Saturday, 22 May 2021

Laksa Johor

Percaya tak perang laksa 
4-5 hari lepas rupanya memberi kesan kepada perancangan Ummi nak buat laksa Johor ni... Postponed sekejap hasrat hati tu sebab nak digest issue dulu πŸ˜‰

Semalam barulah terhasil hasrat Ummi tu... Sempena meraikan Walid habis puasa 6. Yeah, hari ni boleh makan lemang lagi :D 

Jujurnya Ummi tak pernah tahu rupanya kuah laksa Johor guna ikan parang atau ikan tenggiri. Selama ni, 2-3 kali Ummi buat laksa Johor guna ikan kembung atau sardin sebab itulah resepi yang diberi pun. Resepinya dari dapur blogger-blogger masakan terkenal juga. Pernah juga Ummi masak juadah warisan negeri Johor ni sewaktu hari raya, guna ikan sardin. Takde pula Maklong menegur hihi... Ingat lagi Paklong makan laksa tu guna tangan, Johor style. 

Kali ni pun Ummi guna ikan kembung juga. Tak berniat nak downgrade the authenticity of the dish tapi lebih kepada meraikan kepelbagaian dan appreciate the dish itself. Bak kata SPB Raja Permaisuri Agong, tak perlu bergaduh, tepuk dada, tanya selera. Kalau Ummi ni,kena tepuk poket juga :p 

Credit: MStar
 

Bagi Ummi laksa Johor ni special dish, sebab itulah kalau nak memasaknya Ummi pilih hari-hari special juga. Suami dan anak-anak pun lebih suka laksa Johor dari laksa Utara. Sebab laksa Johor guna spaghetti. Depa pulak memang suka spaghetti, kenalah dengan selera. 

Inilah ulam-ulaman yang Ummi gunakan... 

Daun kunyit dan kacang panjang Ummi petik dari kebun belakang rumah. Sengaja simpan daun kunyit sehelai untuk makan dengan laksa ni. 

Maklong yang ajar ni. Tapi dengarnya laksa Pahang yang guna daun kunyit sebagai ulam dalam laksanya. Pulak! 

Tak kisahlah laksa Johor ke laksa Pahang ke, laksa Utara ke janji sedap. Semua Ummi balun ☺️














10 comments:

  1. Itulah tidak tahu laksa Johor guna ikan parang. Pengetahuan baru.

    ReplyDelete
  2. haaa... kita pandai makan jer, nama jer anak Johor

    ReplyDelete
  3. Kannnn, kita makan semua jenis laksa tak kira dari negeri mana sekalipun :D

    ReplyDelete
  4. Tak kisahlah laksa pakai ikan apa pun dan dari negeri mana pun, yang penting sedap hehehee.

    ReplyDelete
  5. Kelmarin saya pun makan laksa Johor, mama masak sebab perang laksa kami terus teringin makan laksa :)

    ReplyDelete
  6. Wak pun lebih preper laksa JDT

    ReplyDelete
  7. laksa nyonya pon sedapp.. πŸ˜…

    ReplyDelete
  8. kecoh btul psl laksa kan..lama juga tk mkn laksa johor..tp lastweek dpt mkn juga

    ReplyDelete
  9. bila perang laksa hari tu mmg terus terasa nk mkn laksa.. laksa penang dah selamat sbb mmg ada org jual hari² area umh mak.. tgl beli & mkn je.. laksa johor mencari jugaklah nk order dr sapa... nasib baik ada org open order sabtu ni... hehehe.. last mkn laksa johor thn 2002 dlu kot masa study.. hihihi

    ReplyDelete
  10. Dala pH.. mama pun baru tau tau wpun mama ninorg Johor

    ReplyDelete