Bertolak dari Gombak lepas solat Jumaat, sebab Walid masuk office lagi pagi tu (1/2 day leave). Around 4pm kami sampai di hotel. Sengaja pilih hotel area sini, dekat sikit sekiranya sampai lewat dsbnya. Untuk hari pertama ni sekadar nak singgah sana, singgah sini je konsepnya sebab tu pilih hotel yang agak jauh dari pantai. Nak kata jauh sangat tu tidaklah, sekadar 15 minit drive ke pantai je.
Hotel bajet, terletak di shoplot paling hujung. Parking takde masalah. Nampak macam kawasan ni baru dibuka sebab masih ada shoplot kosong. Tapi, banyak kedai makan di sekitar sini; kedai tomyam, kedai mamak, kedai kerepek, kedai kuih tradisional, kedai nasi lemak... Nak ke Tesco, jalan kaki je... Self service laundry pun berkembar dengan hotel je, dimiliki oleh owner yang sama. Alhamdulillah banyak kelebihan hotel ni.
Sell check in kiosk.
Kat sinilah kita bayar duit sewa hotel plus deposit, kalau ada baki dia return thru machine juga, access card pun keluar kat situ juga. Resit pula akan dihantar ke email add yang kita masukkan masa regi. Canggih!
Staff sentiasa stand by di kaunter untuk membantu, no worries.
Our room... Family room RM 130/night. Ada 2 katil queen size.
Separated shower and toilet.
Salah satu sebab Ummi suka hotel bajet selain dari harganya ialah kebanyakannya terletak di premis baru. Dari segi deco, facilities masih terjaga. Itu yang best.
Win Win Boutique Hotel
No 10 Jalan PD-Seremban
Lukut Prima
71010 Lukut PD
Negeri Sembilan
Tel No: 06 648 4017
Menarik..boleh masuk wishlist memandangkan hotel2 kat PD banyak dah fully booked...ada lift kan hotel ni
ReplyDeleteAda lif SA.
DeleteSelesa sangat nampaknya kalau sekadar untuk tidur sahaja berbaloi-baloi
ReplyDeleteSelesa dan berbaloi dgn harganya :)
DeleteBest sangat sangat dah macam ni... Entah bila la ada peluang nak tidur hotel lagi..busy sangat sekarang
ReplyDeleteTakpe MY, ada masa nanti pergilah jalan2. Take a break and unwind.
DeleteNampak mewah, perkhidmatan canggih padahal hotel murah.
ReplyDeleteKatanya the only hotel in PD yang ada self check in kiosk. Canggih kan? hehe...
Deletewah bagus ar, hotel budget pun dah self service check in tau!! impresif...
ReplyDeleteVery impressive. Macam kat airport :p
Deletewahh mewah sungguh nmpk hotel nih, yg penting bersih kann,. ;p
ReplyDeleteTip top Wak :)
DeleteNampak cosy Dan classy..luar mcm zebra pula bila tgknya
ReplyDeleteHaha... anak2 PH pun cakap camtu juga mamapp :D
DeleteBest juga ye PH. Impressed with the registration kiosk..
ReplyDeleteYup, sebab nak minimumkan contact & going for cashless transaction.
Deletewah.. menarik ni kak. dan mesra poket yg penting.. hihi..
ReplyDeletePenting tu Ily :)
ReplyDeleteBajet utk hotel boleh buat makan-makan hehe