Friday, 7 May 2021

Resepi ~ Ketupat Palas

Ada ni hah .. dok balut ketupat :D 

Jumaat lepas fasa pertama, hari ni pula fasa ke-2. Kiranya dah 2kg beras pulut Ummi buat. Alang-alang ada banyak daun palas, buatlah lebih. Balas dendam tahun pun ye jugak ahak!

First batch dapat 30 biji. 
Second batch 26 biji.

Bila dikira, tak cukup lagi ni.Nak bagi jiran-jiran pun tak lepas lagi ni. First batch 10 biji dah bagi S...  Esok lusa kalau rajin bolehlah buat lagi se-round. Beras pulut dah standby. Kali ni cepat pula Ummi balut ketupat (isikan pulut dalam kelongsong, simpul kemas). Ingat lagi 2-3 tahun lepas berjam-jam Ummi balut ketupat ni sampai sakit pinggang, sakit belakang. Over the years, bertambah cekap alhamdulillah. Itu yang selang sehari repeat buat ketupat ni. 

Jomlah Ummi kongsikan resepi Ketupat Palas ni. Untuk rujukan Ummi dan anak-anak terutamanya sebab ini warisan turun temurun, sayang kalau tidak diwariskan. Cuma, Ummi pinjam resepi orang dan olah sedikit ikut kesesuaian. Tok takde resepi, janji ada beras pulut, santan, garam dan daun palas sudah. Tiada sukatan spesifik. Cuma, sifir mudahnya 1kg beras pulut = 1 biji kelapa. Nampak simple je tapi bila nak buat tu terkial-kial juga. Satu biji kelapa tu perlu dijadikan santan, bukan campak sebiji kelapa tu dalam pulut šŸ¤­. Berapa sukatan air perlu ditambah untuk dapatkan santan yang pekat supaya ketupat kita lemak elok? Tricky tau resepi orang dulu-dulu. Perlu belajar dari pengalaman, pemerhatian dan rajin bertanya. Kebanyakan resepi Ummi belajar dengan Tok beginilah prosesnya. 

 
Resepi: Ketupat Palas
Sumber: Wattie's Home Made

Bahan-Bahan
1 kg beras pulut - bersihkan, rendam seketika (sementara santan mendidih) dan toskan (cara bersihkan beras pulut, ikut arahan pada bungkusan. Beras pulut jenama Floral basuh 1x sahaja.)
1/2 kg santan - Ummi letak 600 ml 
1 1/2 sk garam
1 sk gula 
Daun Pandan - disimpul
Daun palas secukupnya 

Cara-cara
1. Satukan santan, garam, gula dan daun pandan dan masak diatas api sederhana hingga mendidih. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah minyak. 

2. Masukkan beras pulut dan kacau sebati hingga santan kering dan pulut tidak melekat di kuali. Matikan api. Sejukkan. 
3. Ambil daun palas dan isikan dengan pulut tadi.

Air basuh tangan dan tuala dapur yang bersih wajib ada. Pulut ni melekat di jari jadi kena selalu bersihkan dan lap jari jemari Saleh šŸ˜œ 

Kalau malas nak kotorkan jari, boleh guna sudu. Tapi make sure tekan pulut padat-padat takut nanti tinggal sarung je bila direbus haha... ketawakan diri sendiri sebenarnya sebab pernah jadi gini :D 

4. Akhir sekali, rebus atau kukus selama 1- 1 1/2 jam. Bila masak, keluarkan ketupat dari periuk dan sejukkan sebelum dihidang.
Ketupat Ummi masuk freezer dulu :) 

#Rujuk blog Wattie's Home Made untuk step-by-step penyediaannya. 

Alhamdulillah sekian tahun, blog Wattie's ni jadi rujukan Ummi sebab penerangannya sangat jelas dan terperinci. Moga beroleh pahala berpanjangan buat beliau yang sudi berkongsi ilmu. Terima kasih tau šŸŒ¹

Selamat mencuba šŸ¤—


7 comments:

  1. Hehe sudah ada, beli atau orang bagi.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ketupat palas.. tapi nak membuatnya tu.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Teringat ketupat palas ibu mertuaku..dah tak dapat nak merasa tapi sempat jugaklah menurun ilmu, sygnya menantunya malas pulak nak mempraktikkan

    ReplyDelete
  4. Tak pernah buat ketupat ni.
    Biasanya beli aje.

    ReplyDelete
  5. Seronok buat ketupat palas ramai-ramai.

    ReplyDelete
  6. kalau di tempat saya di kedah ni ketupat palas ada 3 jenis, yg pertama mcm yg ummi buat tu tp di sini kami sebut ketupat jantan, yang kedua yg bentuk segitiga dan perut ketupat buncit tu kami sebut ketupat galas dan yg ketiga kalau tersalah pusing daun palas akan jadi ketupat betina (arwah tok saya cukup marah kalau jd ketupat betina nihh)

    ReplyDelete