Ini bukan cerita pokok keladi yang viral dan jadi buruan ramai. Setakat ni Ummi belum terjebak lagi dengan trend bela keladi ni. Sebab minat Ummi lebih kepada edible plants instead of pokok hiasan.
Anyway, hari tu ada baca sharing rakan blogger, Fiza tentang embun di daun keladi. Terus Ummi teringat nostalgia zaman kanak-kanak. Suka main embun atau titisan hujan yang bertakung di daun keladi. Tolak sana, tolak sini air tu, pelik kenapa daun keladi tu tak basah 😅 Dalam hati, untung Fiza dapat menikmati suasana pagi di kampung dengan melihat titisan embun di daunan pokok.
Asyik melihat 'rumput lebih hijau di laman orang' terlupa Ummi pun ada pokok keladi!
Keladi ni keladi yang boleh dimakan. Batangnya boleh dibuat asam rebus atau kadang tu arwah Tok rebus cicah dengan air kerabu. Arwah Tok tanam di belakang rumah, Ummi pindahkan ke depan anaknya. Alhamdulillah hidup subur dia.
Ini pula bunga keladi. Pernah tengok?
Rasanya ini keladi gajah kot. Bukan Ummi punya, kepunyaan Hj X. Lalu kebun dia waktu tengah ber-jogging, ambil gambar sekeping dua sebab jarang jumpa bunga keladi. Ummi abadikan di sini untuk tatapan semua :)
Cantik bunga keladi. Tidak pernah tengok lagi.
ReplyDeleteCantikkan?
DeleteWarna tu memikat sangat.
sekarang ni mcm trend kan..pokok2 keladi ni
ReplyDeleteIye MA.. .harga pun cecah ribu-riban kan
DeleteSebab tu ada peribahasa, ibarat menjirus air di daun keladi, kan.
ReplyDeleteKecik2 manalah faham SK haha...
DeleteZaman kanak-kanak selalulah jumpa keladi gajah tu kadang main-main dengan kawan-kawan pastu gatal-gatal dek getah keladi tu hahahaa... nostalgia.
ReplyDeleteMrs.A pun suka
Kalau hujan potong daun buat payung haha...
Deletetak pernah tengok bunga pokok keladi. cantik :)
ReplyDeleteSamalah PH pun, tak pernah jumpa bunga keladi camni rasanya :)
DeleteTq singgah.
Sebab tu ada peribahasa, miang keladi kan
ReplyDeleteHehe...
DeleteCantik ada pokok keladi di dalam taman, menghijau subur, bunganya pun menarik.. Betul tengok embun kat daun tapi daun tak basah hehe.. Teringat pula air embun ada khasiat.. ingat2 lupa untuk apa hehe..
ReplyDeleteUntuk mata kot, rasanyalah hehe...
Deletedlu masa kecik mmg suka main air di daun keladi... bak kata pepatah... mencurahkan air di daun keladi.. ha mcm gitulah... suka tgk air bergenang² di daun keladi
ReplyDeleteSamalah kita. Kadang tu sengaja tenyeh air tu nak basahkan daun keladi tu haha
Deleteteringin pula nak main air kat daun keladi tu..mesti geram sebab air tak lekat situ..hehe
ReplyDeleteMai datang rumah PH :D
Delete