Kelmarin KPM dah keluarkan takwim persekolahan untuk tahun 2022/2023. Perkara pertama yang Ummi tengok of course-lah tarikh cuti sekolah dan cuti-cuti perayaan. Dah marked cuti raya bila :D Besar harapan tahun depan nak raya di kampung. Boleh murung kalau terus beraya di perantauan :(
Untuk Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu) mula dan tamat sehari awal.
Ini pula jadual cuti perayaan.
Manakala sesi persekolahan tahun 2021/2022 ni akan berakhir pada 20/3/2022.
"Bulan 3 nanti baru Angah naik darjah 5, Ummi" :)
Akibat pandemik, terpaksa dianjakkan sesi persekolahan ke tahun depan. Bagus juga walaupun awal tu rasa pelik sebab biasa naik darjah/tingkatan masa awal tahun. Bagus sekiranya PDP secara bersemuka dapat dijalankan sepenuhnya. Ummi tak pandai nak tulis, tapi sangat setuju dengan tulisan Mama Yan tentang PdPR . Bukan nak lepas tangan tapi itulah hakikatnya.
Selain itu, PDP bersemuka lebih berkesan sebab guru-guru juga boleh tahu sama ada murid-murid faham atau tidak topik yang diajar. Jika hendak harapkan murid sendiri buat latihan atau Google topik yang tak difahami, maaf. Sangat tidak berkesan. Memang cikgu dah habiskan silibus tapi dengan pelbagai cabaran belajar di alam maya, tak boleh harapkan pemahaman 100%.
Sekolah Abang akan buat ujian pengesan bermula minggu depan. Tak mengharapkan skor yang tinggi tapi lebih kepada mengenalpasti kelemahan dalam setiap subjek. Apapun Ummi tetap doakan yang terbaik untuk Abang.
Lastly, tak lupa untuk anak-anak T5 & T6 yang sedang menduduki Modul Penilaian KAFA (MPKAFA), all the best to all! Special to Kak Una, good luck sayang 😘
Baru tanya emak semalam bila SPM? Tahu buat tahun depan. Itulah cabarannya.
ReplyDeleteJadual SPM F5 ni baru keluar. Pack sangat sampaikan parents nak buat petition khabarnya :(
Deletekami yg masih pdpr kat sini dah semakin hilang mood dah nk ajar dan semak keja anak².. kesiannya anak² kita skrg.. naik darjah pun lmbt
ReplyDeleteFaham sangat Kakmim.
DeletePH ni anak2 baru sempat seminggu sekolah, PdPR pula 3 minggu sbb MPKAFA dan Team A sekolah. Merudum teruk mood anak2 pun :(
harap2 next takde la pkp, pkpd or mcm2 pk...kannn
ReplyDeletein sya Allah
Hope so. Dah tak effective kan?
DeleteSenang dah keluar takwimnya. cuti tu penting. harapnya tahun depan dapat rasa raya yang sebenar.
ReplyDeleteBetul Fiza. Kita doakan yg terbaik.
Deletekesian kat budak2 sekolah & cikgu semua .. mencabar tul sekarang ni kan
ReplyDeleteSangat mencabar :(
Delete