Wednesday, 20 December 2017

Mana pengantin?


Minggu lepas kami balik kampung. Buat kenduri sunat depa ni dengan sepupu depa, haziq. Ikut perancangan awal nak sunat kan depa bertiga sekali tapi bila fikir balik susah juga nak travel balik ke KL lepas sunat. 2 orang pulak tu... 


Lauk pauk jangan cakap, sedap2 belaka. Lauk kampung... Ada itik masak hitam, kari daging, kerabu rebung, pekasam ikan puyu, daun belalai gajah goreng belacan, ulam2, sambal belacan... Umi tak ambik pot pun kali ni pasal menu, semua serah kat maksu je. Janji sedap haha... 


Sedap sangat itik masak hitam ni 

Pekasam ikan puyu ni rm25 sekilo.
Mak Kodiang beli dari orang kampung dia. 

Ulam ni paling win bagi Umi.
Ada nangka muda, pucuk putat, ulam raja, tomato dll. 

Ni pula dessert & fruits... Cream puff yang maksu order ni sedap... Licin awal2 lagi... Pisang tu Tokcik Pah sedekah. 


Cucuq udang kuah kacang 😋

Seperti biasa, kaum ibu makan before solat jumaat. Kaum bapa after jumaat. Sebelum tu buat tahlil dulu. 


Kali ni Umi tak jemput kawan2 Umi pun macam majlis aqiqah Adik hari tu. Walid adalah jemput 3-4 orang kawan2 dia. Selebihnya jemputan Tok Umi & paksu/maksu. Kenduri pun dibuat di rumah depa. 

Sesuatu yang baru bagi Umi, setiap kali tetamu nak ziarah Abang, Angah & haziq depa mesti tanya "pengantin mana?"... Mula2 tu confused juga takut orang tersalah kenduri 😁 rupanya budaya kat sini kot budak2 yang baru sunat tu digelar pengantin. Yelah, special day depa... Seronok sakankah budak2 ni setiap kali orang jengok, dapat duit. Even Abang & Angah yang dah baik luka sunat hari tu pun  menempel je sebelah haziq tunggu angpau 😄 actually dalam kad jemputan memang Tok Umi letak nama depa sekali pun... Itu yang depa dapat juga habuan :)

Inilah pengantin nya 😘

Sapa jangan kacau Angah nak kira duit....kemain! 

Alhamdulillah majlis lancar, makan minum semua cukup.  Thanks semua anak cucu tok ayah 💝

4 comments:

  1. Gosh, all that food is making me so hungry, Puan Hazel! Glad your boys have recovered :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...they were really scrumptious kampung food PH.

      Delete
  2. Wahhh...ada lauk pauk yg tak pernah dengar... mesti sedap sebab lauk kampung.... Alhamdulillah dah selamat bersunat diaorg :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sangat2 kak eynda. Asyik ulang makan ja hehe :)

      Yup selamat sudah.

      Delete