Thursday 28 September 2023

Rezeki Dokong


Khamis minggu lepas balik dari jemput anak³ dari sekolah, ada seplastik buah dokong disangkut pada pagar, sebelah dalam. Pemberian jiran-jiranlah ni... 

Besoknya masa keluar buang sampah, Bik bagitau dia sangkut buah tu. Alhamdulillah terima kasih. 

Malam tadi pula, lepas Isyak ada orang panggil Angah. Rupanya Adim ada sangkut buah dokong juga di pagar lepas Maghrib. Agaknya dia nampak takde orang keluar ambil, itu yang datang semula maklumkan. Alhamdulillah terima kasih. 

Yang ni Angah bawa balik dari surau, 2-3 malam lepas. Tahun ni meriah nampaknya buah dokong, rambutan, durian dan cempedak. Sana-sini nampak orang jual dengan harga yang mampu beli :) Ialah bila buah banyak (supply over demand) murahlah harganya. Rezeki juga tu kan? 


10 comments:

  1. Alhamdulillah, meriah rezeki dari jiran tetangga PH sekeluarga πŸ’•

    ReplyDelete
  2. kat sini pun tengah musim buah2an. baru tadi layan langsat, cempedak dan durian

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. sedap pula tengok.. saya follow sini. Jemput follow yer :)

    ReplyDelete
  4. Di sini pun menjadi² buahnya... durian, dabai, manggis, rambutan, langsat, sukun, terap, cempedak semua ada... durianlah menjadi sgt sampai murah² dah org jual

    ReplyDelete
  5. Bukan semua benda harga naik kan, ada jugak yang turun harga. Bersyukurlah kita, Allah kurniakan rezeki buah-buahan yang banyak.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah
    byk dukong skrg ciknur pun beli baru ni 3 kg rm10 je
    sb dah banyak sgt kan

    ReplyDelete
  7. Syukur alhamdulillah rezeki kan...kat Seremban 5kg RM10 ye...jenuh la nak makan kalau murah mcm ni

    ReplyDelete
  8. Haah tahun ini buah galak berbuah. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak.

    ReplyDelete
  9. Alahamdulillah tahun ni Allah limpahkan rezeki pokok2 berbuah lebat..dapat la kita yg takda dusun pun merasa

    ReplyDelete