8 Ogos 2021 berlabuhlah tirai temasya Sulan Olimpik Tokyo Edisi 2020 selepas setahun ditangguhkan akibat pandemik yang melanda seluruh dunia.
Walaupun awalnya terdapat keraguan malah bantahan, tapi Jepun berjaya membuktikan kemampuan menganjurkan sukan terbesar dunia ini. Semangat orang Jepun memang luar biasa. Pantas bangkit di setiap kali ditimpa musibah. Hiroshima, Nagasaki, tsunami, gempa bumi malah Covid-19 juga tak mampu mengalahkan semangat juang mereka yang sangat tinggi. Setinggi dan seteguh Gunung Fuji barangkali.
Credit source. |
Negara kita di tangga ke-74 keseluruhan.
Mula tu Ummi tak follow sangat malah terlepas momen pasangan Aaron Chia- Soh Wooi Yik menang pingat gangsa untuk acara beregu badminton lelaki.
Tapi, momentum mula hadir bila menyaksikan kehebatan Nur Dhabitah Sabri berentap dalam acara Women 3M Springboard. Dari pusingan kelayakan hingga ke final Ummi dengan gegirls tak terlepas memberi sokongan kepada Bitah. Frust juga bila tak dapat medal tapi kita yakin dia dah buat yang terbaik.
Then, follow pula aksi our diving queen, Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10m platform individu. Pandelela ni dah menang 2 pingat Olimpik; pingat perak di Olimpik Rio 2016 dan pingat gangsa di Olimpik London 2012. Hebat kan?
Tapi, nasib tak menyebelahi beliau di Tokyo. Sedih bila first round beliau hanya dapat 18.00 mata. Second round onwards markah tinggi tapi dah tak mampu nak kejar esp 2 atlet China yang mana juaranya (Quan Hongchang) berjaya kaut 'perfect 10' 3 kali. Markah penuhlah agaknya tu...
Akhirnya saat yang dinanti, dengan penuh harapan nak tengok Datuk Azizul Hasni Awang (DAHA) rangkul emas sulung negara, malangnya belum rezeki dia dan kita, seluruh rakyat Malaysia. Geram pula dengan Jason Kenny yang pecut awal-awal haha... Geram lagi dengan mamat Australia tu huhu... Tapi, itulah namanya pertandingan. Pasti ada yang memang, ada yang kalah.
Namun, beliau tetap menang di hati kita 🤗
He made us proud too...
See you in Paris 2024 Shah Firdaus!
Tiada rezeki menang pingat emas.
ReplyDeleteberdebar betul tengok final keirin tu. memang geram dgn mamat australia tu, spoil mood je. hihi.. tapi semua pun dah perform their very best. Cuma takde rezeki nak bawa balik emas atau lebih banyak pingat lagi. 2024,insyaAllah akan ada kilauan emas buat Malaysia.. amiin..
ReplyDeletesaya mmg x follow pun olimpik hari tu... baca dr medsos je.. jarang tgk tv pulak belakangan ni
ReplyDeleteSaya memang buka berjiwa sukan..Anak-anak riuh melayan sukan,bolasepak,badmintann bagai,saya tolong sediakan kudapan sahaja...hihihi
ReplyDeleteSalam, tonton sikit-sikt itulah tiada rezeki dapat emas.
ReplyDelete