Friday, 16 October 2020

Resepi ~ Ayam Tandoori


Out of nowhere, tiba-tiba rasa nak makan ayam tandoori. Terus 'Google resepi'. Alhamdulillah semua bahan ada kecuali yoghurt. Tapi takde hal sebab ada susu cair dan limau nipis. Campur sahaja kedua bahan ni. Nisbah lebih kurang 1/2 cawan susu cair bersamaan 1 sudu makan jus limau nipis atau lemon. Kacau sebati nanti susu tu akan berketul seakan yoghurt hasil dari tindakbalas kimia yang berlaku. Ini pun hasil carian di Google juga :) 

Berbalik kepada resepi ayam tandoori, seeloknya diperap ayam bersama bahan perapan lebih kurang 4 jam untuk rasa yang lebih padu. Tapi Ummi perap sekitar 1-1 1/2 jam saja. Pukul 5 perap, pukul 6.30 dah masuk air-fryer. 

Resepi: Ayam Tandoori 
Sumber: RASA
Kredit: Pn Tahrunnisah Jali

Bahan A
4 ketul ayam (whole leg) - dibasuh dan dikelar kasar -7 ketul ayam (multi parts) 
2 sudu besar minyak masak 

Bahan B
1 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh garam 
1 sudu makan jus limau nipis/lemon

Bahan C
6 sudu teh yoghurt asli - guna campuran 1/2 cawan susu cair + 1 sudu makan jus limau nipis 
2 sudu teh pes halia + bawang putih ( 5 ulas bawang putih & 3 inci halia dikisar atau ditumbuk halus
2 sudu teh serbuk cili 
1/2 sudu teh garam masala - guna garam biasa
1 sudu teh serbuk ketumbar 
1/2 sudu teh serbuk lada hitam 
1/4 sudu teh serbuk kunyit 
1 sudu teh pewarna merah 

Homemade yoghurt 😁

Cara-cara 
1.Satukan Bahan B hingga sebati dan lumur pada keseluruhan ayam termasuk bahagian yang dikelar (dalam kelaran). Perap seketika. 
2. Dalam bekas lain, campurkan semua, Bahan C hingga sebati. Jangan tambah sebarang air ye.

3. Lumur campuran Bahan C pada ayam sehingga habis. 
4. Masukkan 2 sudu minyak masak dan gaul rata. 
5. Perap ayam sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dibakar. 

6. Bakar pada suhu 230°C selama 25-30 minit (ikut oven masing-masing) 
#Ummi bakar dalam air-fryer pada suhu 200°C selama 30 minit. Selepas 15 minit pertama, kalih ayam dan sambung bakar. 

Untuk tips membakar rujuk SINI

Ayam Tandoori ni Ummi regukan dengan roti paratha jenama Kraft. Pertama kali beli jenama ni, sedaplah! 

Untuk kuah, ada lebihan lauk asam pedas ikan kacang siang tadi, onz je. Pernah nampak Nabil makan roti canai dengan asam pedas dalam satu rancangan di TV. Jadi, Ummi pun tirulah :D 

Ada lebih, rezeki Walid-lah, bawak ke ofis. 

Selamat mencuba! 





8 comments:

  1. wahh jumpa resepi ni..baru je beliair fryer sebenarnya..tak tahu nak masak ape..thanks la umi bagi idea nk masak..heheh

    ReplyDelete
  2. tuu diaaaa sedap nampak PH elok kering je isi masak sempurna boleh lah kak ana try nanti , tq for sharing

    ReplyDelete
  3. Memang suka tandori. Lama tidak makan.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ayam tandoori. Dah bertahun tak buat ayam tandoori sendiri.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Pn Hazel. Resepi yang menarik tapi tuh la setakat ni kalau nak makan tandori memang pergi ke kedai mamak je la ceritanya. Rajin sungguh puan

    ReplyDelete
  6. Lama sy tak makan ayam tandoori, tengok kat kedai, makin lama makin ceconet saiz ayam, lain kali kena buat sendiri baru puas makan

    ReplyDelete
  7. Lama dah tak makan ayam tandoori. Boleh cuba buat ni. Terima kasih kongsi resepi, Puan Hazel :)

    ReplyDelete
  8. Menyelerakan betul. sedap ayam tandoori

    ReplyDelete