Satu demi satu berita kematian yang singgah di telinga sedikit sebanyak mengganggu ketenangan hati. Tapi, apa daya... Kita hamba, perlu akur pada takdir. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Noktah.
Pagi tadi dapat berita Aunty Aishah, best friend Tok Umi kembali ke rahmatullah akibat penyakit yang dideritainya, jam 5.27 pagi, 23 Ogos 2021. Terasa pilu sebab kami sekeluarga kenal rapat dengan arwah. Setiap kali ada majlis/kenduri di rumah Tok Umi pasti Aunty datang. Kali terakhir kami jumpa Aunty masa Uda kahwin dua tahun lepas. Kali pertama dan terakhir kami bergambar dengan arwah ðŸ˜
Arwah peramah dan suka tersenyum. Mesra sangat orangnya. Malah, kami tak segan berborak dan bergurau dengan Aunty umpama saudara sendiri. Pernah juga kami beraya di rumah Aunty beberapa tahun lepas. Ada Ummi coretkan kenangan beraya di rumah Aunty sebelum ni.
Menjelang tengahari, dapat pula berita, Hj Man S/U surau kami menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, akibat Covid-19. Ummi tak cam arwah tapi Walid & the boys kenal sebab selalu jumpa di surau (sebelum pandemik). Beberapa malam lepas, Abang joined majlis bacaan Yasin secara maya dengan kariah surau, memohon kesembuhan buat arwah. Namun, Allah lebih sayangkan arwah :(
Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sg Pusu. Ummi dapat tahu tanah perkuburan ni sekarang dikhususkan untuk pesakit Covid yang meninggal dunia. Beberapa jemaah surau juga hadir memberi penghormatan terakhir buat arwah, walau sekadar melihat dari jauh.
Didoakan agar arwah keduanya ditempatkan di kalangan para solihin aamiin.
Take care semua.
Salam takziah dan alfatihah. Semoga arwah berada dalam kalangan orang orang yang beriman. Memang terasa pemergiannya sebab rapat dengan arwah kan :/
ReplyDeleteAl-Fatihah. Allah lebih sayangkan mereka.
ReplyDeleteSalam takziah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
Salam takziah puan akak.. semoga roh beliau bersama para solihin
ReplyDeleteInnalillahiwainna ilaihirojiuuunnn..
ReplyDeleteMati itu pasti, hidup insyaAllah. Saya juga menerima berita kematian insan yg dikenali hari ini, terasa kehilangan.
AlFatihah
ReplyDelete. بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØْÙ…َـنِ ٱلرَّØِيم
ٱلْØَÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØْÙ…َـنِ ٱلرَّØِيم۞ Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ۞ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞امين