Thursday, 26 November 2020

Kenduri Arwah

Di kampung Ummi, bila berlaku kematian akan diadakan majlis tahlil selama 3 malam berturut-turut. Kemudian pada hari ke-7, ke-40 dan ke-100 selepas kematian juga akan diadakan kenduri yang disebut kenduri arwah. Besar kecil majlisnya bergantung kepada kemampuan masing-masing. Kadang-kadang kendurinya di sebelah siang, kadangkala di sebelah malam. Dengan suluhan lampu picit, kami berbondong-bondong ke rumah kenduri bersama jiran-jiran. Seronok meredah kegelapan malam beramai-ramai. 

Lebih seronok bila tuan rumah sediakan 'goodies'. Biasanya semasa kenduri 40 hari. Tuan rumah akan menyediakan buah tangan seperti pulut bersama ayam bakar, pisang atau kuih apom. Pulut bersama regunya diletakkan di dalam pinggan kaca dan kemudian diikat dengan sapu tangan. Selalunya pinggan Tok simpan, manakala sapu tangan pula Tokwan ambil. Ummi dengan Pakcik makan pulut :D Satu keluarga hanya dapat satu set sahaja. Zaman dulu tak mewah macam sekarang... Kadang tu bila ke kenduri naik segan Ummi bila anak-anak semua dapat goodies bag sorang satu. Takut tak cukup untuk tetamu lain. 

Kemudian pinggan kaca berganti dengan bekas plastik (badannya berwarna, penutup putih). Zaman tu bukan senang nak dapat beli bekas plastik pun jadi bila dapat tu seronok sungguh. Esoknya terus guna untuk bawa bekal ke sekolah :) 

Tradisi ini Ummi teruskan tapi dalam norma baharu. Tempah makanan dari Quali Kak Zana (ada dalam senarai Food Panda). Tolong promote sebab sedap 😊 Set nasi tomato bersama ayam masak merah tu Ummi minta Kak Zana pack siap-siap. Ada wakil dari badan kebajikan surau datang untuk berziarah malam tadi jadi makanan tu kami sedekahkan untuk mereka dan jiran-jiran terdekat. Moga pahala sampai kepada Tok, Tokwan dan Pakcik.

Walaubagaimanapun amalan ini hanyalah adat. Tak perlu susahkan diri tambahan jika yang meninggal itu ketua keluarga. Utamakan kebajikan ahli keluarga yang ditinggalkan terutamanya anak-anak yatim yang masih kecil. Kiriman doa anak yang soleh itu sebenarnya lebih afdhal. والله اعلم

Al fatihah untuk mereka yang telah pergi :( 

5 comments:

  1. In shaa Allah sampai jariahnya kpd penerimanya..

    ReplyDelete
  2. sama kat kampung saya pun macam itu, tapi ada juga yang tak senang bila kita buat kata bidaah.... tapi kita niat nak sedekah bgi makan kt orang kan, moga ada pahala untuk si mati.

    ReplyDelete
  3. Ada juga buat tahlil ikut hari untuk arwah.
    Ya semoga pahala mengalir kepada yang sudah pergi.

    ReplyDelete
  4. al fatihah..rasa sayu dlm msa yg sma lega ad jiran2 n kwn2 kumpul sma2 redakan kesedihn kelebihn wt tahlil nie

    ReplyDelete