Wednesday, 23 December 2020

Resepi ~ Easy-Peasy Baked Potato

Dah lama teringin nak buat Baked Potato ni. Tapi tertangguh sebab ingatkan susah. Lepas tu konon nak beli russet potatoes baru nak cuba. Tapi, semalam tengok resepi di Says. com, nampak senang sangat. Pakai je kentang biasa. Kebetulan semua bahan ada, kita proceed je. Jom kita! 

Resepi: Baked Potato 
Sumber: Says. com
Credit: Cik Fainda Farihin Fainda Farihin

Bahan-bahan:

4 biji kentang
Bawang (dipotong dadu)
Isi ayam (dicincang)
Garam 
Sos
Lada putih
Keju keping

Cara-cara:

1. Basuh kentang. Potong menjadi dua. Rebuskan sehingga empuk. (HP 5 minit dalam Noxxa PC)
2. Angkat dan keluarkan isi kentang ke dalam bekas.

Jangan korek dalam sangat kulit kentang tu ye.. 

3. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
4. Kemudian, masukkan isi ayam. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa. 


5. Seterusnya, campurkan isi ayam ke dalam kentang yang telah dilenyek.
6. Sumbat (sudukan) isi kentang ke dalam kulit kentang. Kemudian, susun atas loyang.

7. Letakkan sekeping keju keping. Kemudian, bakar pada suhu 200°C selama 10 minit. 

Keju Ummi potong dua. Sesuai dengan saiz kentang tu. 

Ummi bakar dalam air-fryer je.

Alhamdulillah menjadi... Cuma tak tahulah kenapa jadi warna coklat pulak cheese tu bila dah siap bakar. Takpelah janji rasanya sedap 🤭 Bukan Ummi yang kata, anak-anak dan suami yang kata sedap haha... Ala, resepi simple je semua orang boleh buat. Mengenyangkan tau! 

Selamat mencuba 🤗

3 comments:

  1. Kalau boleh guna apa-apa jenis kentang bolehlah cuba. Semua bahan ada.

    ReplyDelete
  2. sbb pakai cheese tu kot dats why jadi coklat. mcm kalau kita letak cheese keping2 atas macaroni bakar.. saya rasala hehe saya tatau juga =P

    ReplyDelete
  3. Kelihatan sedap tu kak. Janji sedap sudah, rupa tolak tepi :)

    ReplyDelete