolong on aircond siap²... Lega! 

Solat Maghrib dan bacaan doa/tahlil. 

Lepas tu kita bakor²... Serah ke BBNU kerja bakor² ni... Perapan dan bahan semua sponsored by Tok Tam. 



Pinggan Makngah 🤭
Grilled lamb tu share²...  Lamb yang dah siap bakar tu kami potong kecik² agar semua dapat merasa. Makngah pilih hat banyak lemak, sebab Makngah tukang potong haha... 

Biscoff Cake by Maklong Syima. Sedap! Macam² makananlah ada. Pakat bawa sorang sikit... Sambil makan sambil sembang memang seronoklah kan...

Tiba-tiba gegirls datang buat birthday surprise untuk Walid 🤩 Kek marble je, Ummi tempah dengan Maklong Syima. Dia tak berani nak buat bday cake sebab tempat gathering ni agak jauh, takut kek rosak. 

Sebiji Ummi bagi Maksu, suruh dia kongsi dengan Maklong. Buat raso² sebab Maklong tak dapat join. 

Takde aktiviti khusus malam ni sekadar makan-makan, sembang-sembang. Lepas tu semua masuk tidur awal sebab masing-masing pun kepenatan.

 Jumpa esok for more amazing activities









11 comments:

  1. best best.. family kitrg dulu nak buat camni gak sekali COVID melanda...sudah nya semua tak menjadi.. ahha ntah bila dpt buat event camni lagi agaknya..

    ReplyDelete
  2. Seronok nya family day. Dapat jumpa dan makan sama2 memang best la semuanya kan.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya. Nampak meriah. Setiap orang ada peranan.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah berjaya buat family gathering anak cucu semua. Bukan senang nak organize bila family besar dan ramai. Makanan semua best 👍🏻

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...meriah bila dpt berkumpul ramai2 mcm ni.. MA last year buat, this year x kot..maybe next year plak. in sya Allah plus new member in the house....

    ReplyDelete
  6. bukan senang nak buat program mcm ni,keluarga waled kami ada juga merancang mcm ni tapi dah berapa lama belum terlaksana lagi hahaha

    ReplyDelete
  7. Seronoknya dapat kumpul ramai-ramai. Cake Biscoff tu Dania suka.

    ReplyDelete
  8. Bukan mudah nak rancang program untuk keluarga besar, lagi pulak bila masing-masing dah menetap jauh. Tahniah buat PH dan ahli keluarga 👍🏽

    ReplyDelete
  9. Mengumpulkan seluruh ahli keluarga bukan gampang, kadang pun tak bisa semua hadir karena jarak dan waktu.
    .jadi kalau bisa berkumpul macam ni, memang happy ☺️❤️. Dan pastinya yang bertugas mengurus acara, booking penginapan, arrange budget dll, memang berjasa 😄👍. Bukan tugas mudah.

    ReplyDelete