Resepi Udang Nestum ini sebenarnya dikongsikan oleh admin akaun IG arwah Siti Sarah. Sebelum arwah meninggal pun Ummi suka tengok video masakan arwah. Gaya arwah bersahaja je masak sambil berceloteh dalam loghat Ganu pekat. Memang asyik gelak je bila tengok video-video arwah. Yang penting, resepi-resepi yang dikongsikan simple je...
Ummi dah try 2-3 resepi arwah tapi untuk kali ni kita belajar resepi Udang Nestum dulu ye :)
Resepi: Udang Nestum
Sumber: Media Hiburan
Bahang-bahang :p
Udang
Tepung jagung
Lada sulah
Putih telur
* Gaul udang bersama tepung jagung, lada sulah dan putih telur.
Bahan Nestum
Nestum
Gula
Susu tepung
Garam
** Nisbah Ummi letak 3:2:1:1/2 (ikut turutan)
*** Gaul sebati semua bahan di atas
Bahan tumis
Butter (1-2 sudu)
Bawang putih - dicincang
Cili api
Daun kari
# Sukatan semua bahan agak-agak je, ikut pada kuantiti udang.
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan goreng udang yang telah digaul dengan tepung jagung, lada sulah dan putih telur hingga keemasan. Angkat dan toskan
2. Di dalam kuali lain, cairkan butter.
3. Tumis bawang putih dan cili api
4. Bila sedikit garing, masukkan daun kari. Tumis hingga wangi
5. Kemudian, masukkan Nestum yang telah digaul sebati dengan gula, susu tepung dan garam. Gaul sebati hingga agak kering dan garing
6. Masukkan udang goreng tadi dan gaul sebati. Tutup api. Siap!
Sedap!
Cuma next time udang kena goreng garing lagi. Pakai udang laut yang besar macam di Medan Ikan Bakar MPPD lagi sedap rasanya.
Didoakan agar arwah tenang di sana. Moga perkongsian resepi arwah dikira ilmu yang bermanfaat yang mengalirkan pahala berpanjangan untuknya.
Selamat mencuba 🤗
Meriah dengan nestum. Amin. Moga pahala mengalir untuk arwah.
ReplyDeleteTerlebih Nestum tu NA :)
DeleteFuyooo.. Ammi tak pernah buat lagi sbb selalu yg ada kat rumah nestum 3 in 1
ReplyDeleteHentam sajalah Ammi, sbb nanti nak kena letak gula & susu tepung juga :D
Deleterajinnya ummi fawwaz masak
ReplyDeletekita malassss
aahaha
Masak simple-simple rajinlah haha...
DeleteLepas 2hb baru boleh makan udang semula..nak pi check up ni...makan x jaga kan..aduhai...confirm failed lagi nanti
ReplyDelete