Thursday 6 May 2021

PKP lagi 😔

Mula tu dah dengar ura-ura MCO 3.0 ni. Tapi, katanya palsu jadi legalah. Tup-tup
kelmarin dulu (Selasa) diumumkan PKP di 6 daerah di Selangor bermula hari ni 6/5 hingga 17/5/2021. Kelmarin pula diumumkan KL turut dikenakan PKP, lewat sehari dari Selangor. Moh la kita PKP berjemaah macam selalu 🤭

Tak adalah effect apa sangat pun sebenarnya tapi lebih kepada kelam-kabut, terutama hal berkaitan operasi sekolah.

Mula tu sekolah dibuka katanya Khamis & Jumaat (hari ni). Dah keluar memo dari JAIS. Lepas cuti raya nanti baru ada PdPR seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan tempohari. Walaubagaimanapun minggu ni ramai ibu bapa sekolah Angah & Kakak dah cutikan anak masing-masing. SRA berhampiran sekolah Angah & Kakak ada kes +ve, murid Tahun 6. Anak-anak Ummi tetap ke sekolah seperti biasa. Cumanya Rabu tu Ummi dah standby, pesan bawa balik buku siap-siap. Angah angkut pokok neem dia
balik ke rumah. Senang nak jaga di rumah, walaupun Cikgu kata Acik Cleaner boleh tolong siramkan. Cikgu-cikgu pula selain bagi bahan-bahan PdPR, bagi duit raya siap-siap. Senang 😊

Petang kelmarin MB announced semua sekolah bawah KPM di Selangor tutup 2 hari. Keluar pula memo baru... Kesian cikgu-cikgu pun, kejap bagitau parents sekolah buka, kejap katup. Mujurlah sekarang semuanya di hujung jari. Sekejap je nak spread info. 

Maka semalam bermulalah PdPR Angah & Kakak, untuk Khamis & Jumaat. Pasti Adik pula dibuka seperti biasa. 

Sahur sebelum ke sekolah :p

Abang pula sekolah decided untuk stick to the original schedule for balik kampung. Cuma diawalkan dari pukul 2.45 ptg ke pukul 8 pagi untuk form 1.Standard semua SBP rasanya. Harapnya semua berjalan lancar. Sedih mengenangkan anak-anak yang berada di kawasan PKPD, tak dibenarkan balik beraya. Sekolah Sukan Bandar Penawar contohnya PKPD bermula hari ni. Allah, tak dapat bayangkan perasaan mereka...mesti dah  excited nak balik tiba-tiba kena PKPD 😭😭😭

Ikutkan bila Abang balik ni nak bawa berbuka di luar. Dah PKP ni, terpaksalah cancel booking untuk iftar di Ramly Bistro sebab dine in tak dibenarkan waktu PKP. Mujur belum bayar duit huhu... 

Plan nak staycation pun terpaksa ditangguhkan juga sebab tak boleh nak rentas daerah. Adalah hikmah semua ni kan... Kita sabar je lah... 






3 comments:

  1. Selamat duduk dalam daerah. Haah sabar sahaja.

    ReplyDelete
  2. Apa boleh buat, nasib badan :(

    ReplyDelete
  3. Memang pengumuman mengejut penutupan sekolah tu.. PDPR lah anak-anak untuk sekolah agama..

    ReplyDelete