Hari ni 18/4 cukup sebulan kita berada dalam PKP. Genap sebulan juga Ummi tak keluar rumah 😅 Last time keluar rumah hari pertama PKP hari tu. Alhamdulillah masih waras haha...
Life goes on. Though not as normal as usual but every breath makes us more grateful for every blessing He gives us. Kalau kita rasa kita susah, ramai lagi yang susah dari kita. Kalau kita rindu kat ibu ayah kita, sama juga dengan frontliners kita. Perjuangan ni bukan main-main. Perlu pengorbanan, sokongan dan kerjasama semua pihak termasuk kita semua. Pelik Ummi bila ramai lagi yang berdegil langgar PKP :(
" The struggle you are in today is developing the strength you need for tomorrow"
Perkara yang paling Ummi nak buat sangat time PKP ni ialah berkebun. Kebun belakang rumah tu banyak anak-anak cili yang perlu dialhkan ke pasu. Anak-anak limau nipis pun rancak juga tumbuh. Masalah Ummi sekarang ni takde tanah. Tengok dekat Lazada out of stock huhu... Kebun depan pula dah tumbuh semak samun. Tunggulah PKP habis baru selesa nak bersihkan. Manalah tahu, Ummi tengah ralit berkebun, Inspektor Sahab datang :D Tak pasal2 kena pakai gelang besi nauzubillah.
On the other hand, Walid pula happy dia. Kedai hardware dah boleh buka Isnin dan Khamis. Dapatlah member beli cat disamping habiskan stok cat lama. Hari tu order di Lazada, out of stock juga. Setiap weekend mengecat je kerjanya. Cat tangga, cat pintu, cat bilik air... Nampak sangat bosan 😂😂😂
Abang pula genap sebulan ni baru dapat jumpa kawan-kawan. Cikgu buat class via Google Meet. Happy and excited to see his friends walaupun virtually. Ummi pun sama haha... Rindu juga dengan anak-anak soleh solehah ni semua.
Dek kerana PKP ni juga Ummi pun banyak belajar pelbagai apps dan new tech. Google Classroom, Google Meet semua tu nak kena hadam sebab Abang nak keep up dengan study dia. An unexpected blessing indeed.
OK nak masak. Ada orang cakap semalam "Dah lama Ummi tak masak kari... ' So, jomlah masuk office 😉
Selamat berhujung minggu!
husband pun semalam dok mengecat rumah. Sepanjang PKP ni, macam2 jugak dia buat. Habis house keeping satu rumah macam nak raya. Saya pun dok rasa nak bercucuk tanam, tapi rumah takde tanah. Dok scroll shoppee, lazada tengok set hydroponik 😅.
ReplyDeleteTak dan nak mengecat rumah... hardware tutup kan..lama x ngecat rumah..
ReplyDeleteAik takleh kebun depan rumah ke? Kitorang ada je pokok luar pagar yang kena ambil perhatian. Mungkin kawasan perumahan kitorang tak ramai orang.
ReplyDeleteDah sebulan PKP
ReplyDeleteHarap2 tak sambung lagi
Saya pun sama, sejak cuti sekolah tak jumpa kawan.
ReplyDeleteJumpa semasa class online je.
Lebih sebulan dah tak keluar rumah. ada aktiviti macam ni musim PKP takdelah rasa bosan sangat kan.
ReplyDeletemusim pkp ni bnyk abis masa dgn fon. kls on9, kdg xda kls godek2 shopee, lazada. ptg abiskan masa dgn family
ReplyDeleteBaru tgk sebahagian dinding dah bercat tu pun, kita dah tumpang rasa seronok tau hahhaha...
ReplyDeleteAwak tak berzoom dengan jiran ke PH hihi