Friday, 25 December 2020

Bersiaran dari HKL

Di sinilah Ummi malam tadi... Dari lepas Maghrib hingga pukul 1 lebih. Semuanya gara-gara Abg Anas dikejarkan ke hospital akibat muntah berlebihan hingga lembik dan cramp kaki tangan. Mujurlah ada kudrat, buka selak pintu dan panggil jiran. Terus jiran hubungi ambulans dan dibawa ke HKL.

Sampai di Jabatan Kecemasan HKL punyalah ramai orang. Sepatutnya satu pesakit, satu waris tapi dah namanya kecemasan, pasti semua cemas. Semua nak datang teman, tengok kalau boleh. Puas juga Ummi bertanya dari satu kaunter ke satu kaunter untuk locate Abg Anas. Dia nak bercakap pun lemah sangat, tak tahu pun dia di bahagian mana. Akhirnya jumpalah dia... Terjelepok atas wheelchair. He looked very weak to the extent that i hardly recognised him at the first stage. Rupanya Ummi dah lintas depan dia pun di main entrance tapi sebab nampak that person's condition was very bad, i didn't notice him. Lagipun Ummi tengah gelabah, panik, risau... I was the only family member yang ada  last night. Walid and the kids were around that area tapi tunggu dalam kereta. Abg Aqim dah sampai ke Penang, otw balik kampung. Meanwhile Abg Aiman was already at kampung. Anak isteri Abg Anas memang di kampung. Sementara nak tunggu Abg Aqim patah balik ke KL, Ummi teman Abg Anas. Mujur jiran tadi dan manager tempat kerjanya pun ada, tunggu sampai semuanya selesai.

Macam-macam procedures Abg Anas kena lalui; blood test, x-ray, urine test... Lepas masuk air, masuk ubat tahan sakit... Alhamdulillah he looked better from time to time. Sepanjang rawatan/pemeriksaan ni dia atas wheelchair. Tak ditempatkan di katil pun. Memang kesian tengok... Beberapa kali terlentok atas tangan Ummi sebab tak larat sangat dan tak selesa nak berehat di atas wheelchair tu. Tapi itulah realitinya di hospital kerajaan. Dengan bilangan pesakit yang ramai, kemudahan jadi terhad. Walaupun begitu, Ummi salute dengan para petugas, semuanya komited dan cekap dalam menjalankan tugas. 

Alhamdulillah akhirnya Abg Anas discharged, selepas masuk 2 botol air dalam badan. Sebenarnya discharge bukan sebab rawatan dah selesai tapi ada problem dengan blood sample ke blood tester. Kalau nak repeat, kena tunggu lagi 4 jam. Memandangkan keadaan Abg Anas dah stabil, dia minta discharge. Tapi, hari ni kena ke KK untuk buat blood test semula.

Syukur sangat. Ummi pun dah mengantuk dan lapar sebenarnya. Elok sampai di Kg Baru, elok Abg Aqim sampai. Over to you Aqim 🤗

Sampai di rumah hampir pukul 2 pagi. Terus Ummi mandi. Pakaian semua Ummi masuk dalam bakul. Takut sebab sepanjang di hospital memang very minimal social distancing. Very crowded plus few selfish people yang tak reti jaga diri dan tak kisah pun nak SD. Geramnya. 

Moga Abg Anas sihat semula. Sebenarnya dia ada history gastrik. Sekarang ni busy week for hotels; Xmas and New year. Kerjanya sebagai chef memang sibuklah time sebegini. Mungkin dia skip makan, itu yang angin masuk perut. Apapun doakan Abg Anas ye 😊

5 comments:

  1. Semoga Abg Anas diberi kesembuhan yg berpnjangan.Ummi pun kena jaga diri tau

    ReplyDelete
  2. Mudah2an abang Anas dah semakin sembuh.

    ReplyDelete
  3. Semoga semuanya baik baik je. Aaminn

    ReplyDelete
  4. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.biz ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete