Sunday, 29 August 2021

Nasi Kenduri


Selain balik kampung, satu lagi perkara yang sangat dirindui sejak pandemik ni ialah makan kenduri. Betul tak?  

Kenduri last (so far) yang Ummi attended was kenduri kesyukuran di rumah Paklong
pada 1/1/2021. Abang dan Walid pula sempat ke wedding anak Bro Is pada 9/1/2021. Kalau tak silap, seminggu selepas tu semua majlis kenduri tidak dibenarkan. Bila dibenarkan pun, limited untuk ahli keluarga terdekat. Memang rindulah nak makan nasi kenduri...

Alhamdulillah hari ni ada rezeki makan nasi kenduri. Jiran kami, Uncle Husin (UH) buat aqiqah cucu sulungnya. Anak UH ni pengantin PKP,  baby pun lahir masa PKP juga :) Tak dapat rasa nasi minyak Ika sebab kendurinya beberapa kali tunda hinggakan akhirnya dibatalkan terus. Sebab PKP... 

Walaupun sekadar packed food tapi tetap teruja nak makan nasi kenduri :D 

Maaf kalau ada yang tergoda ☺️ Nasi kenduri zaman pandemik ni benda 'rare', nak juga post sebagai kenangan :) Walaupun ada caterer jual nasi kenduri time PKP ni tapi rasa tak sama dengan the real nasi kenduri. Feeling, purpose & event tu yang membuatkannya jadi special. 

 Nasi Beriani, acar timun, kerabu taugeh & daging kambing. 

Dapat tembikai sebijik dari Ustazah, kira complete set-lah menu nasi kenduri ni. Air sirap je takde :) 

To Baby R, moga sentiasa dalam rahmat-Nya, membesar dengan sihat dan sentiasa menjadi penyejuk mata ibu ayah aamin 🌹

 
الحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات 💚





6 comments:

  1. Haha betul itu, saya rindu makanan kenduri. Itulah masa kena hadiri banyak kenduri macam tidak hayati sangat. Sekarang memang terkenang macam-macam jenis kenduri dihadiri.

    ReplyDelete
  2. lama betul tak menikmati kenduri..

    ReplyDelete
  3. Kita kalau teringin, kena tapau nasi beriyani

    ReplyDelete
  4. Oh....rindunya nak makan kenduri @ Kedah....meriah makanan

    Lepas PKP ni tak tau la akan meriah lagi atau sebaliknya...

    ReplyDelete