Friday, 24 April 2020

1 Ramadhan & Resepi Lemon Chicken


1 Ramadhan 1441H Kakak mula baca Al Quran alhamdulillah. Quran tu hadiah istimewa dari Ibu Fatimah.

Ummi pula setelah lebih sebulan berkurung, semalam Ummi memberanikan diri keluar membeli barang keperluan rumah. Pertama kali ke pasaraya semasa PKP. Biasanya Walid hanya beli di kedai runcit dan kedai serbaneka di kejiranan kami sahaja.

Ummi sampai di TMG sekitar jam 8.15. Ramai dah yang beratur. Ummi orang ke-15. Beratur dalam 15 minit baru dapat masuk. Kena ambil suhu dan sanitize tangan dulu. Ada guard yang bertugas.


Alhamdulillah Ummi berjaya shopping dengan jayanya 😂. Kebanyakan barang tu ada termasuk ikan - ikan segar. Ikan siakap 9.00/pcs. Di kedai runcit dekat rumah ni ikut kilo. Cuma Ummi tak minta sianglah, ramai orang. Ingat, avoid 3Cs yang Datuk DG Hisham pesan? Crowded space, confined space and close conversation.

Cuma, sayur terutamanya cili takde stok. Sejak Pasar Selayang ditutup ni, terjejas sikit bekalan sayuran dan ikan segar di tempat Ummi sebab peniaga kedai runcit ambil supply dari sana. Di TMG, katanya ikan dibawa segar dari Kuala Selangor.
Itulah cerita hari pertama puasa semalam.

Berkenaan menu iftar, ini hidangan berbuka kami semalam. Nasi masak masa sahur ada banyak lagi, jadi Ummi goreng je. Rendang Daging pun sama, panaskan je.


Nasi Goreng Telur Masin
Rendang Daging 
Chicken Lemon Chinese Style 

Telur Mata Kicap Murtabak Kulit Popia 
Oren Sunkist 
Air Soda Herbs 
Teh Tarik 
Bihun Goreng - jiran bagi



Resepi Lemon Chicken Chinese Style
Sumber: Dari Dapur Aida 

Bahan-bahan
1 keping dada ayam - beberapa ketul ayam (bahagian isi)
1 sudu kicap cair - 3 s/m kicap manis
Garam
Lada sulah
1 biji telur
3 sudu tepung jagung - 5 s/m tepung jagung
Gaulkan semua bahan ni hingga sebati dan goreng. Ketepikan.

Bahan Sos
1 sudu minyak
1 cawan stok ayam - 1/2 kiub ayam dibancuh bersama 1 cawan air
1/4 cawan jus lemon - jus dari 1/2 biji lemon
2 sudu gula - 3 s/m gula
2 keping lemon
Bancuhan tepung (tepung jagung + air)

Bahan Hiasan
Daun bawang - hiris
Bijan - sangai
# kedua-dua bahan takde, Ummi tak letak.

Cara-cara
1. Panaskan minyak, masukkan stok ayam, jus lemon, gula dan hirisan lemon.
2.Bila dah sebati, rasa dulu sos ni. 
(Puasa, jangan rasa pula Agak-agaklah ye) 
 Kalau dah cukup rasa keluarkan lemon 
3. Masukkan bancuhan tepung tadi sikit-sikit hingga dapat kepekatan yang diingini.
Biarkan kuah memekat. 
4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati hingga semua ayam bersalut dengan sos.
5. Angkat dan taburkan hirisan daun bawang dan bijan yang telah disangai.


Kurma sponsored; 


Ini pula special request from Kakak. 
Telur mata 

Dia terliur tengok Adik makan time lunch. Dia nak berbuka dengan telur kata juga 😁 Ummi raikan permintaan dia sebab tahun ni dia mula belajar puasa penuh. Kakak boleh! 

9 comments:

  1. Wahhhh.....alhamdulillah comelnya kakak ngaji 🥰
    Memang patut berbuka dapat telur mata dengan lemon chicken hehehe

    ReplyDelete
  2. Teluq mata tu nampak sedap PH, hihi

    ReplyDelete
  3. sedapnya lemon chicken tu kak! saya pun hari ni baru keluar rumah ke pasaraya Maslee beli apa yang patut..sejak sebulan lebih gak tak keluar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni sbb nak sambut Ramadhan itu yg keluar beli sendiri. Sebab macam-macam nak beli :D

      Delete
  4. Yum.yumm.sedapnya chicken lemon

    ReplyDelete