Seronok Ummi tengok pelbagai sumbangan dan inisiatif yang dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam membantu frontliners dan mereka yang terjejas sejak PKP dilaksanakan. Kadang tu terdetik juga dalam hati, mungkin ini juga sebabnya Malaysia sentiasa aman dan harmoni. Apa saja musibah atau malapetaka, di dalam mahupun di luar negara, kerajaan dan rakyat Malaysia pantas menghulur bantuan. Mungkin sebab tu rahmat Allah sentiasa bersama kita.
Antara doa yang baik diamalkan |
Dengan kesempatan yang ada ni, bagi yang berkemampuan marilah kita sama-sama menyumbang, ikut kemampuan masing-masing. Seeloknya, cubalah bertanya khabar ahli keluarga terdekat kita dahulu. Jika semuanya baik, santunilah pula rakan dan kenalan serta jiran-jiran. Di tempat Ummi ni alhamdulillah pihak surau peka dan prihatin dengan anak-anak kariah. Awal dulu, pihak surau ada sumbangkan portable aircond kepada Hospital Selayang. Ummi tertanya-tanya juga untuk anak-anak kariah ada tak bantuannya. Risau takut terlepas pandang. Alhamdulillah minggu lepas bantuan telah diedarkan kepada mereka yang layak. Bantuan fasa 2 akan diberikan minggu depan Insha Allah.
Bila dah ditunaikan hak ahli keluarga, kaum kerabat, jiran-jiran barulah lapang hati nak meluaskan skop bantuan kepada mereka yang tak dikenali. Untuk tujuan ni, sumbang sahaja kepada mana-mana badan kebajikan, tabung mahupun individu yang dipercayai.
Semalam Ummi hulur sikit sumbangan untuk satu tujuan amal. Ummi kongsikan dengan anak-anak. Lantas, Angah bangun ke biliknya, ambil duit tabung terus serah duit berjumlah RM35. Angah pun nak sumbang juga, katanya. Angah ni kalau bab sedekah, laju dia. Ummi dengan Tok pun selalu dia bagi sedekah 😂 Kebetulan, ada sepupu kami yang buat collection untuk bantu golongan kurang berkemampuan jadi Ummi usulkan untuk derma ke situ.
Ummi: Ingat tak Paksu Arsyad (PA), anak Toktam?
Anak-anak: Ingat....ingat (sambil angguk kepala hampir serentak) .
Ummi: PA dengan wife dia hantar makanan dengan orang-orang susah. Nak tak derma kat depa?
Anak-anak: Nak ... Nak..
Anak-anak: Ingat....ingat (sambil angguk kepala hampir serentak) .
Ummi: PA dengan wife dia hantar makanan dengan orang-orang susah. Nak tak derma kat depa?
Anak-anak: Nak ... Nak..
"Tapi Kakak takde duit...", terdengar pula keluhan kecil Kakak 😊
Antara barang yang di beli untuk agihan.
Ummi pun cadangkan dan minta persetujuan untuk guna duit Maksu bagi depa masa balik kampung hari tu. Alhamdulillah semua setuju.
Sengaja Ummi bawa berbincang sambil-sambil didik depa untuk sentiasa membantu sesama insan, jangan kedekut dan rajin bersedekah. Depa pun bila tau depa ada menyumbang, seronok. Ada rasa sense of accomplishment.
Sengaja Ummi bawa berbincang sambil-sambil didik depa untuk sentiasa membantu sesama insan, jangan kedekut dan rajin bersedekah. Depa pun bila tau depa ada menyumbang, seronok. Ada rasa sense of accomplishment.
Ini pun inisiatif yang menarik juga kan?
#staysafe
#stayathome
#stayathome
Beri bantuan termampu.
ReplyDeleteAlhamdulillah Kita ingat juga pada yang kurang bernasib baik
ReplyDelete