Monday, 9 August 2021

Al Fatihah ~ Siti Sarah bt Raissuddin




Berjujuran air mata Ummi dari awal pagi, saat menerima khabar duka sebaik bangun tidur hinggalah saat arwah dikebumikan. Lepas Zohor, mengalir lagi air mata bila mana ramai rakan taulan arwah mula berkongsi kisah kebaikan arwah satu persatu. Rupanya arwah sangat disenangi dan disayangi ramai. Ialah, kita yang tak kenal secara peribadi ini pun sangat terkesan dengan kehilangannya, apatah lagi mereka yang rapat dan sempat mengenali arwah. Arwah rajin memberi hadiah dan rajin bersedekah. Mungkin kerana itulah kematiannya dimuliakan Allah. Sama seperti arwah Abam, juga rajin bersedekah. Untung arwah kematiannya bukan sekadar ditangisi tetapi didoakan oleh khalayak ramai. Meninggal selepas bersalin, akibat wabak, diredhai suami semuanya diperolehi arwah. سبحان الله

Mengenali arwah dari jauh, Ummi suka dengan karakter arwah yang suka tersenyum, periang,lembut percakapannya dan nampak penyayang disisi suami dan anak-anak. Pastinya kehilangan ini amat dirasai oleh suami dan anak-anak arwah. Pastinya Shuib akan sentiasa merindui gelak tawa dan senda gurau arwah yang sentiasa bersamanya. Anak-anak yang masih kecil pastinya rindu akan sentuhan dan pelukan si ibu. Lebih luluh hati mengenangkan bayi yang baru 3 hari dilahirkan hanya sempat bersama ibu di alam rahim. Namun, di sebalik segala kesedihan, kesukaran pasti Allah gantikan dengan kebaikan yang berganda. Sama-sama kita doakan kebaikan untuk keluarga ini. 

 Al Fatihah untuk Almarhumah...

5 comments:

  1. Betul itu kehilangan yang amat dirasai.
    Pengakhiran yang dicemburui orang-orang yang masih hidup. Moga kita contohi kebaikan yang dibuat oleh arwah.

    ReplyDelete
  2. Sy pun sebak semalam, Yang baik kita jadikan teladan, semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan mereka yg beriman dan beramal soleh, Amiiinnn.

    ReplyDelete
  3. Banyak kebaikannya tersingkap .Maha suci Allah bila ia berkehendak.

    ReplyDelete
  4. sedih, kan :(
    aida suka bila tonton video mereka berdua.
    sarah sorang, tak minat.
    shuib sorang, lagi la tak minat.
    but they as a couple was perfect.
    Allah lebih sayangkan sarah.

    ReplyDelete