Nampaknya makin ramai di kalangan kawan-kawan yang mula berniaga. Alhamdulillah diberi jalan oleh-Nya untuk menambah pendapatan serta mengisi masa dengan aktiviti berfaedah.
Jom recap apa yang kami beli dengan kawan-kawan/kenalan ...
Ikan Keli Cg Sue
Ikan keli ni bukan setakat dah siang, siap cuci bersih. Confirm akan repeat order lepas ni... Masa dapat tu Ummi terus simpan dalam peti ais sebab nak keluar. Besok tu konon nak bersihkan, sekali tengok dah bersih dah. Ummi cuma gunting ekor, sirip dan bilas sambil selawat. Takde lendir dan tak hanyir langsung.
Cg Sue guna testimoni Ummi 😊
Penduduk Sri Gombak kalau berminat boleh hubungi Cg Sue 013 9009649.
Nasi Ambeng Muo Ori
Ini pun geng cikgu juga yang jual, Cg Lin. Sedap air tangan Cg Lin. Paling Ummi suka sambal kelapa. Marvellous! Komen Abang lagi best... 'Kenyanglah Ummi, berkat air tangan cikgu agaknya" haha...
Tak pasal-pasal Abang jadi poster boy Nasi Ambeng Ori Muo ni 😂 Komisyen jangan lupa ye cikgu 🤭
Susu Farm Fresh & Kek Mamasab Kak Ita Fun Run
Susu Farm Fresh ni tengah hot sekarangkan... Mula tu Ummi order 1 karton, nak bagi anak7 buah di Jitra. Tapi Tok Umi top up suruh beli lagi 2 karton. Tersenyum lebar Kak Ita bila hulurkan susu haha...
Ummi minta Kak Ita mix semua perisa, dapatlah rasa semua. My favourite are susu kurma & yogurt (mixed berries). Satu karton tu ada 24 pcs/RM55. Standard price I guess.
Kak Ita ni juga agent/seller Mamasab. Untuk our anniversary last week, order dengan Kak Ita juga. Dah lama perati je kek ni lalu di WA Status Kak Ita, tunggu ada special occasion baru order. Sedap keknya, tak manis sangat. Sedang elok kata orang.
Sambal Kentang Rangup Halia Empire
Sambal kentang ni diusahakan oleh kawan Walid, based di Bangi kalau tak silap. Sebekas harganya RM13. 50. Walid beli 2 bekas. Order Khamis, Jumaat dah sampai. Senangkan sekarang...
Sedap, rangup cuma manis sikit bagi lidah Ummi. Apapun sedap.
Lunch Set dari Cafe Kita, Bukit Tunku
Bila Walid bagitau kawannya, tauke Cafe Kita ada buat food delivery, terus Ummi terbayang keenakan daging salai masak lemak yang kami nikmati sewaktu jamuan jamuan raya Technoprestige dulu. Memang order menu itulah, nak tunggu apa lagikan...
Lunch set dari CafeKita ni Ummi bagi 5 bintang. Cafe di tempat eksklusif seperti Pusat Tenis Nasional ni pastinya menyajikan makanan yang sedap dan menepati piawaian tertentukan?
Selain tu Ummi order juga laksa johor. Seriously, sedap sangat.
Setiap hari menu lunch berbeza. Bolehlah contact kalau berminat. Highly recommended.
Aiskrim Malaysia Cik Ayu
Sedap gilerr aiskrim Malaysia air tangan Cik Ayu ni. Mandrem ke apa hahaha...
ini perisa mint kot. Tak ingat sebab masa Cik Ayu hantar tu Abang yang ambil. Ummi sibuk uruskan Tok pagi tu. Masuk peti ais sekejap je, pukul 11 pakat selongkar dah. Ummi dapat perisa keladi. Sedap cenggini 👍👍👍 haha... Hari tu 11.11 Cik Ayu buat sale. 12 batang RM10. Biasa, sebatang singgit.
Selain aiskrim, macam-macam lagi Cik Ayu jual ternasuk homemade kimchi. Buku-buku untuk anak-anak pun ada. Boleh contact Cik Ayu SINI.
Sebenarnya bukan makanan je kami beli....buku, baju pun ada juga...
Buku ni Walid beli dari kawannya. Member Syarikat Posto dulu. Ummi tak sempat baca lagi tapi kata anak-anak buku ni menarik.
Buku ni pula biography Azmeer Yusof, ex-player team Kedah. Sejak tinggalkan team Kedah, makin rancak kerja-kerja berkaitan dakwah & kebajikan yang beliau buat seperti pusat belajar Al Quran secara percuma.
Didoakan semoga terus maju jaya buat semua. Doakan juga rezeki kami sentiasa lumayan. Dalam hati sentiasa berniat untuk tolong menolong, sokong menyokong sesama kita. Moga sampai tahap tak perlu berkira-kira dan mengira-ngira duit dalam dompet untuk berbelanja dan bersedekah pada jalan kebaikan. Doakan tau!
Seronok kan macam ni...kita support business kawan-kawan...mana tau satu hari nanti kita pulak yg bisness kan...
ReplyDeleteAah tapo itulah SA... Sampai sekarang tak dapat ilham lagi nak buat bisness hihi
DeleteBagus sokong. Penting peniaga kena jujur berniaga dan kualiti kena jaga.
ReplyDeleteBetul. Kalau jujur & jaga kualiti kita repeat order selalunya. Jika sebaliknya, sekali tu je la :(
DeleteTerbaik sokong local product.
ReplyDeleteSama-sama kita sokong produk tempatan utk rancakkan ekonomi negara 💪
DeletePakat-pkat tolong kawan2 kan kak. Yang sedap dan bagus kita war2kan. semoga dilapangkan dan dimurahkan rezeki semua.
ReplyDeleteBetul Ily. Cuma kalau yg 'kureng' kita senyap je lah :p
Deleteterbaik
ReplyDeleteSemoga dilumayankan rezekinya.
Aamiin Wak.
DeleteWak yg ajar sy guna frasa rezeki lumayan tu. Terima kasih Wak :)
Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
ReplyDeletemampir di website ternama I O N Q Q.ME
paling diminati di Indonesia,
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
~bandar poker
~bandar-Q
~domino99
~poker
~bandar66
~sakong
~aduQ
~capsa susun
~perang baccarat (new game)
segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
Whatshapp : +85515373217
Sejak pandemik ni memang ramai yang mula berjinak jinak berniaga. Alhamdulillah support kawan kawan berniaga. Semoga murah rezeki peniaga semua. Aaminnn
ReplyDelete