Monday, 11 September 2023

Pertama Kali Lalu SUKE

"Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE) is a 24.4km, three-lane, dual-carriageway running from Sri Petaling to Ulu Kelang"

Sabtu lepas, balik dari wedding SA kami dipandu oleh Waze agar ikut SUKE selepas keluar dari Grand SAGA. Ini kali pertama lalu sini sejak ianya dibuka. Tujuan ianya dibina ialah untuk memendekkan masa perjalanan sebab MRR2 tu tak pernah tak sibuk jalannya 😅

Bertingket-tingket...

Tinggi highway ni... 
Boleh nampak satu KL... 
Masa ni crossed Kg Tasik Tambahan, Ampang. Ingat lagi masa pembinaan SUKE ni , jammmm teruk area sini... 

Tol tak ingat berapa ringgit :( 

Sebelah pergi kami ikut Grand SAGA dan lalu LEKAS. Memang lekas sampainya haha...

Teruja first time kami sampai di Sikamat. 

Masa balik dari kenduri, Ummi cakap tak payah on Waze, Ummi ingat nak ke simpang ni, sebab kami nak singgah solat di surau Caltex Temiang. Sekali terlepas simpang, lajak sampai ke SASER 😆

SASER: Sek Men Sains Tuanku Munawer. 

Bersebelahan SBP ni, SMK Tunku Ampuan Durah (STAD), sekolah ternama di Negeri Sembilan dan dikenali juga di seluruh negara. 

Akhirnya kami berjumpa jalan keluar haha... Lepas solat pakat usung boba tea sorang sebekas... 

Brown Sugar Bubble Milk
Macam cendoi kata Walid 😆

Caltex ni unik; dia buka kaunter kecik je untuk cashier dia tapi sebelah menyebelah dia ada Zus Coffee, Family Mart dan Watson's. Sebelah belakang ada surau dan tandas. 

SA selalu singgah sini tak? 

12 comments:

  1. saya skrg mmg tu la laluan utama kak klu nak g sban... DUKE ke SUKE pastu LEKAS sampai hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ya, boleh ikut DUKE juga...patutlah Ako sampai dulu ghitu haha

      Delete
  2. pernah lalu haritu, lengang dan eh tinggi..haha.gayat lak rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, gayat betoi! Rasa cam tingginya lahai jalan ni 😅

      Delete
  3. Masa balik hari tu berangan2 jugak nak try SUKE tapi Waze tak sudi pun bawak kiteorg lalu situ hehe

    ReplyDelete
  4. Emak saya bekas pelajar STAD.

    ReplyDelete
  5. Kawan baik masa sek ren dari STAD. Amboiii boba tea....nak jugak PH....

    ReplyDelete
  6. Masa pembinaan highway memang bikin teruk jammed , tapi selepas itu, lancar sangat ya kak 😄. Tapi terkadang biaya tol nya mahal 😂. Makanya suami kalo lewat jalan tol baru, agak malas, suka mahal sangat biayanya. Kecuali terpaksa dan sedang buru-buru 😄

    ReplyDelete
  7. mama tak ingat la penah lalu ke tak suke ni. duke selalu la. bestnya caltex tu ada Zus Coffee, Family Mart dgn Watson's

    ReplyDelete
  8. Saya pun baru sekali lalu..Kalau tengah malam sengsorang memang tak lalu ..takut

    ReplyDelete