Pagi semalam dapat berita sedih... Salah seorang regular speaker yang banyak terlibat dalam program-program perbankan & kewangan Islam yang dianjurkan oleh syarikat tempat kerja Ummi dulu telah kembali kepada ke rahmatullah.
Mula kenal arwah as 'En Zaini, Ambank' then beliau menerajui AmIslamic. Kemudian beliau beralih angin ke MBSB. Antara jasa besar beliau ialah berjaya menggabungkan MBSB dan Asian Finance Bank sebagai full-fledged Islamic bank. Moga ianya diterima sebagai amal soleh dan beroleh ganjaran berterusan dari-Nya 🤲
In his younger days...
Credit source. |
Arwah mudah didekati walaupun adakalanya nampak serius. Tapi, bila kita menyapa, beliau mudah tersenyum, ready smile. Senang bekerjasama dengan beliau.
Doa Ummi agar arwah tenang di sana Ummi serta rohnya ditempatkan di kalangan para solihin aamin.
Sedih bila recently ramai pula yang Ummi personally kenal dijemput pulang. Antaranya Ah C, mekanik & owner bengkel motorsikal di kejiranan kami. Ummi kenal nama je, tapi Walid & the boys kenal sangat dengan dia. Walid tu kalau takde kerja, pergi kedai Ah C lah ... service motorlah, tukar kusyenlah, isi angin tayarlah macam-macam... Bola kempis tak cukup angin pun pinjam pam Ah C. Tapi semua tu sebelum Covid lah. Bila dah PKP awal tahun ni, jarang-jaranglah bengkelnya dapat dibuka. Tapi, bila dah boleh buka tu kedainya tak buka juga. Tertanya-tanya juga kenapa...hinggalah minggu lepas baru dapat berita, rupanya Ah C dah meninggal (6/8/2021), kerana Covid juga :( Rapatnya hubungan Ah C dengan penduduk sini sampaikan berita pemergiaannya turut diwar-warkan dalam group surau. Orang baikkan...
Take care everyone.
Al fatihah dan salam takziahbbuat keluarga arwah
ReplyDeleteYa Allah semoga damai di sana.
ReplyDeleteAh c meninggal pn diannounce geng surau? Mmg something ah c ni.. rip ah c.. al fatihah arwah encik zaini
ReplyDeleteSalam takziah....
ReplyDeleteAl fatihah buat arwah Hj Ahmad Zaini Bin Othman.
ReplyDeleteOrang baik, pasti ramai yang sayang dan ambil peduli.