Wednesday 4 August 2021

Bengkel ~ Kami Cinta Baitullah

Sabtu lepas Angah dan Kakak Ummi daftarkan untuk program ni. Sesekali dedahkan depa dengan bengkel sebegini agar tidaklah bosan sangat mengadap PdPR. 
Bagus bengkel ni sebab ada praktikal kerja haji. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan, bergilir-gilir buat tawaf, saei, melontar jamrah dan tahallul. 

Angah Kumpulan Abu Bakar, Kakak Kumpulan Sayyidina Khadijah. Setiap group bergilir2 masuk ke setiap checkpoints

Kakak ready nak ber-saei. Ustazah monitor dari skrin je. 

Ada juga praktikal pakai ihram. Sebab malam sebelum program baru tahu kena sediakan ihram, Tak sempatlah nak keluarkan kain ihram Walid. Sudahnya, guna 2 helai tuala sebagai mock ihram. Tuala tu arwah Tok punya ☺️

Batu-batu untuk melontar pula guna surat khabar yang digumpal-gumpal. Lupa pula nak kutip batu di luar rumah.

Alhamdulillah satu pengalaman juga untuk anak-anak. Dalam keterbatasan, dapat juga belajar. Moga suatu hari nanti ada rezeki depa ke tanah suci 🤲

Kakak menang tempat ke-3 kuiz semasa penutup bengkel. Alhamdulillah. Dapat komik, sekali hadap je terus khatam :D 

Terima kasih Nazim Gombak atas usaha yang sangat bermanfaat. 

💚 الحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات 



4 comments:

  1. Alhamdulillah satu pengalaman baru.

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah, seronok diorang belajar mende baru kan...

    ReplyDelete
  3. Bukan anak kecik sahaja excited.Mokcik pun suka kalau ujian amali..tal suka teori sahaja...🤭

    ReplyDelete