Thursday, 27 May 2021

Resepi ~ Kepak Ayam Madu

Jom Ummi nak share resepi Kepak Ayam Madu yang baru Ummi cuba. 


Sebelum ni Ummi try satu resepi ni, guna 4 bahan je, tapi katanya rasa dan hasilnya macam Kepak Ayam Madu beli di pasar malam. Terujalah Ummi! Tapi hasilnya tak seperti yang diharapkan :( 

Kali ni walaupun banyak kerja sikit dan bahannya pun banyak (bukan 4 bahan je) tapi berbaloi dicuba sebab memang hasilnya sedap. Kalah pasar malam tau :p

Resepi: Kepak Ayam Madu

Bahan-Bahan
2 kg kepak ayam
1 labu bawang putih
3 inci halia
Air secukupnya
3 sudu marjerin
1 paket Serbuk Nasi Goreng Ayam Adabi - ganti dgn serbuk perencah Maggi ayam 
2 sudu besar madu
2 sudu besar gula perang
3-4 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar sos tiram
Garam & black pepper secukup rasa
Sedikit pewarna merah

#Serbuk Nasi Goreng Ayam Adabi tu takde jadi Ummi ganti dengan serbuk perencah Maggi ayam. Selalu kalau masak Maggi Ummi memang guna sepeket je perencahnya walaupun masak 2-3 bungkus Maggi. Selebihnya simpan  "kot-kot nak guna" :D 

Bahan sos
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung + 1/2 cawan air
Kicap lemak manis secukup rasa
Gula perang dan garam secukup rasa (sos dia kena manis manis) - letak 3-4 s/b 

Cara-cara
1. Untuk kepak ayam, kisar bawang putih, halia dengan sedikit air sampai lumat. 
2. Masukkan bahan kisar dalam bekas kepak ayam. Tambah serbuk nasi goreng ayam, madu, gula perang, serbuk cili, sos tiram, sedikit garam dan blackpepper. Kacau rata. #Ummi gaul kepak ayam dengan garam, serbuk perencah Maggi ayam dan black pepper dulu then baru letak bahan kisar dan bahan-bahan lain. 
3. Cairkan marjerin. Tambah marjerin cair dan pewarna merah. Kacau sampai sebati. Perap sejam dua, lagi sedap semalaman.
4. Panaskan kuali ajaib. Grill kepak ayam madu sampai garing dan masak. 

#Guna air-fryer 200°C 10 minit pertama kemudian tukar suhu 180°C untuk 20 minit terakhir. Half way, balikkan kepak ayam agar semua masak sekata. 

Mula tu ingatkan dah tak jadi sos Ummi ni tapi masak biar lama sikit, tunggu sampai sos likat. Sambil-sambil tu rasalah manisnya kurang ke lebih sebab sos ni sedap manis-manis sikit. 

Sila...sila...sila cuba 😘


9 comments:

  1. Ooohhh bubuh pewarna merah, patutlah kepak ayam nampak merah. Sedapnya bubuh madu.

    ReplyDelete
  2. Pehhh.. sama betul rupanya, klu cucuk besi dan gantung terus keliru ingatkan pasar malam punya

    ReplyDelete
  3. Dah sama dah dengan yang dijual di pasar malam tu hahahaha :P
    Wajib dibeli kalau pergi pasar malam sebab sedappppp

    ReplyDelete
  4. wahhh sedapnya! lama xmkn..

    ReplyDelete
  5. Memang banyak bahan.
    Kurang suka kepak madu sebab manis.

    ReplyDelete
  6. Mudah je ni guna air fryer je Kan.. boleh Cuba nanti

    ReplyDelete
  7. Sedapnya.. dulu pernah jugak marinate guna perencah nasik goreng adabi tu... sedap jugak

    ReplyDelete
  8. sedap tu...kdg2 yg beli psr mlm tu terlebih hangus

    ReplyDelete