Monday, 30 November 2020

Pengalaman Peribadi Menyantuni Jenazah Sejurus Kematian

Ummi kongsikan di sini pengalaman menguruskan jenazah Tok selepas disahkan kematiannya. Mungkin boleh dijadikan panduan bagi yang memerlukan. Setidaknya jadi kenangan untuk kami sekeluarga. 

Umur dunia Tok; 81 tahun, 1 bulan, 8 hari. 

Urusan Ummi jadi mudah dengan kehadiran Ustazah R yang banyak menunjuk ajar kami. Sya juga banyak membantu menyiapkan perbaringan arwah. Terima kasih banyak. 

1. Ustazah minta Ummi ambilkan minyak kelapa/minyak zaitun/minyak bayi untuk diurutkan pada sendi-sendi Tok. Sebelum tu sekilas Ummi nampak Ustazah baca doa dan tutupkan wajah arwah dengan selimut. 

2. Ummi dengan bantuan Abg Anas bersihkan Tok dari sebarang najis. 

3. Sediakan tempat pembaringan jenazah iaitu tilam bersaiz single di ruang tamu. Tilam dialas dengan cadar dan bantal. Seeloknya gunakan cadar tebal kerana ada kemungkinan jenazah akan diusung bersama cadar tersebut ke dalam keranda untuk memudahkan urusan seperti yang dilakukan kepada jenazah Tok. 

4. Kemudian jenazah Tok kami bawa ke ruang tamu. Ustazah minta Ummi ambilkan kain kecil & nipis (seeloknya) untuk ikat kaki (agar rapat) dan tangan (dalam posisi qiyam). Ini perlu dilakukan sebelum jenazah mula mengeras. Satu lagi biasanya bahagian muka jenazah juga diikat tapi untuk jenazah Tok tak perlu sebab mulut Tok terkatup rapat. 

5. Tutup aurat jenazah dengan sepatutnya; rambut dimasukkan ke dalam serkup, seluruh badan ditutup dengan kain dengan rapi dan diselimutkan dengan kain batik lepas (batik panjang). Manakala muka pula ditutup dengan tudung/selendang nipis. 

6. Bila Aida sampai, dia minta Ummi letakkan kain dibahagian belakang (bawah dubur) kerana dikhuatiri jenazah mengeluarkan sebarang cecair/najis dan menimbulkan masalah (kebocoran najis dsbnya) ketika jenazah diusung ke keranda nanti. Ada yang memakaikan jenazah dengan lampin pakai buang atau mengalas jenazah dengan plastik. Alhamdulillah semuanya elok bagi jenazah Tok. 

7. Kemudian Aida minta Ummi letakkan benda berat seperti gunting/kacip di atas perut arwah. Tujuannya untuk mengelakkan jenazah kembung. Dari pembacaan Ummi, boleh juga diletakkan buku atau bantal kecil yang tidak terlalu berat atau terlalu ringan. 

8. Sapu/titiskan minyak attar/wangi disekeliling jenazah untuk mengelakkan serangga seperti semut, lalat dll. 

9. Disamping membaca Yasin dan Al Quran, Ummi juga buka bacaan Al Quran di telefon. Jadi, sepanjang malam jenazah ditemani alunan bacaan Al Quran. 

10. Untuk laporan polis, bawa surat pengesahan kematian dan kad pengenalan arwah. Tugas ini kami serahkan kepada Abg Aqim. Manakala Walid pula berurusan dengan pihak masjid untuk pengurusan jenazah Tok. Terus kami dimaklumkan bahawa van jenazah akan tiba sekitar jam 8.30 pagi besok. Maklumat ini kami sampaikan kepada saudara-mara, rakan-rakan dan jiran-jiran pula. Jadi, semua orang maklum dan bersedia untuk memudahkan urusan akhir Tok. 

Ubat-ubat harian Tok. 

Satu pengalaman yang sangat berharga bagi Ummi. Walaupun sedih tapi rasa syukur kerana dapat melakukan yang terbaik dan terhormat untuk Tok. 

Sunday, 29 November 2020

Rezeki Umpama Hujan...

Pagi tadi jiran hantar pulut kuning dan rendang ayam bersama kerepek, maruku dan bahulu. Alhamdulillah rezeki kami 😊

Kenduri sikit, kata Bik. Kalau tak silap Ummi, hari ni genap 8 bulan Atok Aisyah meninggal. Mungkin mereka masak lebih dan sedekahkan kepada jiran-jiran. 

Balik dari KK tadi pula, ada sebuah kereta jemaah surau menyapa Walid, bertanya rumah Cg Jas. Sambil mengucapkan terima kasih dihulur sebekas nangka. Alhamdulillah rezeki lagi 😊


Hari Deepavali 14/11 hari tu Ummi nampak Uncle di laman rumah. Ummi pun wish Uncle sambil tanya anak cucunya tak balik ke tak... Muram wajah Uncle sebab anak cucu tak balik. PKPB kan... Ummi pun 'gatal mulut' 😅

Tak lama kemudian Uncle datang ke rumah hantar goodies. For the kids katanya. Agaknya Uncle teringat cucu-cucunya hihi...


Lama jugalah delay, hari ni baru dapat balas buah tangan Uncle. Singgah beli kerepek dan kek di Kedai Kek Hidayah tadi. Rupanya Aunty ada datang rumah waktu Tok meninggal tapi rumah berkunci. Maybe kami semua di masjid that time, uruskan jenazah Tok.

Ini dari Tokcik Wahiah... Datang ziarah kami sambil bertemu Tok Umi. 

Sedapnya alahai masak lemak pucuk ubi dan masak lemak ikan siakap tu. Air tangan orang-orang tuakan... 

Sambal belacan pun Tokcik bawa 😋

Tokcik Enon pula bawa kuih-muih berbekas-bekas. Banyak sampai Ummi tapaukan untuk Tokcik Wahiah berbuka puasa hari tu.. "Tak tido semalam siapkan kuih ni..." gurau Tokcik Enon haha... 

Esoknya Tokcik Wahiah datang lagi, bersama seorang lagi kawan Tok Umi. Tapi, depa sekadar jemput Tok Umi. Pergi lunch di PapaRich. Kemain tau geng tok-tok ni 🤭

Dari Tokcik sorang lagi... Lupa namanya :) 

Nenas yang Ummi makan bersama laksa
semalam pun dari jiran juga, Cik Leha. Cadangnya nak buat pajeri tapi buahnya dah lebam. Ummi kisar jadikan jus. Perah sikit lemon dalam jus tu... Sedap!

Mencurah-curah rezeki akhir-akhir ni seumpama hujan yang hari-hari turun di musim hujung tahun ni hihi... 

الحمدلله على کل حال ❤️






Saturday, 28 November 2020

Resepi ~ Laksa Kuah Sardin... viral katanya :)


Mula tu Maksu 'tayang' laksa viral dia, laksa kuah sardin. Hari yang sama, Maklong Ida (kakak Maksu) di Keramat tu pun masak laksa juga. Zaman segalanya dikongsi  di socmed orang makan apa, buat apa kita boleh tahu 🤭 Then, nampak pula gambar bunga kantan dalam group WA geng taman, makin teringin nak makan laksa! 

Cantik menawan sungguh bunga kantan Cg Jas ni 😍

Laksa Maksu 


Laksa Maklong Ida

Jadi, semalam terlaksanalah hajat Ummi nak makan laksa kuah sardin (sardin dalam tin). 

Resepi: Laksa Kuah Sardin 
Sumber: Oh Bulan

Bahan-bahan kuah 
1 tin besar sardin - lenyek/kisar bersama sosnya
Sedikit belacan (jika suka) 
Daun kesum
Bunga kantan - belah empat 
Asam keping 
Cili kisar 
Sedikit minyak masak (untuk menumis) 

Bahan-bahan laksa/hiasan
1 pek laksa beras - direbus hingga lembut dan toskan 
Timun - dihiris
Bawang besar - dihiris 
Cili padi & cili merah - dihiris
Limau nipis / kasturi - dibelah, dipotong 
Telur rebus 
Nenas - dipotong kecil 

Cara-cara (kuah laksa) 
1. Panaskan sedikit minyak masak. 
2. Tumis cili kisar dan asam keping hingga pecah minyak. 
3. Masukkan sardin yang telah dilenyek bersama sosnya. 
4. Masukkan air (3-4 tin - ikut ukuran tin sardin). Biarkan mendidih. 
5. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Renehkan hingga kuah mendidih dan sedikit likat (kira-kira 25 minit). 

6. Perisakan dengan gula dan garam. Siap!
7. Hidangkan bersama hirisan timun, telur, bawang & cili. Slurp 😋

Mudah dan jimat masa sungguh sebab ikan dah tak perlu siang, rebus, asingkan tulang dan kisar isinya. Ikan sardin dalam tin tu cuma perlu dilenyekkan hingga hancur. Kemudian tumis cili kisar dan asam keping. Bila dah naik minyak, masukkan sardin tadi bersama sosnya. Masukkan belacan, daun kesum, bunga kantan dan tambah air secukupnya. Masak kuah sekitar 20-25 minit. Kemudian perisakan, tutup api. Siap! 

Nak lagi express, rebus je laksa guna Noxxa atau mana-mana pressure cooker. Untuk Noxxa, masukkan laksa dan air separas laksa tu, tekan HP 10x. Telur pun Ummi rebus guna Noxxa juga (HP 2 minit - air separas telur juga). Kejap je boleh makan dah laksa kita ni. Ini kalau ada tetamu nak datang secara tiba-tiba pun sempat lagi masak laksa ni. Rindu suasana sebelum PKP :(

Sedap rasanya cuma tak adalah rasa manis-manis ikan macam kita guna ikan segar. Kuahnya pun tak pekat macam laksa ikan sekoq tu, tapi adalah keunikannya. Kuahnya pun warna kemerahan, bukan macam kuah laksa ikan segar. Tapi tak pedas pun, macam kuah sardin je. Anak-anak Ummi makan steady je... Rasa pernah makan laksa kuah sardin ni... Beli di pasar malam kot, entah tak ingat dah hihi... 

Tunggu apa lagi, pi lah rebuih laksa 😂




Friday, 27 November 2020

Happy Anniversary to Us 🌹🌹🌹

Jarang sangat kami sambut wedding anniversary. Paling kuat pun keluar makan... Tapi, anak-anak ni apa saja special occasions melibatkan Ummi Walid depa cakna. Father's Day, Mother's Day, our birthdays semua depa nak raikan. Jadi, Ummi 'sambut' dengan tunjukkan appreciation dengan masak special menu, order food, beli/bakar kek etc... Saling meraikan.
Kali ni Ummi beli kek Mamasab, Cheese Padu. Itupun late night baru Ummi tergerak hati nak order cake. Semuanya gara-gara Kakak minta 2 keping kertas A4... Nak buat kad untuk Ummi & Walid katanya 😊

Here it is... The cake, the gift and the most meaningful one; the card. 

Take a closer look...
Each of us got a separate card... 
With the same hadiah 😁
Tapi, overall Ummi dapat duit lebih banyak dari Walid :D Adik ada 2 keping duit kertas; 1 biru dan 1 oren. Ummi dapat yang oren (RM20). Walid dapat singgit sebab duit Walid dah banyak kata Adik 😂😂😂 Walid kan keja haha... 

To my better half; 

❤️





Thursday, 26 November 2020

Kenduri Arwah

Di kampung Ummi, bila berlaku kematian akan diadakan majlis tahlil selama 3 malam berturut-turut. Kemudian pada hari ke-7, ke-40 dan ke-100 selepas kematian juga akan diadakan kenduri yang disebut kenduri arwah. Besar kecil majlisnya bergantung kepada kemampuan masing-masing. Kadang-kadang kendurinya di sebelah siang, kadangkala di sebelah malam. Dengan suluhan lampu picit, kami berbondong-bondong ke rumah kenduri bersama jiran-jiran. Seronok meredah kegelapan malam beramai-ramai. 

Lebih seronok bila tuan rumah sediakan 'goodies'. Biasanya semasa kenduri 40 hari. Tuan rumah akan menyediakan buah tangan seperti pulut bersama ayam bakar, pisang atau kuih apom. Pulut bersama regunya diletakkan di dalam pinggan kaca dan kemudian diikat dengan sapu tangan. Selalunya pinggan Tok simpan, manakala sapu tangan pula Tokwan ambil. Ummi dengan Pakcik makan pulut :D Satu keluarga hanya dapat satu set sahaja. Zaman dulu tak mewah macam sekarang... Kadang tu bila ke kenduri naik segan Ummi bila anak-anak semua dapat goodies bag sorang satu. Takut tak cukup untuk tetamu lain. 

Kemudian pinggan kaca berganti dengan bekas plastik (badannya berwarna, penutup putih). Zaman tu bukan senang nak dapat beli bekas plastik pun jadi bila dapat tu seronok sungguh. Esoknya terus guna untuk bawa bekal ke sekolah :) 

Tradisi ini Ummi teruskan tapi dalam norma baharu. Tempah makanan dari Quali Kak Zana (ada dalam senarai Food Panda). Tolong promote sebab sedap 😊 Set nasi tomato bersama ayam masak merah tu Ummi minta Kak Zana pack siap-siap. Ada wakil dari badan kebajikan surau datang untuk berziarah malam tadi jadi makanan tu kami sedekahkan untuk mereka dan jiran-jiran terdekat. Moga pahala sampai kepada Tok, Tokwan dan Pakcik.

Walaubagaimanapun amalan ini hanyalah adat. Tak perlu susahkan diri tambahan jika yang meninggal itu ketua keluarga. Utamakan kebajikan ahli keluarga yang ditinggalkan terutamanya anak-anak yatim yang masih kecil. Kiriman doa anak yang soleh itu sebenarnya lebih afdhal. والله اعلم

Al fatihah untuk mereka yang telah pergi :( 

Tuesday, 24 November 2020

Hah Tepuk!

Inilah indoor game terbaru yang Walid beli untuk menghilangkan kebosanan anak-anak di musim PKP ni. Sebelum ni dah beli Saidina, Sahibba dan Carrom. Dah puas main orang kata.
Permainan bola tepuk ni favorite anak-anak esp boys. Pernah satu ketika, masa Abang darjah 3 kot habis buku tulis dikerjakan untuk buat 'orang bola' 😇

Bila dapat tahu ada orang jual set bola tepuk ni, terus Walid order. Berbulan jugalah tempoh menunggu sebab penjualnya (En Azmi, founder/owner AZ Bolatepuk) hanya melakukan business ini secara sambilan. Dan beliau tak ambil deposit. Ikut que tempahan kita. Bila siap, beliau akan maklumkan. Harga satu set RM50 (self pick up, area Damansara Damai).

Abang tempah team Kedah & JDT. Setiap set ada 2 team, lengkap dengan 'padang', tiang gol, bola (dibuat dengan aluminium foil, cute 😁) dan game instruction. Sellotape pun dia bagi. Complete! 

Kemas dan berkualiti hasil kerjanya 👍

Sekarang ni tengah 'gila' main bola tepuk-lah anak-anak Ummi. Sementelah Tok dah takde, Tok Umi & Tok Ayah pun dah balik Jitra dapatlah juga mengubat kesunyian. 

Jika ada yang berminat, boleh hubungi En Azmi. No tel ada kat gambar ni hah... 

Hah tepuk Abang!

Monday, 23 November 2020

Diari Tok ~ Terima kasih semua ❤️



Terima kasih kepada semua sahabat bloggers yang mengutuskan salam takziah dan doa untuk Tok 🌹

Hari ni genap seminggu Tok pergi meninggalkan kami. Kamar Tok pun dah Ummi kemaskan. Barang-barang peribadi Tok mana yang nak disimpan, dibahagi/disedekahkan atau dibuang semua Ummi dah kategorikan.




Lebihan lampin dewasa Tok. Ummi nak sedekahkan kepada jiran Ummi yang ibu mertuanya pun sedang uzur. Begitu juga baki ubat-ubat Tok, hajatnya nak pulangkan kepada hospital. 


Kain batik untuk Ustazah. Pesanan Tok supaya Ummi hadiahkan sehelai kain batik kepada Ustazah dah Ummi tunaikan. Selendang putih tu pula Ustazah pinjamkan untuk tutup wajah Tok. Dek kalut, Ummi tak jumpa selendang yang Tok simpan di bawah katilnya :(

Walaupun sedih tapi Allah hadirkan dalam diri kepuasan yang sukar digambarkan sebab berpeluang jaga dan teman Tok dari sihat hingga ke saat akhir. Hampir 10 tahun juga Tok bersama kami. Ummi pun tak ingat bila Tok mula tinggal bergilir-gilir di rumah anak-anak. Cuma yang pasti, lepas Ummi balik haji 6 tahun lepas, Tok tinggal secara tetap dengan kami. Sekali sekala ke rumah anak-anak yang lain. Jadi, tak hairanlah bila ramai yang kenal Tok sama ada jiran-jiran mahupun rakan taulan Ummi dan Walid. Waktu Tok sihat selalu juga kami bawa ke kenduri/majlis yang kami pergi. Malah, ada yang memanggil Tok 'Mak' sebab Tok sangat keibuan sifatnya. Ramai orang senang dan sayang. Besar hati Ummi dengan kehadiran mereka yang memberi penghormatan terakhir buat Tok bermula dari berita kematiannya tersebar hinggalah sekarang masih ada yang mengutus takziah.  

Usai solat Isyak, jiran dan kenalan mula berkunjung. Jemaah surau juga datang berziarah dan mengadakan tahlil untuk Tok. Terima kasih Ira, Mak Bee dan bibik mereka yang menyediakan makanan dan minuman untuk malam tersebut. Begitu juga untuk sarapan keesokan paginya; Ira sekali lagi menyumbang. Ustazah juga tidak ketinggalan menyediakan nasi goreng dan teh tarik untuk kami semua. Paktam turut menyedekahkan roti canai untuk kami. "Tumpang kenduri" katanya. Alhamdulillah. 

Selepas solat Subuh sekali lagi jemaah surau datang mengadakan tahlil. Kali ni diketuai oleh Ustaz Syed sendiri dengan ditemani oleh Pengerusi surau. Rombongan kali ni lebih ramai alhamdulillah. Seronok tengok 'bahagian' Tok. 

Ramai saudara mara di kampung yang terkilan kerana tak dapat hadir. Tapi terpaksa akur kerana tak semua diberi kebenaran merentas negeri kecuali ahli keluarga terdekat seperti anak atau cucu. Ummi tahu mereka tetap mendoakan Tok dari jauh. Ada juga saudara yang tak pernah Ummi ketemu muncul di masjid. Yang tak sempat datang juga mengucapkan takziah melalui panggilan telefon dan mesej. 

Terima kasih adik beradik dan anak-anak saudara Ummi kerana memudahkan urusan akhir Tok. Alhamdulillah cucu-cucu perempuan Tok bersama Ummi, Makngah dan Makcik sama-sama berpeluang memandikan jenazah Tok. Walaupun masing-masing tiada pengalaman tapi peluang terakhir kami untuk berbakti pada Tok menjadi memori indah buat kami semua. 

Cucu-cucu lelaki Tok pula bersama Walid menjadi tulang belakang sewaktu upacara pengebumian. Alhamdulillah masing-masing diberi rezeki untuk berbakti kepada Tok. 

Maksu sayang semua ❤️

Setinggi penghargaan juga, kepada pihak maajid yang membantu melancarkan pengurusan jebazah Tok. Dengan izin Allah segala urusan akhir Tok dipermudahkan alhamdulillah. 


Walaupun tiba selepas semua urusan akhir Tok disempurnakan tapi kehadiran Tok Umi dan Tok Ayah dari kampung sangat dihargai. Mengubat hati Abang dan adik-adiknya. Lain macam nampak mesranya depa dengan Tok Ayah kali ni 😊 Moga kedua-duanya diberi kesihatan yang baik selalu. Dapatlah cucu-cucu bermanja. 


Buat Walid, hanya doa yang mampu Ummi hadiahkan agar hidup dan kehidupan Walid diberkati Allah selalu dan sentiasa dalam lindungan-Nya. Tak mampu Ummi nak balas jasa Walid mengizinkan Tok tinggal bersama kami, menyara Tok, menyantuni Tok dan sentiasa bermanis muka dengan Tok. Malah tak terhitung banyaknya budi dan pengorban Walid terhadap Tok. Adakalanya Ummi terpaksa dahulukan Tok, lebihkan Tok... Tatkala Ummi rasa 'down', penat, stress Walid lah pemberi semangat untuk Ummi. "Sabaq banyak-banyak..." katanya selalu. Alhamdulillah Walid sangat memahami dan mengizinkan Ummi terus berbakti kepada Tok. Tok pun tak putus-putus menyebut dan memuji kebaikan Walid. Hingga ke saat akhir nama Walid disebut berkali-kali... Kadang tu cemburu juga Ummi 😅  ❤️جزک الله خير الجزء

Imamku 😍

Doa Ummi agar Allah izinkan kami diberi peluang untuk berbakti kepada Tok Umi dan Tok Ayah pula. Moga ada rezeki kami dapat menatap wajah mereka setiap hari harapnya. Aamiin. 

Terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk menyempurnakan sebaik mungkin urusan akhir Mak.
 الحمدلله على کل حال 

Friday, 20 November 2020

Diari Tok ~ Tok pergi jua 😭😭😭 (M3)

Hospital Selayang, 9/11/2020 (Selasa) 

Hari ni hari ketiga Tok berada di 'rumah baru'. Masih bersedih dengan pemergian mengejut Abah Kaklong, Tok pula menyusul selang sehari. Tok dijemput pulang sejurus sebelum azan Maghrib berkumandang pada 2 Rabiul Akhir 1442H bersamaan 17 November 2020 (Selasa). Sehabis helaan nafas Tok yang terakhir, kedengaran azan Maghrib. Hujan pula turun mencurah-curah mengiringi kepulangan seorang hamba kepada Pencipta-Nya. 


Sekitar jam 10 pagi Tok minta Abang & Angah bacakan Yasin untuk Tok. Kemudian Tok minta panggilkan Ustazah, jiran kami. Katanya nak bermaaf-maafan dengan Ustazah. Bila Ustazah datang, Tok minta Ustazah tolong bacakan Yasin juga. Masa ni Tok nampak gelisah, sekejap pusing ke kiri, sekejap ke kanan serba tak kena. Adu Tok pada Ustazah "Makcik rasa lenguh seluruh badan... Rasa nak tercabut segala sendi..." 😭😭😭 Ustazah minta Ummi ambilkan air zamzam dan sapu pada badan, dada, muka dan kepala Tok. Sambil-sambil tu kami terus baca Yasin sambil urut dan usap Tok. Ummi juga buatkan susu dikisar bersama kurma untuk Tok minum memandangkan Tok masih belum makan/minum. Tak berselera katanya. 

Begitulah keadaan Tok sepanjang hari. Sekejap tidur sekejap jaga. Minta diurut dan dipicit badannya. Sekejap-sekejap Tok tanya mana Walid... Kebetulan hari tu giliran Walid masuk office. Tok juga minta Ummi telefon Abang Anas, cucu kesayangan Tok yang dibela sejak berusia 6 bulan. "Habis kerja Anas pi" katanya. 

Lepas Asar, Tok minta Ummi jangan tinggalkan dia. Ummi setia disamping Tok sambil tangannya sesekali memaut erat tangan, peha, badan Ummi... Sesekali buka mata ditenungnya Ummi 😭😭😭

Usai solat Asar petang tu, mencurah-curah air mata Ummi tumpah di tikar sejadah. Ummi merayu agar Allah permudahkan segala urusan Tok. Kalau kesembuhan lebih baik, mohon Allah sembuhkan. Jika sebaliknya, Ummi mohon Allah mudahkan. Seharian menemani Tok, jujurnya mula timbul bibit letih dalam diri Ummi. Ummi mohon Allah lindungi Ummi jangan sampai Ummi menyinggung atau menyakiti Tok dek keletihan dan kegusaran. Siapa tidak susah hati, tengok keadaan Tok sebegitu. Walaubagaimanapun Ummi redha jika Allah 'ambil' Tok, andai itu yang lebih baik. Seandainya keadaan Tok tidak berubah, Ummi dah plan nak bawa ke hospital. Biar Tok dirawat dengan sempurna sebab Ummi cuma mampu urut dan picit Tok saja. 

Sambil-sambil temankan Tok, Ummi ambil Yasin. Di hujung-hujung bacaan Ummi nampak Tok makin senyap. Selalunya kalau lega gelisahnya, Tok akan tidur secara mengiring. Lebih selesa begitu untuk Tok bernafas. Ummi ajar Tok mengucap, berselang-seli dengan habiskan bacaan Yasin, sambil minta ampun dengan Tok... Sempat juga Ummi sapukan air zamzam pada betis Tok. Makin lama Tok makin lesu... Tok tercungap-cungap tapi dalam keadaan yang tenang... Dalam masa yang sama, Walid sampai. Ummi panggil, Ummi goncang badan Tok takde reaksi. Ummi minta Abang panggilkan Ustazah, Walid pula kelam kabut telefon ambulan. Azan Maghrib berkumandang, hujan mula turun, Abang Anas sampai... Semuanya hampir serentak. Akhirnya, Tok disahkan meninggal pada jam 7.38 malam oleh pasukan perubatan Hospital Selayang. Alhamdulillah Tok pergi dalam keadaan yang mudah. Tercapai hajat Tok untuk meninggal di rumah. 

Gambar terakhir Tok bersama cucu-cucu kesayangannya. Sempat Tok usap seorang demi seorang  tangan anak-anak Ummi sebelum pergi. 

Rumah baru Tok. Cantik kawasannya... Indah, tenang dan lapang. Moga di dalamnya (kubur) juga tenang, lapang dan damai buat Tok. 


Berehatlah Mak... Berbahagialah di sana bersama Abang Cik. Tok pun dah rindu sangat dengan Pakcik... Berselang sekitar 10 bulan, kini dua insan paling Ummi sayang dijemput pulang. Peritnya hati hanya Dia yang tahu. Namun, Dia juga Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita. Pasti ada hikmah dan kemanisan di sebalik ujian ini. Semuanya hanya dalam pengetahuan-Nya. Moga Ummi terus diberi kekuatan dan kesabaran. 

Al Fatihah untuk bonda tersayang; 
ROMLAH BINTI JAH. 
(10/10/1939 - 17/11/2020) 







Monday, 16 November 2020

Al Fatihah ~ Abah Kaklong & Abg Long (Jasin)

29 Rabiul Awal 1442H/15 November 2020 (Ahad) 

Dalam keadaan kami sekeluarga (termasuk keluarga Jitra) bimbang akan kesihatan Tok, semalam kami dikejutkan dengan pemergian ayah maklong yang kami rujuk sebagai Abah Kaklong. Abah meninggal ketika sedang tidur. Khabarnya Abah berehat di atas sofa sambil terlelap, bila hendak dikejutkan Abah 'dah takde'. Allahu akbar, mudahnya, Abah pergi... Sebab sebenar Ummi pun tak pasti. Masih belum berkesempatan menghubungi Maklong, sekadar mesej takziah di WhatsApp. Biarlah Maklong selesaikan urusan akhir Abah dulu. Mungkin esok atau lusa Ummi call Maklong. Biar Maklong tenang dulu...

30 Rabiul Awal 1442H/16 November 2020 (Isnin) 

Pagi tadi, sekitar jam 10 Ummi dikejutkan sekali lagi dengan berita duka. Abang ipar Yang (bff Ummi) iaitu Abang Long (Abang Zaid, suami Kak Long) pergi menghadap Ilahi. Memandangkan hubungan Ummi dengan Yang sangat rapat, Ummi kenal seluruh keluarganya termasuk abang-abang iparnya. Abang Long ni sangat baik orangnya. Jemaah tabligh tak silap Ummi. Wajah sentiasa manis tersenyum dan bercahaya. 

Baru Jumaat lepas Ummi dimaklumkan Abang Long dimasukkan ke wad dan terpaksa menjalani haemodialysis (rawatan cuci darah akibat kegagalan buah pinggang) di Hospital Kuala Pilah. Menurut Yang, arwah sepatutnya menikahkan anak keduanya, Maryam yang akan berangkat melanjutkan pelajaran ke US awal tahun depan tapi terpaksa ditunda kerana masalah kesihatannya. Khabarnya majlis akan diadakan bulan depan. Namun, Abang Long pergi dulu :(

Kerdilnya kita sebagai hamba hanya mampu merencana. Takdir yang tertulis tetap rahsia Yang Maha Esa. 

Al fatihah buat Abah & Abang Long. 

Didoakan agar roh mereka ditempatkan di kalangan para solehin aamiin. 

Saturday, 14 November 2020

Resepi ~ Itik Masak Hitam Berempah

Asalnya Ummi mencari resepi itik masak hitam yang dihidangkan semasa kenduri bersunat Abang, Angah & Haziq dulu. [Baca sini: Kenduri Bersunat]. Tapi terjumpa resepi Itik Rendang Hitam di Blog Terminal Hijrah. Hampir menyerupai apa yang Ummi cari cuma ini resepi rendang. Guna santan dan kerisek. Sebahagian itik ni Ummi dah masak Rendang Nogori jadi kalau boleh taknak merendang lagi. Jadi, Ummi alter sikit resepinya. 

Resepi: Itik Masak Hitam Berempah 
Rujukan: Pn Azlina (Blog Terminal Hijrah) 

Bahan-bahan 
1/2 ekor itik
Asam gelugor
2 sudu besar rempah kari daging
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga cengkih
Gula melaka/gula perang 
Minyak masak secukupnya untuk menumis
1 cawan kicap lemak manis
Sedikit kicap pekat (1/4 cawan) 

Bahan Kisar 
1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering
7 tangkai cili padi
100 g kismis hitam - ganti dengan 3 biji kurma (dibuang biji) 
3 batang serai
1 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup

Seperti biasa, Ummi masak menggunakan periuk Noxxa. 

Cara-cara 
1. Tekan butang stir-fry. Masukkan minyak masak. 
2. Bila minyak panas, tumiskan semua bahan-bahan penumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih) dan bahan kisar sehingga kekuningan. 
3. Masukkan rempah daging, kacau dan tumis sebentar. 
4. Masukkan itik, asam keping, gula dan sedikit air (jika perlu). Off SF button. 
5. Set HP 25x. 
6. Bila dah beep, off HP dan stir fry sekali lagi untuk pekatkan kuah. Perisakan juga bersama garam/perisa. Jika suka, boleh tambah kentang (bila kentang empuk, tutup suis Noxxa. 

Sedap rasanya cuma sedikit pedas. Mungkin boleh dikurangkan cili atau tidak perlu masukkan rempah kari. Jadilah itik masak hitam biasa, agaknya ☺️

Selamat mencuba 🤗

Thursday, 12 November 2020

Happy 12th Birthday Abang

Ahad lepas birthday Abang yang ke-12. Dah besar anak Ummi, dah masuk awal remaja.

Kali ni dia requested nak makan McD. Kami pun order-lah untuk penuhi permintaannya. Sebenarnya masa mengandungkan Abang hampir setiap hari Ummi makan Sundae Strawberry. Yang coklat takmau. Hari-hari balik kerja Walid singgah beli untuk Ummi. Mujur Ummi tak kena kencing manis time pregnant 😊 Tapi, lepas Abang lahir tak pernah beli McD. We prefer KFC. 

Sebab tu masa nak order terkontang-kanting juga sementelah kena order online. Akhirnya pilih 2 set family meals. Buatkan nasi goreng juga. 

Selain tu, Ummi buat pulut kuning regukan dengan rendang itik yang Ummi masak untuk makan tengahari. 

Angah, si hantu pulut makan ayam McD dengan pulut kuning 😊

Untuk kek dan birthday present Ummi tempah dengan As je. Dia ada jual birthday set; kek, belon & choc bouquet. Hari tu Abang komplen, dia dapat 8A UPKK tak dapat pun choc bouquet macam Kakak convo Pasti dulu. Hahaha... Ingatkan boy tak suka gift macam tu... 


Ummi doakan Abang SENTIASA jadi anak yang soleh, selalu ringan tulang, pemurah dan berjaya & bahagia selalu, di dunia dan akhirat. Jangan suka tarik muka dan membebel ye bila Ummi Walid minta tolong. Ummi dengar tau! 

Last but not least;