Sunday, 30 January 2022

Retak Seribu

Letak handphone atas peha, sambil godek-godek radio kereta. Bangun, terlupa handphone tu, jatuh terlungkuplah ia atas jalan bertar. 

Inilah ghupa-nya....

Kejadian bulan 11 tempohari. Terus ke BlueCube, konon nak tukar phone. Rupanya ada certain fees/penalty yang kena setel-kan kalau nak tukar phone baru. Around RM600 juga masa tanya ni. Nak tukar skrin pun harga lebih kurang nak beli handphone baru 😬 Guna je selagi bolehlah jawabnya... 

Makin lama retak tu makin besar. Dan sesekali jari tersentuh kaca tu terasa pedih, mungkin ada kaca yang timbul ataupun crack-nya makin dalam jadi bila sentuh terasa kesat pada sesetengah kawasan yang retak menanti belah itu :D 

Nak tak nak, semalam 29.1 ke BlueCube semula, sebelum meraikan meraikan pengantin PKP.. Ikutkan lagi 6 bulan kontrak habis tapi nak tunggu 6 bulan tu bukan sekejap, sementelah handphone ni kawan karib dia :p Bayar penalty untuk tebus kontrak  RM350+RM38 (outstanding bill) dapatlah si dia handphone baru. 

Nak try Vivo pula katanya. 

Keluar saja dari BlueCube, terus ke kedai phone accessories, nak pasang screen protector. Dengar-dengar pasang hat 5-layer terus 🤭 Takut pisang berbuah 2x hihi... 

Saturday, 29 January 2022

Walimah Pengantin PKP di Selayang Capitol

29.1.2022

Istimewa majlis perkahwinan yang kami hadiri hari ni... Pengantin bersanding dengan bayi :D Kahwin semasa PKP, majlis persandingan tertangguh beberapa kali. Nak dibatalkan, mungkin deposit sudah dibayar. Jadi, majlis diteruskan pada tarikh yang sesuai iaitu hari ni. 

Selamat Pengantin Baru 🌹

Nampaklah tadi pengantin perempuan pegang baby di pelamin. Sweet je... Sebelum ni pun pernah baca di surat khabar, pengantin bersanding dengan bayi di majlis perkahwinan, jadi bukan sesuatu yang pelik pun. Cuma, rasa extra happy merasai sendiri pengalaman begini.

Cantik dekorasi Dewan Ibunda ni. Sebelum ni kami pernah makan kenduri di sini, tapi tak ingat kenduri siapa... Dah lama sangat dah, sampaikan nak ke sini tadi pun tersesat 🤦 

Terima kasih Tn Hj A atas jemputannya. 

Friday, 28 January 2022

Char Kuey Teow Resepi Che Nom

Dah lama tak makan char kuey teow ni... Bila ada kerajinan tu, kita masaklah sendiri... 

Godek-godek jumpa resepi char kuey teow padu Che Nom. Ummi buat untuk sarapan jadi preparation buat petang sebelumnya. Preparation yang dimaksudkan tu ialah prepare stok udang dan kisar bawang-bawang je :) Breakfast kena ready by 6.00 am sekarang ni sebab Subuh masuk lambat. Jadi, makan dulu baru solat. Kalau masuk waktu awal, solat dulu. Gitulah kita sesuaikan masa sebab kalau keluar rumah 6.45 tu kira lewat dah nak ke sekolah. 

Walaupun agak renyah, kena sediakan stok udang dan sos char kuey teow tapi resepi ni berbaloi untuk dicuba. 

Resepi: Char Kuey Teow 
Sumber: Che Nom

Bahan Kisar Halus (A)
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit air

Bahan Stok Udang (B)
Kulit/kepala udang
Air
# Rebus hingga mendidih dan kisar halus. Tapis dan simpan stoknya. 

Bahan Sos Char Kuey Teow (C)
2 senduk cili kisar
1/4 cawan kicap manis
6 sudu besar kicap cair
4 susu besar sos tiram
1 kiub ikan bilis
1 sudu besar petis (boleh ganti 1/2 sudu kecil belacan) - Ummi tak letak
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Sos char kuey teow

Bahan Lain (D)
Sedikit minyak
1 pek kuey teow 
Udang yang telah dikopek dan dibuang kepala (kulit/kepala dijadikan stok udang 👆)
1 ikat kucai - bersihkan dan potong 
1 mangkuk taugeh - buang kepala, bersihkan dan tos
Telur

Cara-cara
1. Mula-mula kita sediakan sos char kuey teow dulu;
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus (A) hingga kekuningan
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak
- Masukkan kicap manis, kicap cair, sos tiram, sos tomato (boleh ganti asam keping atau cuka) dan semua air rebusan udang/stok udang tadi (B)
- Masukkan kiub ikan bilis.
- Tambahkan petis (boleh ganti dgn sedikit belacan) jika ada
- Masak sampai mendidih
- Perisakan dengan garam dan gula . Ketepikan. 

2. Untuk menggoreng kuey teow;
- Bilas kuey teow dengan air dan toskan
 - Panaskan minyak
- Masukkan udang dan kacau hingga isi udang bertukar warna
- Masukkan dua senduk sos char kuey teow tadi beserta air 
- Masukkan kuey teow. Gaul sebati
- Masukkan taugeh dan kucai. Kacau lagi
- Masukkan telur, kacau sebati
- Perisakan dengan garam jika perlu

# Che Nom masak sepinggan-sepinggan tapi Ummi masak sekuali terus. 
## Tambahkan sos kuey teow dari masa ke semasa untuk jadikan kuey teow basah/berkuah
### Boleh juga disudukan sos kuey teow sewaktu menghidang

Selamat mencuba 🤗

Thursday, 27 January 2022

Nostalgia Cucur Sampah



Balik dari jemput Kakak di sekolah, Abang bagitau, "Cik As bagi cucur udang Ummi" Ini mesti 'upah' Ummi tolong ambil Fa-Za di Pasti tadi :D

Simpan dulu, apa-apa hal kita makan nasi dulu... Hari ni Ummi masak kari ikan mayong ☺️ 

Ambil gambar atas dapur, sebab dah hidang satgi selalu lupa atau tak sempat ambik gambar dah :D 

Lepas Asar, Ummi bancuh tepung untuk buat cucur sampah, top up cucur udang Cik As bagi tadi. Rakyat ramai, faham-faham aje lah 🤭

Cucur sampah ni terkenal di kampung Ummi, terutama di bulan Ramadhan. Lebih kurang je dengan cucur udang, cuma dimasukkan taugeh sebagai main ingredient. Zaman dulu kalau beli udang pun untuk dibuat lauk, bukan cucur atau rencah goreng mi/bihun. Kari Udang bersama Daun Bawang dan Udang Gaul bersama Kelapa masakan ni lah arwah Tok selalu masak jika beli udang. 

Untuk cucur sampah tadi, satukan semangkuk taugeh yang sudah dibersihkan, cili merah, bawang besar, tepung gandum, garam, sedikit serbuk kunyit dan air. Gaul sebati. Sendukkan adunan dan goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Makan bersama sos pencicah atau sos cili. 

Nak lagi nostalgia, minum dengan teh O. Dulu-dulu, beli susu pekat untuk cicah lemang waktu raya je. Minuman semuanya 'O' je :D 

Wednesday, 26 January 2022

Kampar Boutique Hotel (Kampar Sentral)

Kampar Boutique Hotel ni ada dua, satu di pekan lama dan lagi satu di pekan baru (Bandar Baru Kampar). Mula tu kami booked yang di pekan lama. Sehari sebelum check in, kami dimaklumkan family room yang kami booked ada unexpected problem regards to its floor. 

Jadi kami tukar ke Kampar Boutique Hotel berhadapan Kampar Sentral yang terletak di jalan utama. Easy access. 

Kami pilih triplets room (RM149- direct booking). 

Bilik agak sempit tapi oklah sekadar untuk berehat dan tidur semalam. 

Nak ambil gambar penuh memang tak boleh, sebab biliknya memanjang dan sempit hihi .. 

Lantai cantik 😍

Bilik air agak besar. Air  shower laju, best! 

Lobi...

Hotel ni ada lift, tapi kecik .. kami 6 beranak pun kena 2 trip. Masa check out, punyalah lama tunggu lift, kami angkut luggage bags turun tangga je. Keluar pintu, tengok-tengok kat bahagian belakang hotel. Macam nak lari tak nak bayar sewa je 😂😂😂

Secara keseluruhan, hotel ni OK. Hotel baru, rasa selesa w/pun bilik agak kecil. Mungkin kalau dapat family room (hari tu fully booked) lebih selesa untuk kami berenam. 

Kampar Boutique Hotel (Kampar Sentral)
No 23,25 & 27 Laluan Batu Sinar 2 
Kampar Sentral 
31900 Kampar 
Perak Darul Ridzuan


Tuesday, 25 January 2022

Jiranku Sayang I

Jiran 1
Limau Mandarin sangat sinonim dengan raya Cina... Setiap kali menjelang CNY, muncullah buah ni di pasaran. Ummi suka buah limau mandarin ni... 

Enam biji limau Mandarin ni dari jiran India, untuk kami orang Melayu. Muhibbah kan Rakyat Malaysia?

Jiran 2
Cik Leha bagi sebekas asam rebus keladi. Allah, sedapnya... 

Ummi jarang masak sayur keladi ni sebab takde geng nak makan ... Sama juga dengan Cik Leha, anak menantunya tak makan. Jadi, rezeki Ummi-lah :D 

Masa arwah Tok ada dulu, sesekali buat juga sayur keladi ni. Itupun Tok yang masak :) 

Jiran 3

Ada seseorang sangkutkan seplastik bunga kantan di pagar rumah. Suspek utama Cg Jas hehe ... Beliau selalu agihkan bunga kantan yang ditanamnya kepada jiran-jiran. Belum berusik lagi... Nak cari ikan best-best sikit... Pari ke, tenggiri ke untuk dibuat asam pedas. Sedapnya! 

 
Jiran 4
Jumpa Cik As di kenduri Aunty Farah tempohari, sembang-sembang pasal Kopi Hainan, yang dah tak kelihatan lagi di kejiranan kami. Tup-tup, dibelikan Ummi segelas....


الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات 💚

Sunday, 23 January 2022

Pengalaman Jual Kereta di Carsome

23.1 genap 2 bulan KING bertukar tuan. Ada masa nanti Ummi buat coretan khas untuk King. 

Kali ni nak share experience kami berurusan dengan Carsome, platform jual-beli kereta yang makin menjadi pilihan ramai. Mudah, cepat dan trusted. 

Kronologi urusan penjualan King di Carsome...

20/1 King diperiksa oleh wakil Carsome. Janji temu kami  di Auto Dunia seperti diaturkan oleh Raj, car salesman yang banyak membantu kami dalam urusan ni. Raj contact 3 platform jual-beli kereta tapi Carsome paling awal bagi feedback dan set appointment untuk inspection. Estimated price dia bagi pun lebih tinggi. 

Pemeriksaan sangat teliti; luar, dalam, tepi, tengah, atas, bawah setiap inci kereta diperiksa. Untuk proses inspection ni kena bawa geran dan spare key sekali, depa nak tengok. Sepanjang proses ni, kami hanya menunggu dalam showroom, tiada langsung interaksi dengan staf Carsome tu. Biar dia buat kerja dia tanpa diganggu dan dipengarauhi oleh mana-mana pihak :p
 
Selain body & engine inspection, brother ni test drive King juga. Dah setel, dia returned key to Raj. Kami ambil kereta dan balik rumah. That's all.  

21/11 Dapat mesej dari Raj, katanya dah ada pembeli King, dengan harga bidaan slightly below our estimated price. Ikutkan the following day kami kena serahkan King tapi sebab Walid kena apply leave dulu jadi a day after that baru Walid, as the owner ke pejabat Carsome Selayang. 

23/11 Sedih betul Ummi hari ni :( Sayang dengan King ni tapi itulah hukum alam, kita tak mampu untuk memiliki semuanya. Adakalanya kita perlu melepaskan sesuatu yang baik untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Chewah! 

Luar dalam kasi cantik, bersih .. Biar owner baru nanti puas hati dan dapat jaga King lebih baik dari kami 😘 Walid jenis yang rajin jaga kereta dia, sampaikan Raj cakap "I tengok kereta you, I tau u jenis jaga kereta punya..." Nak dapat sebiji pun bukan senang, kenalah jaga sebaiknya kan? 

Si Little Joe Biru & Hijau tu souvenir untuk owner baru :D 

Keadaan luar dan dalam King masih elok cuma dia dah berusia, tahun ni cukup 20 tahun. Walaupun sentiasa service ikut schedule, ada beberapa perkara yang perlu ditukar ganti sesuai dengan usianya tu. Kami tak mampu nak maintain dia sebab bila tukar item A, item B pun minta ditukar juga. High maintenance kata orang :D Nonetheless we never regret having her. 

Urusan di kaunter tak lama, sekitar 15 minit saja, tapi masa masa menunggu tu +-30-40 minit.. Proses tukar beli ni kena thumb print jadi owner kena datang.  Selepas selesai urusan dan serah kunci (serta geran) Walid diberi satu form as a proof yang kereta dah diserahkan dan bayaran akan dibuat oleh Carsome. Bab bayaran, dimaklumkan duit akan dipindahkan ke dalam akaun Walid sebelum pukul 6 ptg hari yang sama. By noon, duit dah masuk. Very efficient 👍


Esoknya, King dibawa ke selatan. Owner baru orang JB katanya. Kawan-kawan di JB, kalau nampak King, kirim gambar ye 😁 

Rindu! 



Late Lunch di Langgaq Bihun Sup Utara, Keramat

Dari Southern Legion, kami singgah di Petronas Minlon untuk bersihkan diri dan solat Zohor. Kalau main paintball ni kena bawa baju salin, dia punya berpeluh takleh bawa bincang :p 

Selesai khidmat diri dan solat baru selesa nak teruskan perjalanan. Anak4 pun sedap je lena... Sampai di Ampang, mula cari destinasi untuk makan. Sebelum Walid suggest beli nasi kukus ayam berempah, baik Ummi cari kedai makan dulu 😅

Akhirnya kami singgah di Langgaq Bihun Sup Utara yang terletak di Keramat. Dari MRR2, menghala ke Texas Instruments nampak Petronas sebelah kanan, masuk situ. Lagi satu landmark ialah restoran ni  berhadapan Mahkamah Rendah Syariah Gombak. Kalau 'nak Waze', tulis Langqaq Keramat. Kalau tak dibawanya kita ke Langgaq Melawati macam kami hari tu. Lebih menyedihkan, kedai tu dah tak wujud, dah pindah. Entah-entah pindah ke Keramat ni... 

Ada pelbagai menu signature negeri Kedah seperti laksa, bihun sup, nasi kuning dsbnya... 

Pilihan kami; 

Mee Goreng Biasa
RM8.00

Mee goreng ni memang sedap bagi Ummi. Mee goreng style Kedah kot, yang mana rencahnya ialah daging... Banyak ketoi pulak tu depa bubuh... Susah nak dapat ni di kota metropolitan KL :D Highly recommended. 

Bihun Sup Daging
RM8.00

Bihun ni pun sangat sedap. Sebijik macam makan di Kedah. Eh

Jangan lupa letak sambal merah tu 👆

Cucur Udang Biasa aka Coq Udang 
RM7.00

Orang Kedah makan cucur udang dengan kuah kacang. Selain tu ada tauhu (kami panggil tokua :D), telur rebus, sengkuang dan timun. Set ni biasa-biasa je bagi Ummi. Bolehlah nak try... 

Mee Sup Ayam (kanan)
RM8.00

Mee Sup ni pun biasa-biasa je bagi Ummi. Mungkin sebab Bihun Sup tu sedap sangat jadi Mee ni rasa biasa-biasa je. Mee Sup ni regukan dengan sambal kicap, pedas-pedas sikit baru umph... 

Nasik mana nasik??? Haha ... 
Ada ni... 
Hero2 tu nak nasik jugak...

Nasi Putih + Daging Masak Hitam
RM8.00

Nasi Kuning + Ayam Goreng + Sambal Bilis
RM11

Bagi Ummi, nasi dan lauk-pauk ni biasa-biasa juga... Kalau nasi atau lauk-pauk tu panas-panas mungkin lagi sedap kot. Ialah, kami sampai pun dah hampir pukul 4, nasi dah sejuk 🤭 Kedai beroperasi dari jam 1200-2230 setiap hari. Tutup sekejap 10 minit sebelum Maghrib tak silap Ummi. 

Sengaja Ummi letak harganya di sini supaya tak terkejut :p Hari tu Uncle Apit cakap harganya 'boleh tahan'... Betoi la tu. 

Kedai agak sempit w/pun berada di corner lot. Food station banyak jadi agak crowded. Nak lebih selesa, makan di bahagian luar... 

Sebelah sini juga ada kedai runcit dan kedai churros; Churrosic. 

Dah kedainya sebelah je meja kami, apa salahnya kita order satu set. Sedap! Jangan lupa order kalau mai sini... 

Alhamdulillah, Langgaq is ✅ :) 

Langgaq Bihun Sup Utara
1-27 Jalan AU2A/17
Taman Keramat
54200 Kuala Lumpur



Saturday, 22 January 2022

Main Paintball di Southern Legion, Kajang

Seharian keluar rumah hari ni ... Teman Walid main paintball di Southern Legion, Kajang dengan Geng SE.  

Mula tu ada archery competition... Competition suka-suka je... Sesi panaskan badan dan suai kenal gitulah ... 

Tak sangka, Abang terpilih sebagai dua peserta terbaik archery :) 2x dia berjaya panah buah limau mandarin tu ... 


Jadinya, dia kena bertanding dengan seorang Uncle ni ... 

Uncle tu menang, tapi dua-dua dapat hadiah; T-shirt Southern Legion. Well done Abang! 

Then depa start main paintball pulak... 

Penat sebab tak cukup korum... Kalau ada 4 team better... 

Abang main dengan orang dewasa. 

Ini last game, Abang masuk je team yang tak cukup ahli. Semua dah penat sebab terpaksa main back to back... 

Angah & adik2 main tembak-tembak... Adalah satu tempat khusus untuk budak-budak... 

Depa kena tembak target yang digantung tu... Seorang dapat 30 peluru, bayar RM10/seorang. Sekejap je habis 30 biji peluru tu, tak puas main kata depa ... 

Tempat ni oklah... Ada surau, tandas... Cuma tandas tu actually bilik air je, no proper toilet. Sebelah atas (zink biru) ada dek. Nak tengok orang main lagi sesuai duduk atas ni... Ada kerusi meja, fan... Selesa jugalah untuk Ummi dan anak3 melepak berjam-jam tunggu depa habis main. 

Adik & Kakak layan YouTube :) 

Minuman ringan pun ada dijual. Selain tu ada juga jual Sagu Gula Melaka (jenama The Sagoo)

Sedap! 

Nasi lemak tak pasti siapa sponsor :

Kalau ada yang berminat, boleh contact team SL ni. Ramah dan mesra staff di sini.  

Alhamdulillah a day well spent.