Saturday 14 November 2020

Resepi ~ Itik Masak Hitam Berempah

Asalnya Ummi mencari resepi itik masak hitam yang dihidangkan semasa kenduri bersunat Abang, Angah & Haziq dulu. [Baca sini: Kenduri Bersunat]. Tapi terjumpa resepi Itik Rendang Hitam di Blog Terminal Hijrah. Hampir menyerupai apa yang Ummi cari cuma ini resepi rendang. Guna santan dan kerisek. Sebahagian itik ni Ummi dah masak Rendang Nogori jadi kalau boleh taknak merendang lagi. Jadi, Ummi alter sikit resepinya. 

Resepi: Itik Masak Hitam Berempah 
Rujukan: Pn Azlina (Blog Terminal Hijrah) 

Bahan-bahan 
1/2 ekor itik
Asam gelugor
2 sudu besar rempah kari daging
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga cengkih
Gula melaka/gula perang 
Minyak masak secukupnya untuk menumis
1 cawan kicap lemak manis
Sedikit kicap pekat (1/4 cawan) 

Bahan Kisar 
1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering
7 tangkai cili padi
100 g kismis hitam - ganti dengan 3 biji kurma (dibuang biji) 
3 batang serai
1 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup

Seperti biasa, Ummi masak menggunakan periuk Noxxa. 

Cara-cara 
1. Tekan butang stir-fry. Masukkan minyak masak. 
2. Bila minyak panas, tumiskan semua bahan-bahan penumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih) dan bahan kisar sehingga kekuningan. 
3. Masukkan rempah daging, kacau dan tumis sebentar. 
4. Masukkan itik, asam keping, gula dan sedikit air (jika perlu). Off SF button. 
5. Set HP 25x. 
6. Bila dah beep, off HP dan stir fry sekali lagi untuk pekatkan kuah. Perisakan juga bersama garam/perisa. Jika suka, boleh tambah kentang (bila kentang empuk, tutup suis Noxxa. 

Sedap rasanya cuma sedikit pedas. Mungkin boleh dikurangkan cili atau tidak perlu masukkan rempah kari. Jadilah itik masak hitam biasa, agaknya ☺️

Selamat mencuba 🤗

6 comments:

  1. Agaknya tidak letak santan jadi sedikit pedas.
    Boleh ubah nanti apabila sudah tahu rasanya.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya itik! Lama tak makan itik. Susah nak jumpa itik di LD.

    ReplyDelete
  3. *Deposit via Pulsa*
    *( Telkomsel )*

    *Minimal deposit pulsa 20.000*

    *Layanan fast respon*
    *Deposit dan withdraw fast proses*
    *Kami Melayani Deposit via Pulsa ( Telkomsel ), DANA, GoPay, Jenius ( Bank BTPN ), LinkAja, OVO*

    *UNTUK PULSA POTONGAN TELKOMSEL 15% YA BOSKU :)*

    *Mari Gabung Sekarang dan di Coba Hoki nya*

    *LINK DAFTAR/ALTERNATIF : kelincipoker.me*

    ReplyDelete
  4. Ermmm, try mkn ok. Try masak, sy ngaku klh

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap betul rasa nak cuba masakan itik tu.
    Ingat nak cuba-cuba masak itik lagi tapi tak ramai nak makan dalam rumah ni. Hari tu ada nampak rancangan diorang buat Kari itik tapi rebus itik dengan jus nenas dulu.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah masak daging itik lagi. Selalu beli je

    ReplyDelete