Lama tak bersiaran sampai 4-5 kali tulis, padam, tulis, padam tajuknya haha... Last-last letak je 'update' :) Pastu hari ni tukar tajuk pulak ðŸ¤
Cuti sekolah dah mula Sabtu lepas. Kelmarin ajak anak-anak kemas buku teks. Alhamdulillah semua buku cukup dan elok. Kalau tak kena ganti dengan buku juga, tak
boleh ganti dengan duit.
Hari ni buku teks Abang dah kena return. Angah & Kakak tunggu sesi persekolahan 2021 nanti baru pulangkan dan dapat buku baru. Tak risau hilang ke apa sebab Ummi dah ikat semua.
Semalam depa berdua dah kemas fail, buku aktiviti, buku tulis semua... Segala homework time PKP Ummi suruh depa tampal dalam buku tulis, ikut subjek masing-masing. Biar tersimpan elok. Pun Ummi dah ikat kemas, simpan dulu.
Mana-mana buku aktiviti yang belum disiapkan Ummi akan minta depa siapkan cuti sekolah ni. Esok kita mula misi انشاء الله
Rak Angah & Kakak dah kemas. Tinggal buku yang nak digunakan lagi untuk tahun seterusnya saja; buku nilam, buku peraturan sekolah, iqra' dan buku rekod JAIS. Rak Abang belum kemas. Dia dah besar,, dia kena buat sendiri.
Lepas ni Ummi nak spring clean wardrobe depa pulak especially Abang dan Angah. Pakaian sekolah Kakak semua elok lagi. Angah memang nak kena beli serba baru tahun ni sebab baju-baju putihnya dah lusuh. Seluar sekolah dan baju Melayu pun sama. Selain tu, beg sekolah depa nak kena gantilah. Dua-dua dah koyak bahagian tali penggalasnya. Elok juga buat spring cleaning semalam, dapat juga pastikan apa yang perlu dibeli, apa yang tidak perlu.
Untuk Abang, wajib belilah sebab dah form 1 tahun depan. Cuma, bab sekolah tak tahu lagi dapat mana. Tak nampak cahaya lagi :( Bulan 1 ni baru akan dipanggil untuk interview dan ujian ke MRSM dan SBP, SMISTA. Sekolah feeder pun belum ada keputusan. Tapi, iv SMALQ
tempohari Abang berjaya, الØمدلله.
Selain tu, ada juga cerita frust sejak jumaat lepas. Nanti-nantilah Ummi share, nak cuba usahakan dulu.
Oh ya, kalau ada yang nak apply Maktab Mahmud yang terkenal di Kedah tu, boleh mula beli nombor pin hari ni. Bawa bersama slip PAT tahun lepas dan sijil UPKK yang telah disahkan. Dah dapat nombor pin nanti baru boleh isi permohonan secara online.
Doakan ada rezeki untuk Abang. Dah lama beliau teringin nak jadi oghang Kedah :D
Mudah2an abang berjaya
ReplyDeleteAmin.
ReplyDeleteEfficient PH kami pun ada buku tak terbawa ke kampung nak kena cari di rumah singgah nanti.
ReplyDeleteSemoga abang punya dream come true.
insyallah smoga da rezeki Abang..
ReplyDelete