Jom kita buat kuih yang sangat mudah untuk minum petang 🤗 Kuih qasidah ni favourite arwah Tok Wan. Petang-petang Tok rajin buat kuih ni especially bila tiba bulan Ramadhan.
Kuih Qasidah
Sumber: Resepi Che Nom
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1/4 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur makan
1 sudu besar minyak sapi (tak letak pun tak apa)
Bahan untuk hiasan:
6 ulas bawang merah
secubit garam
Cara-cara
1. Di dalam periuk, bancuh tepung bersama air, gula, garam dan air kapur. Kacau sebati.
2. Buka api. Masak bahan bancuhan di atas api kecil. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Anggaran masa mengacau adalah 15 minit.
(Ummi kacau sekitar 10 minit. Adunan dah start pekat dan berketul. Kacau jangan berhenti).
3. Apabila telah pekat, masukkan minyak sapi untuk menambahkan rasa lemak kepada kuih dan menjadikannya berkilat.
4. Tutup api.
5. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan minyak. Ratakan adunan dan tabur dengan bawang goreng bersama sedikit minyak dari gorengan bawang tadi. Potong apabila sudah sejuk.
Untuk bawang goreng:
1. Hiris bawang nipis-nipis.
2. Gaulkan dengan secubit garam supaya bawang goreng menjadi lebih rangup dan enak.Jangan terlebih garam nanti masin.
3. Goreng sehingga kekuningan.
Ummi buat hari tu, alhamdulillah cantik elok hasilnya. Yang lebih mengujakan, anak-anak dan Walid suka. Walid ni kurang gemar kuih muih tradisional tapi bila dia makan, minta tambah pulak tu, maknanya sedaplah :p Next time kena gandakan bahan nampaknya. Secawan tepung ni tak puas makan :D
Cuba tau!
#staysafe
#stayathome
🌹🌹🌹
Yumm.
ReplyDeleteYum... Yum...
DeleteSalam kenal TS. Terima kasih sudi singgah sini 🌹
oooo ini pula namanya kuih qasidah.
ReplyDeletesaya tak tahu kuih ni, tapi saya kalau jumpa mmg suka makan.
Sedap kan Mrs Pip?
DeleteSy dah lama tak ziarah blog u Mrs Pip. Asal klik je ke blog u, redirected ke web ape ntah :(