Tuesday, 25 May 2021

Self Lockdown-lah

Menunggu-nunggu sebenarnya government isytihar PKP macam tahun lepas (PKP 1.0). Gerun tengok +ve cases yang mencapai 6k kes saban hari sejak kebelakangan ni. (Hari ni >7k). Kadar kematian juga tinggi setiap hari. 

Tapi, tidak seperti diharapkan. Kerajaan memilih untuk memperketatkan SOP PKP sedia ada. Selain memikirkan kesejahteraan rakyat kerajaan juga terpaksa memastikan sektor ekonomi berjalan. Jadi, sektor perniagaan dibenar beroperasi seperti biasa dalam waktu yang dihadkan. Yang banyak terkesan jika full lockdown ialah yang bergaji hari. Tak kerja, takde gaji. Sama juga dengan peniaga kecil yang jual nasi lemak, goreng pisang, burger tepi jalan dsbnya... Bila dengar nak lockdown jadi susah hati. Ini Ummi sembang sendiri dengan Neng, isteri Wak yang jual nasi lemak depan tu... Malah, Ciksu yang suaminya dibuang kerja akibat PKP tahun lepas juga opposed to the idea of full lockdown. Nak bangkit semula bukan senang. 

Tapi, dalam masa yang sama nyawa juga penting. Tambahan sekarang pelbagai varian baru muncul yang kebanyakan tiada simptom, dan sangat cepat ke arah membawa maut. Jadi, seboleh mungkin kita jagalah diri dan keluarga kita. Self (and family lockdown). 

Credit: Harian Metro


Moga dengan usaha kita yang sedikit (mengurangkan pergerakan kendiri) dapat membantu mrmutuskan rangkaian jangkitan. Kluster raya pun dah mula dikesan sebab ada juga yang degil balik kampung ziarah orang tua Aidilfitri tempohari. Kesian dan sedih baca kisah Pakcik ni. Umur-umur 70-an ni seusialah dengan Tok Umi Tok Ayah :( 


Tan Sri DG pun dah warning... Jadi, sama-samalah kita ambil tanggungjawab untuk membantu mengurangkan jangkitan wabak ini. 


Abang, Angah & Kakak memang dah lama berada di rumah, sejak 7/5. Cuti straight dari raya hingga Jun nanti. Adik pula masih ke sekolah hinggalah jumaat lepas. Mulai minggu ni Ummi cutikan sementara memandangkan jumlah kes +ve yang sangat tinggi. Sekolah pun bagi pilihan untuk hantar atau tidak so we chose the latter. Bila semua dalam rumah, rasa lebih selamat. 

Ummi pun dah jarang ke kedai kecuali terdesak sangat. Itupun pilih kedai yang tak sesak dan patuh SOP. Bukan setakat pelanggan je yang kena patuh SOP tapi tuan kedai dan pekerjanya pun wajib patuh SOP juga. Pakai face mask dan sanitize tangan selalu. Depa lagilah berinteraksi dan berurusan dengan pelbagai jenis orang dan peringkat umur. 

Cuma yang membimbangkan Ummi, Walid masih perlu ke office, ikut giliran bertugas. Pergi ke office tu bukannya boleh nak terbang, kena naik public transport. Pastinya dalam perjalanan pergi balik tu terpaksa bertembung dengan pelbagai orang. Mohon dijauhkan-Nya dari segala musibah 🤲🤲🤲

 الله مستعان




5 comments:

  1. skrg kita jaga famili kita kan? better semua kat umah kn terasa safe sikit.. tp mslhnya ayah diorg pulak mmg xde wfh hari² kena keja.. huhu.. sy pulak ok la sekarang seminggu sekali je ke ofis

    ReplyDelete
  2. Sekarang ini terpulang pada diri sendiri untuk kuarantin.

    ReplyDelete
  3. Angka yang semakin menakutkan!
    Allahu Akbar. Semoga semuanya baik-baik saja.

    ReplyDelete
  4. Makin hari makin meningkat kan kes covid. Berharap jugak lockdown macam pkp 1.0 dulu tapi kerajaan tetap tak nak buat :(

    ReplyDelete
  5. Kena Jaga diri sendiri Kan. Mujur gak.naknstart balik pkp 3.0 ni

    ReplyDelete