Bermula hari ni 9/11/2020 seluruh semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan dikenakan PKPB sehingga 6/12/2020. Pengumuman dibuat Ahad lepas. Kami di Selangor ni sambunglah PKPB yang dah bermula sejak 14/10/2020 yang lalu.
Semalam pula dikejutkan dengan pengumuman Menteri Kanan Pendidikan bahawa semua sekolah ditutup hingga akhir sesi persekolahan tahun ni iaitu 18/12/2020. Sesi persekolahan tahun 2021 akan dibuka pada 20/1/2021 seperti dijadualkan.
Reaksi Ummi? Sedih! Sedih untuk Abang sebab sesi persekolahan tahun ni berakhir just like that! Tak sempat jumpa kawan-kawan, cikgu-cikgu... Takde farewell, takde majlis graduation... Well, sekarang kan tadika pun ada convo :)
Abang pun macam tak percaya... "Habis macam tu je Ummi? Dari darjah 1 Abang pergi sekolah, tiba-tiba camtu je?" Hah, itulah realitinya zaman Covid-19 ni. Banyak sangat uncertainties... Sebab tu bila ada peluang, kena grab cepat-cepat. Contohnya, bila kerajaan kata boleh rentas negeri, cepat-cepat le balik jenguk mak ayah di kampung. Contoh je... Bukan apa, Ummi terkilan sebab masa sekolah buat sambutan Awal Muharam kot hari tu, dah nampak few kawan-kawan Abang segak berbaju Melayu. Ingat nak snap gambar depa ramai-ramai tapi malas nak turun kereta. Dok ingat ada peluang lagi untuk depa bersama. Sedih tak banyak gambar depa di tahun 6. Saja nak simpan buat kenangan sebab masa tahun 1 dulu semua kenit-kenit, comot-comot je... Sekarang ni dah awal remaja, banyak perubahan. Segak dan cantik belaka.
Bila kenang balik, tahun ni cuma awal tahun je depa ada aktiviti. Lepas tu dah start PKP... Bila sekolah buka semula pun, dah semuanya dalam norma baharu. Jumpa di kelas pun sekadar hi-hi bye-bye je. Tak boleh bertepuk tampar lagi dah.
Lebih terkilan, dengan cikgu-cikgu pun tak dapat nak berjumpa. Sebab tu Ummi cadangkan dalam group WA semalam, agar diadakan perjumpaan bila dah reda nanti. Tapi itulah, nak kumpul semua sekali mesti dah payah. Masing-masing dah bawa haluan masing-masing. Kalau dapat sekolah sama dapatlah juga berjumpa nanti. Tapi, dengan cikgu-cikgu susahlah sikit. Bolehlah bawa berjumpa, tapi takkan sama dengan berkumpul beramai-ramai; bersalam dan mohon restu cikgu di hari akhir persekolahan. Special betul batch depa ni.
Ini belum lagi termasuk Ibu Kantin dan Pak Dol. Semua mereka ni ada peranan dalam pembentukan dan pembangunan sahsiah Abang. At least, dapat jumpa dan ucap selamat tinggal would be something nice to do. Ummi pun tak dapatlah nak jumpa geng mak-mak yang anak mereka sorang tu je di SRAI macam Cik Ayu, Cik Zizah, Cik Ira dll...
Susulan penutupan sekolah dan PKPB ni juga, semua exam untuk ke SBP, MRSM dsbnya ditunda.
Ikutkan Abang layak ke ujian saringan SMISTA pada 18/11/2020 tapi nampak gayanya ditunda juga. Ummi belum sahkan dengan pihak MAIWP tapi ikut info katanya begitulah.
Banyak betul dugaan tahun ni kan... Dulu, sibuklah menunggu tahun 2020 ni, tapi rupanya pelbagai ujian Allah datangkan untuk kita. Tapi, Ummi yakin di setiap ujian ada hikmahnya. Sentiasa yakin ada cahaya di hujung terowong ❤️
Ya tahun ini banyak di rumah.
ReplyDeleteMemang betul masa rentas negeri dibenarkan, terus zas balik.
hari tu ramai yang minta sekolah di tutup skrg dah tutup harap masing-masing penuhi juga tanggung jawab masing-masing ye dak :)
ReplyDeleteAda sorg ank ngaji akk pun cakap, sedih drj 6 tahun ni habis camtu je tak sempat jumpa cikgu dan kawan2.
ReplyDelete2020 oh 2020
ReplyDeletesekolah anak sy hr tu buka lambat berbanding sekolah2 mainstream. baru seminggu bersekolah secara fizikal, dah kena pkpb blk. dan smbung pula sampai hujung tahun 😅 3 bulan je bersekolah secara fizikal 🥴
ReplyDeletebanyak perkara yang tak terduga berlaku this year. semuanya mengejut dan nak tak nak kita menurut perintah demi keselamatan semua
ReplyDeleteTukang Kebun pun blank kejap masa dengar pengumuman.
ReplyDeleteMungkin ada juga hikmah nya abang dapat manja dengan ibu sebelum masuk asrama kelak. More family quality time 2020. Anak sulong masuk asrama tahun ni akhirnya duduk rumah berkepit je dengan maknya hehehe...
Semoga Covid19 segera berlalu supaya kehidupan boleh diteruskan dengan lebih baik Kesian budak2 dah boring pengsan duduk kat rumah je
ReplyDeleteitu la kan.
ReplyDeleteaida pun risau jugak utk anak-anak bila keadaan gini, hazel.
susah nak ckp apa ada dlm hati ni.
cuti sebab takut penularan covid = yes.
pelajaran? = 50/50 :(