Tuesday, 10 November 2020

Diari Tok ~ Dari Klinik ke Hospital (M2)

Alhamdulillah masuk hari ke-10 Tok dah sihat. Sihat cara dialah; boleh bangun ke sana sini, kembali berselera bila makan dan melakukan rutinnya. Antara rutin harian Tok ialah bersantai di beranda, bermain dengan cucu-cucu dan beli roti atau aiskrim dari 'babu'. Tidur malam pun dan lena macam biasa. 

Tapi, 2-3 hari lepas tu Tok ada bagitau ada bengkak di salah satu body part dia. Sebelum ni bengkak di kaki (bengkak air) dah mula surut. Ini sebelum tak sihat tempohari lagi. Dah ke klinik dah pun. Bengkak di tempat baru ni makin hari makin besar.

Bila ke klinik (9/11/2020) , Doc terus buat surat rujuk ke hospital. Kata Dr Jothi "I tak pernah jumpa kes bengkak (sebab masalah kidney) dekat tempat ni (sambil tunjuk tempat bengkak). Tok seboleh mungkin dari dulu lagi taknak ke hospital. Kalau setakat follow up ok tapi Tok risau dan taknak kena warded. Di pihak Ummi pun ada kekangan jugalah kalau Tok masuk wad; urusan penjagaan anak-anak, logistik dsbnya. Tapi, dalam masa yang masa yang sama Ummi fikir its time untuk bawa Tok ke hospital. Asyik ke klinik je, tak lega-lega juga. Sepatutnya Tok ada follow up appointment di Hospital Batu Gajah bulan 4 dengan Pakcik :( Ditambah pula dengan PKP bulan 3 hari tu, dah tertangguh. Sementelah Tok pun sihat so we took things for granted.


Jadi, kami ke Hospital Selayang. Bila diperiksa oleh Doc, punca bengkak kerana pengambilan air melebihi had. Bagi pesakit buah pinggang kronik macam Tok, had pengambilan air ialah 500ml sehari. Dan air tu meliputi segala cecair yang masuk ke badan melalui makanan atau minuman; air, kuah sayur, sup dsbnya. Selama ni Ummi ingat jumlah air yang diminum saja. Susah juga sebenarnya nak kawal sebab Tok suka minum. Pagi kopi,, petang nanti susu ke teh ke cicah dengan biskut/roti kering. Ummi nak larang sangat pun kesian... Orang tua kan. Bilik Tok pun dekat dengan dapur, anytime boleh buat air haha... Tapi nak kena strict sikitlah sebab jika tidak dikawal akan menyebabkan bengkak berterusan, berlarutan di bahagian lain dan paling bahaya jika air masuk ke paru-paru. Boleh menyebabkan sesak nafas. 

Doc suggested to flush out air dengan masukkan ubat (drip). Tapi, prosedurnya lama... Kena ambil darah, X-ray dsbnya... All in +-5 hrs and likely to be warded for monitoring. Option kedua ialah ambil ubat setiap hari untuk lawas kencing. Walaupun cara pertama lebih cepat kesannya tapi kami pilih cara kedua. Tok nak makan ubat dulu...  Doc pun tak paksa sebab secara keseluruhan (dari pengamatannya) Tok sihat, boleh berjalan, gelak, makan... 

Kita ikhtiar dulu... Moga Tok terus sihat dan kami sekeluarga diberi kemudahan oleh-Nya selalu terutama dalam urusan Tok ni. Aamiin. 



7 comments:

  1. Oh begitu bengkak air disebabkan buah pinggang.
    Harap berkesan ubat itu untuk lawas kencing.

    ReplyDelete
  2. Semoga ubat yg Tok ambil tu serasi untuk melawaskan buang air kecilnya tu ya..

    ReplyDelete
  3. Semoga tok terus kuat. Uwan saya pun lebih kurang macam tu tak boleh terlebih pengambilan air.

    ReplyDelete
  4. Baru tahu kalau masalah kidney kena had pengambilan air. Semoga masalah kesihatan berkurangan.

    ReplyDelete
  5. seksa nya tak dapat minum air :(

    ReplyDelete
  6. Semoga dikurniakan kesembuhan segera

    ReplyDelete
  7. aida faham sgt ni.
    abah aida pun problem kidney.
    abg ipar pun problem kidney, dah lalui 1 transplant.
    sabar ye.
    moga tok sihat-sihat.
    support from famili memang la diperlukan :)

    ReplyDelete