Wednesday, 7 October 2020

Resepi ~ Ikan Bakar Petai

Kali pertama makan ikan bakar bersama sambal dan petai ialah di Ana Ikan Bakar Petai di Kuantan pada tahun 2011. Ye, masa tu pergi berjalan-jalan selepas bersalinkan Angah. Menyewa di rumah tumpangan syarikat. Banglo besar 2 tingkat, area rumah orang-orang kaya dan pegawai-pegawai kerajaan di jalan apa ntah tak ingat dah. Ada satu banglo ni siap ada helipad. Tak jauh dari sini juga ada Istana Hinggap Sultan Pahang, berhampiran pantai. Memang tak ingat dah pantai nama apa... Teluk Cempedak kot. 

Berbalik kepada resepi, baru-baru ni Ummi cuba satu resepi ala ikan bakar di kedai katanya. Tapi, Ummi bagi nama Ikan Bakar Petai-lah senang nak ingat. Caranya mudah saja tapi rajinnya nak kena lebih haha... Sambal tu kena masak dulu baru sedap dilumur pada ikan. Resepi ni disertakan sekali dengan air asam tqpi Ummi cuma sediakan kicap pedas je. 

Tenggelam ikan di sebalik sambal :) 

Resepi: Ikan Bakar Petai
Sumber: Keluarga
Kredit: Pn Nasriah Ramli

Bahan-bahan 
Ikan siakap atau apa-apa ikan 
Sos tiram 
Air asam jawa 
Gula perang
Garam
Air 
Daun limau purut 
Daun kunyit 
Daun pisang - Ummi guna daun lengkuas
Petai

Bahan kisar 
Cili kering 
Lengkuas 
Halia 
Bawang merah 
Bawang putih 
Kunyit hidup 
Serai 
Ikan bilis @ udang kering 

# Sukatan bahan tidak diberi secara terperinci jadi Ummi agak-agak je. Alhamdulillah menjadi. 

Cara-cara
1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. 
2. Masukkan air asam jawa. Masak hingga (hampir) kering. 
3. Masukkan sos tiram, gula perang dan garam. Tambah air jika terlalu kering. 
4. Masukkan hirisan daun limau purut, daun kunyit dan petai. Gaul sebati dan sesuaikan rasa. Tambah gula/garam jika perlu. Tutup api. Sejukkan seketika. 

5. Lumur pada ikan dan balut dengan daun pisang/daun kunyit/daun lengkuas dan perap 30 minit. Kalau takde dedaun ni, guna aluminium foil pun boleh. 
6. Bakar ikan hingga masak. Siap! 

#Ummi lumur nipis sahaja sambalnya untuk elakkan sambal hangit/hangus semasa proses membakar ikan. Bila ikan dah siap dibakar baru Ummi tuang sambal diatasnya. 

Sedap dimakan bersama nasi panas-panas. Walaweyh! 

Walid dah request suruh repeat tapi belum Ummi tunaikan. Kena ada mood baru menjadi :p Lain kata, malas hahaha... Tapi, tadi Ummi ada beli petai. Ikan geruk-geruk pun ada dalam peti ais. Yang tak ada lagi kerajinan :p

Selamat mencuba 🤗

16 comments:

  1. Saya pernah juga makan di kedai makan Ana Ikan Bakar Petai. Unik. Tertanya-tanya resipi. Ada juga orang kongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah NA. Puas makan jika dibuat sendiri :)

      Delete
  2. Nasi panas. Ikan bakar petai pun panas... tambahlah peluh kalau lebih pedas. Sediajuga minuman kosong panas. Kalau rasa pedas, minum air sikit, hilang pedas heheeee.... sedapnya!

    ReplyDelete
  3. Sedap! First time makan pun kat Ana Ikan Bakar Petai Kuantan gak. Belum pernah cuba masak sendiri lagi. Boleh cuba resepi akak ni. Tq kak

    ReplyDelete
  4. Suka ikan bakar
    Tapi tak makan petai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tak percaya pula Wak tak suka petai :p

      Delete
  5. Sedapnya! Saya kalau dapat ni boleh ratah begitu sahaja 😊

    ReplyDelete
  6. waaa kita pun ada jugak pengalaman makan dekat Ana Ikan Bakar Petai...tapi kita tak makan petai dia..haha

    ReplyDelete
  7. Lain kali nak letak petai juga la, hari tu baru membakar ikan sudah kena PKPB ni tak tau bila dapat ikan fresh lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah la TK..
      Moga dipermudahkan segala urusan dan selamat dari segala wabak/musibah 💐

      Delete
  8. Saya dr johor pernah 2 ke 3 kali makan kt kedai ana ikn bakar tu.. mmg sedaplh

    ReplyDelete