Lengang je jalan di KL ni hujung minggu ni. Ramai yang travel; balik kampung dan pergi bercuti. Maklumlah ambil cuti 4 hari dapat 10 hari. Tak ke untung?
Jumaat tu just stay at home, bagi peluang orang Pantai Timur balik kampung dulu. Biasanya Sri Gombak jammed juga kalau cuti panjang begini sebab limpahan kereta menuju ke Plaza Tol Gombak. Lagipun malam sebelum tu kan Abg Anas dirawat di HKL. Siang tu pakat qadha tidur :D
Sabtu baru kami keluar, pusing-pusing KL.
Destinasi pertama, KL East Mall yang baru dibuka berhampiran Taman Melati. Sekarang ni parking complimentary lagi hingga Februari depan. Kami window shopping je. Tak reti Ummi nak shopping mall besar macam ni. Inipun sebab Walid masuk kedai Decathlon. Nampak orang agak ramai dalam Decathlon tu, Ummi tak bagi anak-anak masuk. Jadi, kami just berlegar-legar di luar je tengok Xmas decor.
Sekejap je di sini, dalam 1/2 jam je kot. Then, kami ke Aeon Wangsa Maju. Cari seluar untuk Abang. Di Aeon Keramat kanak-kanak bawah 12 tak dibenarkan masuk masa kami pergi dalam 2 minggu lepas tapi di Aeon Wangsa Maju ni boleh. Cuma, kami bergilir masuk. Mula-mula Walid & the boys. Then Ummi dengan Kakak.
Rezeki Ummi jumpa blaus Scarlet murah, RM20 ringgit je. Clearance sale... Walaupun murah tapi material kain elok, baju pun labuh.
Kiranya sekarang ni kalau nak shopping memang sesuai. Sebab banyak offer especially kalau nak cari baju untuk girls. Masa pergi Aeon Keramat hari tu Ummi borong baju jenama Goggles untuk Kakak 2-3 lai. Baju lengan panjang, sepuluh ringgit je sehelai. Kali ni pun ada juga, macam-macam jenama. Harga dalam 15-20 ringgit.
Di sini pun sekejap je sebab perut dah lapar :D
Terus pecut ke sini... Viral sekarang Nasi Kalut Jitra ni. Nabil dah review, Azad Jasmin & Eira Syazira pun dan buat review... Ummi pun nak juga ðŸ¤
Dari situ, singgah sini pula. Maklumlah jalan lengang, suka-suki je nak singgah mana-mana.
Singgah cuci mata je lah sini. Konon nak beli T-shirt-lah Walid tu... Tapi harga semuanya >100. Baik bagi Ummi, 5 lai blaus Ummi boleh beli haha...
Itulah cerita cuti Xmas kami... Baru permulaan je tu. Ada lagi cerita lanjut. Tunggu...
Seronok jalan waktu tidak ramai orang.
ReplyDeleteWah! hari cuti yang produktif banyak tempat pergi jalan-jalan :-)
ReplyDeletesaya kadang2 suka juga brand Scarlet.. hrga ok n quality not bad. kena cari elok2 kan..
ReplyDeletekrismas aritu singgah kl east mall..decatlon tu pjg org beratur nk masuk...tk jd kami nk masuk..so jln2 dlm shopping mall and mkn ..lps tu blk
ReplyDeletepusing pusing masa orang balik kampung dan bercuti memang syok. Senang nak berjalan bila tak sesak.
ReplyDelete