Monday, 8 November 2021

Abang ~ Kembali ke Asrama

Setengah tahun jugalah Abang duduk di rumah. Semalam 7/11 kembali ke asrama semula. 

Macam YB kata Maksu :D 


Menguruskan segala persiapannyalah yang membuatkan Ummi sibuk 2-3 hari kebelakangan ni. Seluar kena beli baru, tak muat nak kancing :D Mujur baju-baju sekolah (baju PJ, baju prep, baju batik, jubah TMUA) semua muat lagi. Ummi risau sebab segala baju tu saiz paling besar dah yang dijual di koperasi sekolah. Buatnya tak muat, mana nak cari? Seluar oklah, boleh dibeli di pasaran terbuka. 

Jumaat Ummi pergi sekolah, ambil name tag dan beli sampin. Name tag ni baru siap. Masa depa masuk asrama bulan 4
hari tu belum siap. Cantik, warna 'hijau Petronas'. 

Lepas tu sibuk melekatkan name tag di baju, gosok baju/seluar dan 'tulis nama' pada segala barang. 

Untuk pakaian, Ummi tempah textile stamp, senang kerja Ummi :) Ummi tempah di JL Office, Sri Gombak masa awal tahun dulu lagi. Rasanya kedai-kedai stationery ada buat ni. Harga dalam 10-15 ringgit, tak berapa ingat dah the exact price

Lama-lama pudar juga. Takpe, 'chop' je semula :D Lagipun, baju dah ada name tag, tak tertukar/hilang انشاء الله.

Pihak sekolah minta sediakan sudu, garfu dan cawan sendiri sebagai langkah berjaga-jaga. Ummi excited, dah lama tak shopping. Bila nampak tray  makan, lawa pulak tu ambillah satu :) last unit ni haha ..

Dah tu Abang buat apa? Abang sibuk... Sibuk menyiapkan segala tugasan yang cikgu bagi. Tugasan yang diberi semuanya mencabar antaranya kena hantar laporan kajian tentang domestic waste tapi kena buat questionnaire dalam Google Form then cari 10 responden dalam komuniti setempat. Nak develop questionnaire dalam Google Form tu yang tak reti w/pun cikgu ada sertakan video. Tak semua orang mampu faham penerangan thru video je kan? Satu lagi projek RBT, kena buat lakaran dan model produk yang tak pernah dibuat orang! Tough silibus sekarang. Kesian murid-murid, sudahlah belajar secara maya, terpaksa hadap pula silibus yang tinggi. 

Masa pergi PD hari tu, adik3 bersuka ria mandi laut, Abang pula kena attend kelas (bengkel intensif jawab exam) Kesian Abang, hari minggu pun kena masuk kelas :( 
Tak kisahlah, sekarang dah boleh belajar secara bersemuka, alhamdulillah. 

Abang  kembali ke sekolah sebagai pengawas 🥰

Masa interview... 
11 Oktober, guna aplikasi Google Meet. Sembang-sembang je dengan Ustaz R, guru Maharat Al Quran dia. Nak test character la tu, kata Walid. Betullah agaknya tu sebab nampak santai je. Abang siap sengih lagi :) 

Macam selalu, pesanan Ummi pandai-pandailah bawa diri, hormat guru2 dan kawan-kawan, sentiasa 'bawa kebaikan' ke mana dan di mana saja. 

All the best Abang! 
Ingat, doa Ummi sentiasa bersama Abang 🤗

10 comments:

  1. Semoga berjaya abg..
    Ye itu juga pesan ammi pada anak.. "be good to others and they'll be good to you too"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan senang nak lepaskan anak masuk asrama ni Ammi kan? Berbakul-bakul pesanan :D

      Delete
  2. Mencabar tugasan. Tidak dapat menolong sangat tugasan begitu.
    Selamat masuk belajar semula.

    ReplyDelete
  3. All the best abang..
    Semoga sentiasa dalam rahmat & perlindungan Allah.

    ReplyDelete
  4. huhuhuh
    macma - macam keperluan dak fawwaz.
    takpelah cik ina.
    sekentut je nganto

    abg long recycle je baju lama.
    mujur dia diet kejap
    tak memasal dah kena pakai tali pinggang

    project2 tu sama je ank2 kita skrg
    nk2 geografi.
    berasap kepala nak susun ayat and buat interview
    belum lagi program buat poster bagai
    adeh adeh
    dah kalah time kita kat uni dulu.

    btw.lama stamp tu
    ingat nk tempah jugak
    tapi begitulh
    siapa nk pakai baju abg long tu
    size memasing lagi kecik dri beliau
    ahhaa


    all the best fawwaz
    mudahan terus cemerlang dunia dan akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki dia dapat jadi pengawas alhamdulillah
      Tapi kenalah beli baju pengawas pula w/pun baju putihnya pakai sebulan je :D

      Kalau Abg Long nak baju putih, roger! Jgn segan2...

      Delete
  5. anak sy yg thn 6 tu pun dah kena buat questionaire guna google form hari tu.. sekolah skrg mmg advance

    all the best abang.. umi jgn nangis rindu tau

    ReplyDelete