Apa menu untuk minum petang nanti? Apakata buat kuih lopes. Atau masa sekolah menengah dulu kami panggil Lopes de Sequira, sempena nama penjajah Portugis yang datang ke Melaka berabad lamanya dulu :D
Kuih Lopes Ummi nak share ni versi mudah. Tahulah Ummi ni, kalau share resepi yang mudah-mudah je. Sebab Ummi tak suka susahkan diri sendiri kalau nak memasak :D Nanti tak enjoy. Bila tak enjoy, nanti hasilnya tak sedap. Kekdahnya....
Pulut untuk kuih lopes ni hanya dimasak dalam rice cooker je. Kagum Ummi dengan kreativiti mak-mak zaman sekarang ni. Semuanya main petik suis je 😅 Tok Umi lagilah kagum campur confused haha... Macamana nak buat bulat tu kakngah? Tanya Tok Umi bila Ummi bagi tau nak buat kuih lopes tempohari.
Bahan-bahan
2 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 cawan air
1 cawan air daun pandan
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau - tak letak
Kelapa parut - gaul bersama sedikit garam dan kukus selama +-5 minit.
1 cawan santan cair
1 cawan air
1 cawan air daun pandan
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau - tak letak
Kelapa parut - gaul bersama sedikit garam dan kukus selama +-5 minit.
Cara-cara
1. Beras pulut yang telah dibasuh dicampurkan dengan santan, air, air daun pandan, garam dan pewarna hijau. Adun rata dan masukkan ke dalam rice cooker. Masak seperti memasak nasi.
1. Beras pulut yang telah dibasuh dicampurkan dengan santan, air, air daun pandan, garam dan pewarna hijau. Adun rata dan masukkan ke dalam rice cooker. Masak seperti memasak nasi.
2. Setelah pulut masak, keluarkan dan padatkan ke dalam bekas yang sesuai. (Ummi masukkan ke dalam bekas plastik bersegi empat. Padatkan pulut dengan menekan pulut menggunakan penutup bekas plastik yang lebih kecil. Guna tangan yang beralas plastik pun boleh)
3. Kemudian, ambil cawan dan tekap di atas pulut tadi. Jadilah bentuk bulat.
Begini caranya;
Credit: Source |
6. Gaulkan pulut tadi di atas kelapa parut yang telah dikukus tadi. Siap!.
7. Hidang bersama air gula.
7. Hidang bersama air gula.
Bahan-bahan air gula
1 keping gula melaka
1 cawan gula perang
5 cawan air
1 helai daun pandan
1 keping gula melaka
1 cawan gula perang
5 cawan air
1 helai daun pandan
Masukkan semua bahan dan masak di atas api hingga gula larut.
(Ummi agak-agak je sebab sukatan di atas nampak banyak)
(Ummi agak-agak je sebab sukatan di atas nampak banyak)
Alhamdulillah sedap walaupun warnanya pucat sikit. Ummi tak letak pewarna, hanya guna air daun pandan sebagai pewarna semula jadi. Cuma, aroma daun pisang tak adalah kalau buat cara ni. Apapun sangat mudah dan jimat masa serta sedap.
Cuba tau!
Wah senangnya. Tapi tulah anak2 akk tak minat sangat, dorang suka pulut kuning, so akk ingat nak masak pulut kuning guna rice cooker jugalah, selalu kukus je, thanks akk dpt idea dari sini.
ReplyDeleteWow sedap Dan mudah..
ReplyDelete