Wednesday, 12 May 2021

Menjelang Raya 2021

Sibuk di dapur ke semua? Rendang ketupat dah masak? Ummi dah setel semua before noon alhamdulillah. Saja masak awal, fresh lagi, kurang penat. Dah siap semua dapat juga lepak depan TV lepas Zohor, layan "16 Puasa" :D 

Pagi tadi dah bertungkus-lumus masak rendang ayam 2 ekor dan rebus ketupat. Ikutkan taknak rebus semua, tapi Abang cakap macam sikit je Ummi. Jadi, Ummi rebuslah semua 3 kilo tu. 

Pagi-pagi, ajak Angah khatam Quran dulu. Sejak darjah 2 rasanya dia mula baca Quran, alhamdulillah today on the last day of Ramadhan dia khatam. Tahniah Angah! 

Berbalik kepada tajuk, sebenarnya sejak 2-3 lepas Ummi dah mula buat persiapan. Isnin dah ke pasar, beli ayam dan cari bahan-bahan untuk dimasak ikut menu yang dah Ummi plan dan juga untuk stok lauk lepas raya. Kononnya nak beli ikan tapi sayang satu lot je yang buka. Bila satu je, pilihan tak banyak dan harganya kemain mahal. Sotong sekilo RM45. Kayangan sungguh! 

Nak beli kelapa pun takde stok. Yang dijual santan segar. Itupun que panjang. Sebab PKP ke apa tak pastilah kenapa takde kelapa. Kedai-kedai runcit dekat rumah ni pun sama juga... Belilah juga santan kotak untuk standby. Pagi tadi Walid pula ke pasar. Dapatlah santannya. 

Masak di luar ... Tungku dapur tu pun purposely beli untuk tujuan ni. Sengaja Ummi nak bangkitkan nostalgia menyediakan juadah raya di kampung dulu-dulu. Kalau hari menjelang raya atau kami sebut "hari melemang" masing-masing memasak di luar rumah. Berasap satu kampung. Meriah! Biasanya waktu Tok Wan bakar lemang, Tok pula merebus ketupat di halaman rumah. Sambil memasak sambil mereka berborak. Bila lemang dah masak, sengaja Tok Wan ke rumah Maklang Di... "Lemang mu tak  masak lagi Di? Lemang Pakchu masak dah..."  Stress je Maklang Di haha... Kalau lemang dia masak dulu, cepat2 dia datang ke rumah, usik Tok Wan :D Gurau senda begini menghidupkan suasana menjelang raya kami. 

Bila rendang dah masak, kita rebus ketupat pula.

Periuk besar ni pemberian arwah Pakcik. 
Lama simpan, sekarang baru ada peluang untuk guna. 
 

Kek Oren buat semalam dengan Kakak...

Tak berapa jadilah :( 


Untuk Tokcik Enon. Kesian beliau, takde buat persiapan pun katanya sebab anak-anak tak dapat balik beraya :( 

Ini pula untuk jiran-jiran... 
Alhamdulillah walau apa caranya, tetap syukur dapat menyambut raya. Terusik hati dengan keadaan saudara kita di Palestine yang sedang dizalimi. Di saat menjelang Syawal inilah mereka dikepung, diserang dan dikasari sewenang-wenangnya. Zalim! 

Jom sama-sama kita hidupkan malam raya dengan tasbih, zikir dan tahmid. Banyakkan berdoa kerana malam raya antara malam yang makbul doanya. 





4 comments:

  1. Bersungguh PH buat juadah raya. Kitorang pun sudah.

    ReplyDelete
  2. Salamlebaran 1442 H
    Selamat menikmati juadah raya

    ReplyDelete
  3. selamat hariraya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  4. Seronoknya aktiviti memasak macam ini.. Lama dah tak rasa..

    ReplyDelete