Wednesday, 14 October 2020

Sebelum PKPB...

Bermula tengah malam tadi, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB/CMCO) telah berkuatkuasa di seluruh negeri Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya sehinnga 27 Oktober 2020.


Selain secara tak sengaja PANIK, ada beberapa urusan lain yang sempat kami selesaikan semalam.

First thing first, pulangkan buku di PPAS Gombak. Sekarang Ummi dah jadi ahli PPAS, jadi selalulah pinjam buku. Maksima 10 buah buku setiap kali pinjam. Tempoh pinjaman 3 minggu. Sepatutnya tarikh pemulangan 18/10 tapi disebabkan PKPB, khuatir library tutup baik pulangkan dulu. Manalah tahu PKPB ni extend lagi. Nanti-nanti boleh pinjam semula.


Lepas balik sekolah pula, singgah makan di kedai. Abanglah asyik dok mengungkit dah lama tak makan di luar. Last week Angah dengan Adik ikut kami berdua minum petang di Syed Nabi, Abang tidur. Jadi semalam lunch di luar. Hari-hari makan masakan Ummi dan Ibu (Makcik Kantin) sesekali belanja makan di luar, nampak benar berselera hihi...  




Walid pun Maghrib semalam kemain semangat nak ke surau. Yelah, lepas ni dah tak boleh ke surau dan masjid untuk sementara waktu. Dihadkan untuk 6 orang sahaja setiap kali solat. 

Moga keadaan kembali terkawal. 

7 comments:

  1. Waktu PKPB, perpustakaan tutup rupanya.
    Selesaikan apa yang patut.

    ReplyDelete
  2. Memang sehari sebelum bermula PKPB ni banyak benda kita rasa nak uruskan buat rasa panik.

    ReplyDelete
  3. Take care.
    Kitorang kt Sabah ni kes Naik setiap Hari .. doakn kitorang selamat dari covid Ni ya. Tempat saya Ni daerah kecil saja, tapi dah 4 kes positif.

    ReplyDelete
  4. moga keadaan di sana cecepat pulih ye.
    dgn pkpb ni, kes menurun lah.
    family aida semua di lembah klang :(
    tak dpt la naik Bangi jumpa abah emak.

    ReplyDelete
  5. bukan budak-budak je jemu, kak laili ni pun jemu juga masak yang sama ulang-ulang kihkihkih

    ReplyDelete
  6. Memang Tragedi Oktober bagi 2020 ini yang paling mencabar setakat ini. PKPB menyebabkan banyak perkara yang tergendala, terbatal, etc. Kita cuba cari the silver linings atas apa yang berlaku ni walaupun hati pedih

    ReplyDelete
  7. Semoga keadaan kembali pulih dan kes baru terus menurun. Aaminn..

    ReplyDelete