Friday, 20 August 2021

Rezeki Berbuka

Tahun ni Hari Asyura jatuh pada hari Khamis. Ramai yang ambil kesempatan untuk berpuasa semalam, alhamdulillah. Anak3 pun ikut Ummi puasa Hari Tasu'a dan Hari Asyura (9 & 10 Muharram respectively). 

Credit source. 

Puasa Hari Tasu'a Ummi masak Laksa Terengganu. Sambil tu Ummi order food dari Cameron Highlands. Curlasssss you... 


Sepatutnya order Ummi ni sampai hari Isnin, kemudian Selasa katanya ... Pastu seller cakap Rabu pulak. Ummi ok je sebab kenal seller ni... Mak kawan Pasti Kakak dulu. Adalah masalah logistik yang tak dapat dielakkan. Kita faham, waktu pandemik ni banyak ketidaktentuan dan dugaan.  

Time delivery pun ada ujian juga :D Mula tu katanya nak hantar tengahari. Then petang... Dari Zohor, hingga Asar sampailah dah nak Maghrib strawberries tak sampai-sampai. Hari tu pulak hujan lebat sungguh... Ikutkan dah tak mengharap tapi alhamdulillah lagi beberapa minit nak Azan, strawberries sampai. 

Ummi excited nak makan scones with strawberry jam ni. Terbayang dah dok di Cameron Valley Tea House! 

Sejuk dah scones ni tapi 'ade aku kisah?' haha... Bertahun-tahun dah tak jejak kaki ke CH, since Angah dalam perut. Now, he is 10-y/o already. Lama sangatkan?

Semalam pula, berdenting-denting loceng pagar berbunyi. Mula tu cucu Kak Leha datang hantar pecal... Tak lama kemudian, anak Kak Ana pula hantar bubur sum-sum. Alhamdulillah rezeki menjelang berbuka. Sedap-sedap pulak tu airtangan depa... 

Kek Pisang tu Ummi buat...Mentang-mentanglah ada strawberries, depa hias dengan strawberries... Pisang punya kek, strawberry dapat nama haha... 

Ummi tak masak special untuk berbuka semalam, jadi hari ni barulah Ummi balas bekas....

الحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات 💚

8 comments:

  1. alhamdulillah.. rezeki utk berbuka.. =)

    ReplyDelete
  2. Hehe teringin punya pasal sampai pesan skon dan strawberi dari CH.
    Alhamdulillah banyak terima rezeki.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Rezeki berpuasa.

    ReplyDelete
  4. Strawberry 😘 ni kalau girl saya nampak ni, jenuh asik minta belikan strawberry hihi

    ReplyDelete
  5. saya pon alhamdulillah dapat puasa sekali..
    sedapnya lauk2 semua..scones tu paling sedap

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah
    Selamat menjalani ibadah puasa sunat di bulan Muharram

    ReplyDelete
  7. tk pernh mkn scone yg rmi ckp sedap kt cameron tu

    ReplyDelete
  8. Sedapnya scone.Dulu saya suka buat.Lately kerajinan sudah ke laut dalam..Hihihi.
    Pernah makan scone kat "Abang Strawberry" CH sebelum Covid.Memang sedap dia lain macam.Rasa lemak pure butter.Tengok scone PH ni telan ayaq lioq pulak

    ReplyDelete