Friday, 19 November 2021

Abang ~ Persediaan ke Asrama

Alhamdulillah tumpang happy bila dapat tahu ada anak-anak F1 yang dipanggil untuk 3rd intake ke SBP/SMKA. Setakat ni tak dengar lagi kawan-kawan SRAI Abang yang berjaya dalam rayuan kali ni. Untuk 2nd intake hari tu (regi 13/6 ada beberapa orang kawan Abang ditawarkan ke INSTAR, SMKA Hj Mohd Yassin, SBPI Temerloh dan ada juga dapat sekolah Abang sorang. Adalah geng lelaki dari SRAI. Tahniah anak-anak dan mak-maknya 😘

3rd intake ni khabarnya akan regi 23/11 ni, Selasa depan. Jomlah Ummi kongsi sikit persediaan Abang masa nak masuk asrama tempohari... Untuk makluman, Abang di SMKA TMUA. 

A. Pakaian 
1. Uniform sekolah 
Uniform asal Abang kemeja putih + seluar hijau gelap. 

Bila dilantik sebagai pengawas, tukar pakai kemeja biru + seluar hitam. Baju ok harga tu tapi seluarnya kemain mahal, RM89.90. Plus size, harga pun extra ler.... Beli di  Pasaraya Ekonomi Kawanku Greenwood. 

2. Baju PJ dan prep 
Ini beli di koperasi sekolah. 

Baju merah pakai 2x seminggu, baju oren pakai prep hari Sabtu. Prep malam pakai baju Melayu dan slack hitam. 

3. Kasut hitam
Rasanya mostly pakai kasut hitam bertali untuk SBP/SMKA kan? Kasut kulit/PVC beli di Bata. 

Harga RM129 kalau tak silap. Bata Comfit. 2-3 outlet Bata juga kami pergi sebab takde size.

Selain tu kena sediakan kasut sukan, sandal dan selipar. Stokin bercetak nama sekolah beli di koperasi. 

4. Baju batik
Baju batik + seluar hitam pakai hari Khamis dan waktu outing/balik bermalam. 

Terpaksa ambil baju display. Again, this is the only piece left untuk saiz anakanda :) Ini pun beli di koperasi asrama. 

5. Jubah TMUA
Takde pulak gambarnya 😅 Jubah pakai hari Khamis malam Jumaat. Kopiah TMUA pun ada cuma stok belum sampai.

6. Baju Melayu 
Baju Melayu pakai hari Jumaat, siap bersampin sekolah. 

Sampin pengawas. Sampin biasa warna maroon. Sempatlah pakai 1-2 kali je sebab kelas Abang PJ hari Jumaat.

Lain-lain tu songkok hitam, tie sekolah, seluar kecik, singlet dan pakaian biasa; T-shirt polos dan track bottom. Ummi bekalkan kain pelikat, kopiah, tuala, sapu tangan, sejadah... Setiap barang ni letak nama. Itupun ada yang hilang juga 😅

B. Keperluan Asrama

Cadar, selimut dan sarung bantal beli di koperasi sekolah. 

Keperluan lain termasuk baldi, gayung, toiletries, sikat, bedak, minyak rambut, sabun dsbnya. Face mask & hand sanitizer tu wajib. Sekarang KF94 dah murah, beli yang tu untuk Abang pakai sepanjang waktu sekolah. Selesa katanya. 

Al Quran, Surah Yasin bawa juga esp for TMUA students yang hari-hari berdamping dengan Al Quran.

C. Peralatan Sekolah
Buku tulis, buku latihan, set PSV, kalkulator semua beli di koperasi sekolah, standard set. Nak beli asing pun boleh sebab harga di koperasi boleh tahan juga 🤭

Erasable pen Ummi panggil sebab pen ni boleh dipadam dakwatnya .. Ini Abang guna untuk tahriri. Setiap mukasurat yang dihafal kena salin semula ke dalam buku khas yang dipanggil buku tahriri. Nak pakai pen biasa pun boleh cuma kalau salah kena padam guna liquid paper tu tak cantiklah. Beli di JL Office Sri Gombak. 

Beg sekolah jangan lupa : p 

D. Medical checkup dan isi pelbagai borang 

Lenguh tangan nak isi borang haha... 

Masa nak masuk SAMTAK lagi banyak borang :) 

E. Yuran 
1. Yuran/Sumbangan PIBG 
Yuran PIBG ni bergantung kepada sekolah. 

2. Yuran makan asrama
Yuran ni ikut pendapatan; RM4999 ke bawah kadarnya RM1/hari. RM5000 ke atas kadarnya RM3/hari. Standard rasanya untuk semua sekolah KPM/SABK. Untuk tahun ni bayar untuk 66 hari saja bagi yang masuk 1st intake. Intake seterusnya lagi kuranglah, bergantung pada tarikh daftar asrama yang telah ditetapkan. 

Tu je kot :)





15 comments:

  1. macam2 persediaan bila nak mula bersekolah kan. banyak yg nak kena beli. lagi2 kalau nak ke asrama. rezeki org yang berniaga cam kami ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni pula semuanya standard ikut sekolah masing-masing. Zaman PH dulu cadar & pillowcase je putih selimut warna warni. Baju sukan t-shirt putih je :)

      Delete
  2. Alhamdulillah, Tahniah abang. Suka "students yang hari-hari berdamping dengan Al Quran". Aunty pun nak juga damping dengan Al-Quran. InshaAllah.

    ReplyDelete
  3. Banyak juga belanja pesekolahan dan asrama sekarang ni

    ReplyDelete
  4. Banyak persediaan kena buat.

    ReplyDelete
  5. tahniah..anak saya pun baru masuk asrma intake ke 2..mmg pokainya dibuatnya tapi pelah demi kebaikan ank2 kan..SMKA juga..moga anak2 kita jadi anak soleh dan solehah aamin..belanja di greenwood?wahh mcm dekat2 je kita ni.heheh

    ReplyDelete
  6. Persediaan asrama kyra haritu takdelah banyak mana sbb dia sekolah harian yg asrama cuma utk Aliran agama.. Jadi takdelah byj sangat nak beli. Tinggal beli jubah utk prep je sbb dia xleh share jubah ammi yg senteng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tahniah utk Kyra :)
      Anak2 dah lebih tinggi dari kitakan Ammi?

      Delete
  7. hari tu belanja rm1k tuk baju2 n kasut je.
    abg long size German kan
    hadeh
    seb baek buku2 guna sekolah lama punya
    then beli kedai ninso or eco
    buat masa ni
    takpelah amik dullu
    nnti f2 baru suh naik bas charter.

    ReplyDelete