Nak cerita pasal ziarah raya, balik kampung, open houses raya semua tu tak ada, untuk tahun ke-2 berturut-turut jadi cerita aje lah pasal kuih raya...
Tahun ni langsung Ummi tak buat kuih raya. Malas! Malas nak bertapa di dapur... Malas nak beratur panjang di bakeri... Malas nak mencuba sebab asyik tak jadi aje. Malas serba serbilah senang cerita 😆
Walaupun begitu, kuih raya tetap banyak hihi... Hasil tunjuk-tunjuk dan pemberian rakan taulan. Alhamdulillah syukur atas segala rezeki...
Kek Buah Kukus dari Abe, tauke MTM Mart.
Menarik kisah kek buah ni. Sebenarnya Ummi memang teringin nak beli tapi kurang bajet. Kawan Ummi jual sekilo RM90. Mahal sangat bagi Ummi walaupun Ummi faham dia guna bahan premium. Berbaloi dengan harganya tu. Yang kedua RM35/600gm. Affordable nampaknya tapi lambat dapat info, tak sempat order. Yang paling murah RM20 di Agro Bazaar tapi tak beli sebab banyak dah spent kat situ. Dalam hati, lepas raya nak datang beli sebab stok selalu ada kek buah ni. Alhamdulillah Allah sampaikan hajat Ummi thru Abe.
Kisah tart nenas ni pun sama juga dengan kisah kek buah 👆 Last minute nak order dengan seller belakang bukit,
stok dah habis. Akhirnya tart nenas datang sendiri ke rumah :D
Ini yang Ummi kirimkan untuk Tok Umi. Kawan Ummi buat dan hantar direct ke rumah Jitra.
Ini untuk Makcik. Beli dengan kawan, suruh dia hantar sekali.
Tart Cadbury dari boss Walid. Favorite Angah.
Rempeyek salted egg dari A. Dah tinggal serdak :D Kurma Al Bukhary tu dia takmau, rezeki kamilah...
Kuih raya dari belakang bukit tu... Sebahagian untuk kami, sebahagian untuk Ustaz halaqah Abang.
Beli kek Mamasab, dapat raya gift dari agent 🌹 Small gesture macam ni yang buatkan kita suka nak repeat order kan?
Angah beli cookies dengan menantu Uncle Husin. Dapat free gift, brownies tu...
Dari Tok Umi dan Uda ♥️
Dari officemate Walid.. licin dah popia simpul ni :D
Cookies ni pun dah licin... Anak-anak Ummi suka sangat cookies itu yang kalau nak beli Ummi ikut selera depa...
Selain tu kami beli juga kuih/biskut standard raya-raya macam almond London, mazola, bahulu, kerepek dsbnya. Ada yang dah tinggal bekas, ada yang masih belum dibuka. Kuih bahulu tu hari ni pakat cicah dengan air teh. Sedapnya!
Kita pun langsung tak buat kuih raya, tapi Alhamdulillah, dapat hamper dr klien Pak Inche, tetiba penuh meja dgn kuih
ReplyDeleteRamai juga kuih muih rayanya
ReplyDeletesaya terus xde mood..2 tahun beraya sorang..sedih la..wuaaaaa
ReplyDeleteAda orang habiskan biskut takpe, kami ini kurang makan biskut lebih kepada kerepek.
ReplyDeleteSedapnya bahulu cicah dengan air teh o..
ReplyDeleteSha pun macam sis juga.. bila buat asyik tak jadi, malas nak buat.. hehehe.. Tapi tahun ini beli batang buruk je dengan kerepek..
biasa blk gombak tlg mak buat biskut raya..ada juga org tempah tp thn ni tkde buat pn...umh mertua plak mmg slalu beli
ReplyDeleteBanyaknya kuih raya PH. Mrs. A kuih buat sendiri satu aje iaitu biskut cornflakes resepi mak Mrs. A sebab kuih ni favorite anak-anak terutamanya Along. Lain-lain kuih order dari officemate ada jugak beli kat Aeon tapi tulah sendu tiada tetamu huhuhuuuu
ReplyDelete