Monday 16 November 2020

Al Fatihah ~ Abah Kaklong & Abg Long (Jasin)

29 Rabiul Awal 1442H/15 November 2020 (Ahad) 

Dalam keadaan kami sekeluarga (termasuk keluarga Jitra) bimbang akan kesihatan Tok, semalam kami dikejutkan dengan pemergian ayah maklong yang kami rujuk sebagai Abah Kaklong. Abah meninggal ketika sedang tidur. Khabarnya Abah berehat di atas sofa sambil terlelap, bila hendak dikejutkan Abah 'dah takde'. Allahu akbar, mudahnya, Abah pergi... Sebab sebenar Ummi pun tak pasti. Masih belum berkesempatan menghubungi Maklong, sekadar mesej takziah di WhatsApp. Biarlah Maklong selesaikan urusan akhir Abah dulu. Mungkin esok atau lusa Ummi call Maklong. Biar Maklong tenang dulu...

30 Rabiul Awal 1442H/16 November 2020 (Isnin) 

Pagi tadi, sekitar jam 10 Ummi dikejutkan sekali lagi dengan berita duka. Abang ipar Yang (bff Ummi) iaitu Abang Long (Abang Zaid, suami Kak Long) pergi menghadap Ilahi. Memandangkan hubungan Ummi dengan Yang sangat rapat, Ummi kenal seluruh keluarganya termasuk abang-abang iparnya. Abang Long ni sangat baik orangnya. Jemaah tabligh tak silap Ummi. Wajah sentiasa manis tersenyum dan bercahaya. 

Baru Jumaat lepas Ummi dimaklumkan Abang Long dimasukkan ke wad dan terpaksa menjalani haemodialysis (rawatan cuci darah akibat kegagalan buah pinggang) di Hospital Kuala Pilah. Menurut Yang, arwah sepatutnya menikahkan anak keduanya, Maryam yang akan berangkat melanjutkan pelajaran ke US awal tahun depan tapi terpaksa ditunda kerana masalah kesihatannya. Khabarnya majlis akan diadakan bulan depan. Namun, Abang Long pergi dulu :(

Kerdilnya kita sebagai hamba hanya mampu merencana. Takdir yang tertulis tetap rahsia Yang Maha Esa. 

Al fatihah buat Abah & Abang Long. 

Didoakan agar roh mereka ditempatkan di kalangan para solehin aamiin. 

11 comments:

  1. Innalillah. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.

    ReplyDelete
  2. Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  3. Salam takziah. Mudah-mudahan kita menyusul nanti dipermudahkan jua oleh-Nya.

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn.. Semoga dipermudahkan segala urusannya

    ReplyDelete
  5. Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu anhu

    “Ya Allah! Ampunilah almarhum (jenazah),berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.”

    Takziah diucapkan buat ahli-ahli keluarga.

    ReplyDelete
  6. Semoga roh mereka dicucuri rahmatNya aminn

    ReplyDelete
  7. *Deposit via Pulsa*
    *( Telkomsel )*

    *Minimal deposit pulsa 20.000*

    *Layanan fast respon*
    *Deposit dan withdraw fast proses*
    *Kami Melayani Deposit via Pulsa ( Telkomsel ), DANA, GoPay, Jenius ( Bank BTPN ), LinkAja, OVO*

    *UNTUK PULSA POTONGAN TELKOMSEL 15% YA BOSKU :)*

    *Mari Gabung Sekarang dan di Coba Hoki nya*

    *LINK DAFTAR/ALTERNATIF : kelincipoker.me*

    ReplyDelete
  8. Allahu, salam takziah. Innalillahi wainna ilaihi raaaji'un

    ReplyDelete
  9. Innalillahiwainnailaihirojiun.. Salam takziah & Al Fatihah untuk arwah

    ReplyDelete